Ahad, Mac 11, 2012

Nasi Serai & The Geng


Salam besiaran di hari minggu... Taraaa dah siappppppppppppp, nak makan kenduri x ada jemputan pulak, so masak sendiri le nasi ala2 lauk kenduri wakakakaka....lagi pun lama dah x masak gaya cam ni...ingat nak buat nasi beriani... rempah pulak x ada last2 buat nasi serai ajelah...lauk pulak kari dalca ayam dan ayam masak merah berempah, cukup tu.....hemmmm sdp harum bau nasi....aroma serai yg wangi....resepi nasi serai ambik dari rmh Yatie....tq

NASI SERAI
Resepi: Kak Nor
Sumber : Yatie

Bahan-bahan
4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit) -sheila guna beras biasa aje
6 cawan air
1 labu bawang besar ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
2 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
2 kiub pati ayam
garam
3 sudu besar minyak sapi ~ saya guna windmill

Cara-cara
Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai dan kacau lagi.
Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.
 
Ayam masak merah berempah
resepinya di sini

Kari Dal / dalca ayam dan sayur2
resepinya di sini

4 ulasan:

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Hi Sheila nampaknya ramai dah try nasi serai ni...akak belum lagi..masuk list dulu tenguk masa sesuai nak cuba juga

Sheila Shafeareen berkata...

hai kak Paty's..yeppp sdp cuba ye rasanya sdp lembut bedarai..bau harum..boleh mkn dgn apa saja lauk

Amie berkata...

Waduh waduh Sheila! Patutlah hidung terbau dari jauh...rupanya ada nasi serai lengkap dengan gangnya yang sangat lazat!

Sheila Shafeareen berkata...

hai kak Amie heheh ye kak tetiba jerasa nak mkn nasi sdp2 ni ha...lauk kenduri gitu le gayanya.....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More