Isnin, Mac 19, 2012

Sosej Blossom Bun


Assalamualaikum salam besiaran di pg isnin hemmm rutin seperti biasalah dah mula buka sekolah semula ni.....pesiapan semua dah ready mlm tadi..jadi bagun pagi x le kelam kelibut...mmg dah rancang nak buat sosej blossom bun..dari hari tu lagi si ank dara dah npk kat rumah Auntie Izah...actually roti ni  x pernah lg saya buat..biasa beli aje..smlm tekadkan diri try buat, alhamdullilah dgn bangga senang hati negok nya...makkk hai menjadi dan rasa mmg sdp macam kat kedai woooo terangkat sekejap kikiki...bakar mlm dan simpan dalam tupperware...pg ni buat utk sarapan  keluarga dan ank2 pun bawa bekalan sekali....kelembutan roti pun terasa leh buat lg ni :-)...Tq pada penyumbang resepi....


SOSEJ BLOSSOM BUN
Resepi: CMG
Sumber : IzahDaut

 BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

Sebelum di bako.....
 CARA MEMBUATNYA :

UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

19 ulasan:

izahdaut berkata...

Comel buat bentuk gini kan kak shila.. Mmg lembut halus je roti ni. Sbb tu mmg suke ulang2 resepi ni :-)

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Izah betul setuju lebunt cepat naik kembang nya....ingat nnt nak guna resepi ni aje...

kakna berkata...

rajin sungguh sheila.cepat je mencuba resepi..
kakna ni yg slow nak cuba resepi,asyik sibuk je..


nampak menarik roti ni sheila.ada masa boleh cuba.

Mas berkata...

kak sheila....he3
amboiiii...cantikk comeii jerk sosej blossom tu.....
buat mas tergoda jerk tau....

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kakna heheh ank dah npk tu yg suruh buat so smlm ada masa hehhe pg ni katanya nak bawa bekal sekali...

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Mas heheh sdp x silap mas pun pernah buat kan.....ni pecubaat petama alhamdullilah jadi juga....

CT Delima berkata...

As'salam Sheila

kalau bab2 roti macam ni memang fav anak bujang dirumah. cuma k.ct jer yang malas nak buat...hehehe

apa pun kena cuba jugalah kan sebab memang suka makan roti pun, hari2 mesti nak ada stok roti kat rumah (roti bai ler..hahaha)

Amie berkata...

Selamat pagi Sheila,
wah! macam yang dijual kat kedai laaa... kalau anak-anak ni mesti tak cukup seketul!

ijayuji berkata...

Salam kak! kita pun buat roti sosej jugak tp bukan blossom lerrr malas nak buat munga2 sbb tgn keras hihihi...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Rajin betullah, Kak Sheila ni.. tak mampu kita nak buat macam ni..

INA berkata...

Salam Kak Shiela..rajinya..bilalah saya nak belajar buat roti camnie..sedap tu..feveret saya jugak. kalau gi kedai KING mesti rembat nie dulu..

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam kak ct cayang heheh betul budak2 mmg suka roti cam ni...boleh buat dua kalau x nak letak sayur campur tu..kekadang dia org kutil2 buang

Sheila Shafeareen berkata...

hai kak Amie ypp buadak2 mmg suka...akk cuba ye...yg dewasa pun suka kenyang dekeping

Sheila Shafeareen berkata...

Hai ika hehe nik kes si ank dara nak yg blossom heheh tekial mamanya bentuk kan sampai seget beget tampok tu hehehhe

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Sari heheh nak mkn punya pasal kena buat..cubaan petama npk nya jadi...yahoooo nak kee nnt akk hantar

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Ina heheh sofea punya pasal lah ni akk buat ...mmg sdp Ina cuba ye kalau rajin,,,, kalau x rajin beli aje...:-)

Unknown berkata...

assalam kak, roti resepi CMG ni memang sedap saya pun dah byk kali buat..memang my fav roti sosej ni:)

Kamalia berkata...

salam kak..suka juga dengan resipi ni..sedapkan..pastu makan mesti tak cukup satu,mesti nak lebih..hehe

Love2cook Malaysia berkata...

Kalau boleh, love rasa nak grab je sosej buns tu. Sungguh menggoda! ;)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More