Rabu, Mac 21, 2012

Kek Buah Kukus


Salam besiaran di hari rabu...kek yg dah lama sangat2 nak buat...mcm hari raya pulak yeee.....biasa kek buah kukus ni terbit time2 nak raya..skr dah x kira... x raya pun leh buat....rajin dgn x rajin jeee...memandangkan Cik Gas pun baru beganti jd x ada masalah le nak megukus setakan  sejam dua...kalau ikut kan resepi mahu sampai 4 jam pehhhh jenoh nak menunggu... leh sambung tidur balik tu kalau setkan time heeee....ni resepi yg kira paling mudah le nak buat...kek buah ni kalau dah semalamman baru sdp rasanya, makin lama makin sdp tp kena lah rajin megukus balik.. nak elok tahan lama simpan dlm peti.. kek kita buat ni biasa2 je guna buah campur dlm kotak aje, ceri hijau merah, kekacang kita x letak..ingat raya nnt kalau buat lg leh le letak mcm2 dlm kek....gula hangus pun x berapa nak gelap hemm next time kena bg gelap lg....maklum le teruja sangan nak mkn....kek yg npk cantik bekilat mcm kek yg CMG buat tu....kita suka sangat....Ika pun pernah buat cantik taburan dan padat buah2 dlm keknya....tq resepi yee, next buat kena perbaiki lg


KEK  BUAH KUKUS KONTROVERSI
RESEPI : CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

lagi gelap lg cun

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....
 nak buat lg nnt.... x berapa nak puas hati sangat, x cukup cun bekilat dan nak bg npk gelap

10 ulasan:

IeRA berkata...

Salam

Rajin betul tuan rumah ni....

Amie berkata...

Cantik teksturnya... moist..., sedap!

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam leRa hehhe mmg teringin nak mkn tu yg buat..mmg sdp kek ni

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Amie tq kak tp kalau gelap lg cun kan....

kakna berkata...

rajin sheila...
kakna tak terbuat lagi,takut tak habis.tak ada orang nak habiskan.

EJHarraz berkata...

Salam Sheila,
cantik jadinya kek kukus sheila ni..tak gelap pun tak ngaper la sheila yg penting sedaapp..yer dak..
iza pun dah pernah wat kek kukus resepi cmg ni masa raya tp selalu jer tak sempat snap...mcm mana nak snap dah tak nampak kek dah..tinggal serdak jer..hihi

Sheila Shafeareen berkata...

hai kak na heheh tq akak pun suka ye kalau dekat dah tentu saya hantar sepiring hehhe

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam Iza Akma hehhe ye kee tulah ank pun kata cam tu warna dah kira ok x le pucat sangat....sdp kak mmg hajat nak buat lg time raya hehehe...

ijayuji berkata...

Salam kak sheila! ohh! kek kukus kegemarankuuuuu, mkn time raya baru best ehehe.. Ok lah tu kak, akak nk mcm mana lagi rupa bentuk n taburan buah2nyer tu? ececece.. klu kita pun cerewets jugak :D tp lagi sukeeee yg mak buatkan hihihi..

Watierman berkata...

Assalam Dik Shiela..Akak memang suka kek buah...tapi tak pernah buat sekali pun lagi....sebab tak ada gang makan kek ni kat umah Akak ....lagi pun Hubby cakap setakat Watie sorang nak makan ...beli ajelah...kalau ku tahu ada kek buah ...ku singgah masa pergi Mid Valley hari tu!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More