Sabtu, Mac 24, 2012

Roti Sosej Pintal


Salam besiaran di hari cuti....tuan rumah x ada cuti sentiasa bekerja...kalau ada cuti pun cuti yg di rancang hahah hem ni nak n3 roti yg di buat utk mkn2 petang semalam,,,dah jatuh cintan pulak pada roti yg buat sendiri....baru tahu akan ke jimatannya wakaka ada lebih buat sarapan pg tadi...kali ni taburkan bijan aje..kalau rasa nak letak sos  dan mayo picit aje....... bentuk tepulang pada kesuakan sendiri nak  buat lilit2 ke nak buat beselang seli ikut lah yeeee ...hem mencuba resepi yg sama cam Mas buat tu Basic Dough...hemm lembut..boleh buat lg ni.......Tq


Roti Sosej Basic Dough
Resepi : Kak Nor
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
380gm tepung high protein (tpg roti) - Mas guna tepung gandum ~ Shila pun sama
3 sudu besar susu tepung - tak letak
80 gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A - dikocok siket dgn garfu
100 ml air - Mas guna susu segar suam kuku  ~ sheila pun sama 
100 gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gm butter - Mas guna marjerin
30 gm shortening

    Cara membuatnya :
    Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
    Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
    Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
    Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
    Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
    Biarkan sehingga proses menguli selesai.
    Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
    Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
      # Kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
      Boleh tengok disini untuk Kaedah menguli menggunakan tangan.
      Sheila uli guna tangan aje..puas rasanya....

      7 ulasan:

      izahdaut berkata...

      memang nampak gebu betul roti kk shiela tu.. saya pun mmg suke guna resepi basic doh kak nor ni..

      Sheila Shafeareen berkata...

      Hai Izah betul dia punya naik kembang akk pulak teletak roti tu dekat2 bila kembang becantum pulak...nest buat boleh saja guna resepi ni...

      kakna berkata...

      salam..
      bila pula giliran kakna nak cuba ni.tengok kawan2 dah pun buat roti ni.tangan kakna ni.. tak kuat nak mengulinya.

      ijayuji berkata...

      Salam kak, jom kita jadi biz partner bukak bakery hihihi...

      Amie berkata...

      Sheilaaaa... cantiknya gambar yang bawah sekali tu, berkilat menawan!

      Mas berkata...

      memang terbaikkk resepi ni kak...
      memang mas suka...
      lembuttt gebu jerk kan roti tu..
      ishhhh....rasa mcm nak meroti jerk juga...
      tapi malassssssss...
      tolonggggggggg...he3

      GoBok Khazana Silam berkata...

      Hai Shiela..lama tak blogwalking kat sini....emmm sedapnya tgk roti sesej nie...ni favroute anak akk. Teringin nak buat tapi oven probelm pulak.

      Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More