Salam... besiaran di hari khamis....hemmm seperti biasa dah mula buka sekolah pasti le bz masuk dapur utk masak juadah tghari, emak2, ibu2, umi2, mama2 semua masak apa tu hari ni... ... ank2 balik sure lapar punyakan hehhe.... tghari ni rmh kita hidangan dgn nasi kerabu biru dan belauk kan ayam percik..hemmmm sdp...masing2 mmg pengemar nasi kerabu...x kiralah kuning ke biru sama je....tp bab sambal kelapa tu kena buat lebih maklum masin2 suka, kalau letak byk2 baru sdp....biasa mkn sama ikan celup tepung...tp hari ni rajin sikit lahhhh...buat aym percik...bakar masuk oven je resepi ayam percik sy ambik dari dapur
Cikmin tq ye....hemm harum nya bau...jemput mkn
NASI KERABU
Bahan:
Nasi di tanak seperti biasa ~warnakan kuning/biru
Bahan utk kuah tumis :
5-8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 biji kelapa parut
1 batang serai
Cili kisar
1-2 ulas asam keping
Garam/gula secukup rasa
Bahan sambal kelapa ikan
3-4 ekor ikan kembung sedang
1/2 biji kelapa parut
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
Sebuk lada hitam
Garam/gula
*Bahan2 ulam seperti biasa yeee dan nak belauka apa ikut suka, jgn lupa letak budu*
Caranya:
Utk kuah tumis:
Sebiji kelapa, sediakan santan
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumiskan bahan-bahan yang kisar sampai naik bau
Setelah naik bau, masukkan cili kisar ...kalau suka pedas, letaklah lebih, kacau sampai naik minyak
Masukkan santan dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...
Kacau dan masukkan asam keping, masak hingga agak-agak pekat perasakan dgn garam/gula
Utk sambal kelapa ikan:
Ikan kembung di bakar
Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga keperangan...
Kelapa goreng dikisar supaya sederhana halus ~ kalau rajin nak tumbuk pun boleh
Ikan bakar diambil isinya dan campurkan ke dalam kelapa goreng tadi
Bawang besar dan cili merah dihiris, campurkan kedalam kelapa gaul rata-rata, tambahkan serbuk lada hitam, garam/gula secukup rasa...
AYAM PERCIK
Resepi :
Ayam Percik ala Cikmin
Bahan untuk ayam:
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 btg serai
serbuk lada sulah
garam
(perap ayam dgn bahan2 diatas)
Bahan untuk sos:
10 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
3 btg serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
(semua bahan diatas kisar halus)
15 tangkai cili kering-dikisar(pedas ikut suka)
santan RM2
garam/garam/perasa
* sy tambah 1 inci kunyit hidup
Cara2nya:
Tumis bahan-bahan yg telah dikisar halus bersama cili kering kisar hingga naik baunya,masukkan santan dan biar sampai pecah minyak.Masukkan garam,gula dan perasa jika suka.
Bakar ayam yg telah diperap sama ada guna oven(suhu 165c selama 1 jam) atau dapur arang.Kemudian tuang sos diatas ayam yg telah siap dibakar.