Selasa, Ogos 23, 2011

Iftar 23- Ayam Goreng Berempah Beriani


Assalamualaikum...di saat nak penhujung ramadhan ni...buntu juga ider nak memasak...mujur ada dapur masakan kawan2 yg membantu...so hari ni dapatlah ider masak dua jenis manu....npk je DayangJack tayang ayam goreng berempah beriani terus dah tepikir utk bebuka nak buat...mmg bebaloi ragup dan terasa rempah2 yg di perap tu....Tq DayangJack.....lepas juga manu lauk utk bebuka hari ni


Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


Bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan kisar :
6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.


0 ulasan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More