Ahad, Ogos 21, 2011

Iftar 21 - Ayam Goreng Daun Pandan


Assalamualaikum semua..besua kembali...utk juadah bebuka hari ni buat lauk Ayam Goreng Pandan...lama juga x grg ayam mcm ni... nak pulak saya perap kan ayam tu dari pukul 2pm dan mula mengoreng pukul 6.45pm mak hai baunya jgn cakap le wangi......tambahan pulak dengan rempah2 yg di salut tu..mmg semerbak bau...resepi asal dari Che Iza dan saya ambik dari dapur Fiza Nordin....sdp, ank pun request suruh grg mcm ni lg


AYAM GORENG DAUN PANDAN
Resepi : Fiza Nordin

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sk ketumbar
* 1 sk jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
2 sb santan pekat (optional)
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
daun pandan


Cara-cara
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
2. Tumbuk/blend semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
3. Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam dalam poket itu.
4. Balut ayam dengan daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
5. Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar.
6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
7. Siap dibungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana.


0 ulasan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More