Seperti yg di beri tahu tadi ni manu kedua kami...murtabak, pecubaan petama tu..kira boleh leeee....boleh jual dan open table.... Ohoooooo idak le mak cik...yg empat keping ni pun tekial - kila menebar atas btut dulung, asyik dok tarik - tarik koyak belubang tampal balik heheh...cam tu nak beniaga hemmmmm... sebenarnya kita dok teruja negok murtabak Mek Siam Ika tu pagi tadi....dok pikir lama gak x makan murtabak... kalau beli sah sekepin dah RM 3.00 tu pun belum tentu isinya tebal... alang2 dah npk hati pun bekenan terus kan niat tu....sdg elok buat mee kari, kuahnya leh cicah gan murtabak...isi dlm murtabak ni saya lebih kan bawang dan kentang...setiap satu keping sebiji telur di bancuh sekali gan inti..hem menjadi walau pun di bahagian bawah lipatan tu tetebal sikit...apa pun mmg sdp..mkn pulak gan bawang merah pehhhh sdppppppp....Tq Ika....
MURTABAK INTI DAGING
Untuk Kulit
Resepi Asal : NICEGHOST FNR >>yg ini tak de link kalau ada tolong bg tahu ya :-)
Sumber: KAK HANA
Sumber: Ika
Bahan-bahan
3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola
Cara-cara
Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
Campur minyak masak
Campur marjerin
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D (sy buat dlm pukul 1 ptg)
Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
Untuk Inti Daging - sy gantikan dgn ayam
Resepi Asal: MURTABAK SEGERA MINAMI MyR
Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar - bawang besar saya letak 2 1/2 biji(saja suka mkn bawang)
1 ulas bawang putih
daun sup - x letak
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur
Cara-cara
mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati
ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. >>yg ni guna kulit roti canai, canai mcm biasa
cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.>>bungkus mcm biasa juga nak buat murtabak tuuu :D
Utk Bawang
Racik bawang besar ikut suka berapa byk
Basuh dan toskan
Rendam bawang besame air masak yg di letak pewarna rose
campur sedikit cuka, grm, gula gaul sebati...
6 ulasan:
Salam kak! nmpk sedap pulak murtabak akak ni :D terasa rasa nak buat jer lagi hihihi.... ank2 kita mmg suke roti2 canai gini tp kalau inti sardin dia org tak makan, kalau nak kena buat mmg guna daging tak pun ayam :D
Salam Sheila...
Aduh rajin nyer sheila menebar roti murtabak ni..mmg kalau beli isi nyer tipis & entah sedap atau tidak...
Tu lah nmpk jgk kat rumah Ika tayang bawang warna merah... tup tup kat rumah sheila ada ltk resipi..mmg tak pernah mkn begini..next time blh try jgk :P
Rajinnya menebar murtabak...memang nampak sedap..pas ni tak yah lagi beli kat Pasar Ramadhan...buat sendiri...puas hatikan...:)
w'salam ika ye betul tu letak ayam atau dgg mmg sdp..suka letak kentang lebih...nak letak inti sardin pun boleh tp rasa kureng sikit kan...pe pu sdp mutabikni nnt leh buat lagi
w'salam Mama Hawa...
ye betul nak letak inti tebal2 pun boleh ikut cita rasa kekadang beli nipis aje kan...mmg tegoda dah masa npk kat mrh ika tu...cuba yekak
Hai Cik cek heheh kebetulan buat mee kari tu yg buat murtabak sekali..kita tabar kulitnya pun atas buntut sulang ...maklum le x pro mcm tukang roti canai hehehhyeppp buats endiri puas hati
Catat Ulasan