Rasa manis2 pedas dan lemak2 sdp ni....
Besiaran di hari isnin, ni sambal serunding kelapa yg buat semalam masa mkn dgn nasi impit.. mmg segaja buat lebih sbb ada yg nak di mkn lagi dgn serunding ni...simpan dalam peti boleh di panaskan..kalau simpan dlm seminggu pun boleh tahan lg. serunding ni saya rencahkan dgn ikan bilis saja, kalau ada udang kering lg sdp...nak mkn besame longtong lagi le best..
Bahan
1 biji kelapa parut
1 cawan ikan bilis/udang kering - tumbuk kasar
2 sdb cili kisar
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci kunyit hidup
*1 inci halia
*3 batang serai
Sedikit garam/gula
Minyak utk menumis
Caranya
Bahan betanda * semua di kisar
Panaskan minyak dlm kuali tumis bahan kisar, cili kering hingga naik bau
Masukan ikan bilis/udang kering yg di tumbuk kasar gaul sebati
Masukan kelapa parut gaul sebati
Masukan garam, gula
Masak hingga kelapa kering
0 ulasan:
Catat Ulasan