Selasa, Mac 15, 2011

Kuih Ketayap@Kuih Dadar

Besiaran di hari selasa...ingat nak wat roti jala , kelapa pun dah siap beli nak buat kari ayam...alih2 tukar buat kuih ketayap, ni atas pemintaan nenek ku... nak mkn kuih gulung katanya lama benar x mkn, kelapa beli tu leh wat inti...mula tu kompius gak kuih gulung!!!..ohhh baru ingat org lama2 panggil kuih gulung, x pun kuih dadar..so apa lg tukar le arah mendadar.. x jadi nak menjala... ok gak kuih ni mkn panas2 sdp..pasni nak rehat penat dah memdadar... nasib x menjala tadi..kalau menjala masuk tegahari pukul berapa nak habis hehehe jemput..
Bahan
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan
1/2 cwn air daun pandan(1/2 cawan air kisar dgn 2 helai daun pandan dan tapis)
1 sdk garam
2 sdb minyak masak
beberapa titik pewarna hujau
Bahan inti
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Caranya
Dlm kuali satukan kelapa parut,gula merah,daun pandan simpul
Masak hingga kering dan sebati
Dalam mangkuk satukan tepung, garam,telur,santan dan air daun pandan bancuh sebati
Kalau nak cantik letak pewarna hijau, kemudian tapis adunan
Dalam kuali leper/pan, sapukan sikit minyak, tuang 2 senduk adunan menjadi bulat
Biarkan dlm 2-3 minit dan angkat
Letak inti kelapa di tegah lipat kiri,kanan dan gulung

4 ulasan:

Sari Yusa Ibrahim berkata...

sempat lagi mendadar tu... samalah, saya pun panggil ni kuih dadar, tak pandai panggil ketayap... hehehe

Sheila Shafea berkata...

Hai Sari- yee betul tu kuih org lama2 ni sdp..kuih gulung boleh, dadar pun boleh byk betul name panggilannya hehehe

Ina berkata...

slm ..
Nak tya bancuhan tepung ni klu x mau ltk santan ok x..??

Sheila Shafea berkata...

w'salam Ina boleh juga gantikan dgn susu cair,bancuh gan air biasa kurang le lemaknay...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More