Khamis, Ogos 09, 2012

Iftar Ke 19 - Ayam Bakar Ala Sate


Assalamualaikum semua....Taraaaaa juadah semalam ni tau , sehari semalam  sy perap ayam ni...dari hari tuannya tayang terus petang tu perap dan semlm petang baru le masuk Oven membakonya...heeee kalau x ikut 24 jam pun x pe perap ayam tu..di sebabkan x nak derhaka ikut bulat2 mcm dlm resepi amboiii baiknya heeee.... masa Mas tayang ayam ni  mmg dah agk sedap punya nak pulak ada rasa cam sate...ikutkan sukatan gula tu banyak sampai 2 cawan tp tulah yg sdp..kalau di kurangkan rasa x berapa nak syok dan sebati rempah pun x npk bekilat...tp sapa2 nak buat tu takuk pada manis x ada masalah boleh kurangkan, ikut tekan sendiri janji rasanya sdp....Mr.N cadangkan raya nnt buat sate gunalah rempah perap ni katanya mmg sdp wahhhh dah ada pemintaan tu heeee....x rugi mencuba resepi ni tq Mas :-)


Ayam Bakar Ala Sate
Resepi : MasDuniaku


Bahan :
1 ekor ayam - dipotong2
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 cm halia
10 - 15 tangkai cili kering - ikut kepedasan sendiri
10 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
2 cawan teh gula pasir - resepi ni memang menggunakan banyak gula
5 sudu besar madu
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Cara :
Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu.
Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
Tuang madu dan sebatikan lagi.
Perap dahulu sebelum dibakar. Mas perap 24 jam .
Panaskan oven dan bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 180c.
Mas guna api atas bawah untuk mendapatkan ayam bakar yang cantik garingnya dan sentiasa terbalikkan ayam tu...


cantik bekilat..sdp rasa rempah yg pedas harum.... nak buat sate perap gan resepi ni lah :-)....

Rabu, Ogos 08, 2012

Iftar Ke 18 - Puding Roti Keju & Sos Vanilla


Assalamualaikum buat semua, rasa sedih pulak nak meninggalkan ramadhan yg mulia, tup tup hari ni dah masuk yg ke 19 kita bepuasa...moga di penghujungnya kita semua akan akhirnya dgn kebaikan dan  di penuhi dgn amalan yg di berkati InsyaAllah...seperti biasa lepas bebuka mmg x sempat  nak menjegah dapur ni..jadi kenalah lewat sehari be n3....semalam buat dessert pulak teringing nak makan puding roti keju...bekuahkan sos vanilla...hemmm bukan selalu pun makan keju2 cheese2 ni,  dlm setahun boleh dikira berapa kali  makan cheese..rasanya x sampai pun bekali2 hahahah lawak...boleh di bilang gan jari tauuuu...tp bila dah teringin apa salahnya kan....beketul2 ngap waduhhh byk enak sekali....resepi yg sangat sdp...enak dimakan sejuk curah pulak sos vanilah pehhhh lelehhhhh....sesuai juga buat utk jamuan mkn2 keluarga,.. nak buat masukan dlm bekas cawan plastik pun boleh dan terus kukus...lagi senang keja...kalau masuk dlm loyak pun ok juga tp nanti kena potong2..apapun ikut je citarasa sendiri...jom semak resepi Puding roti keju yg sdp ni....


Puding Roti Keju & Sos Vanilla

Bahan:
8 keping roti di siat2
1 tin susu cair
3 biji telur 1 cawan gula
1 sdp asen vanilla
Beberapa keping keju/slices cheese

Cara-cara
Telebih dahulu panaskan pegukus
Dalam bekas satukan susu cair, gula, telur, asin vanilla, di pukul hinga sebati
Masukan roti yg telah di siat-siat tadi kedalam susu yg dikocak bg tengelam
Masukan separuh roti yg direndam kedalam bekas kecil/loyang dan letak keju yg di potong kecil, tutup semula dgn lebihan roti lg...dan letak kaju di atas pemukaan roti ..
masukan dalam pegukus yg di panaskan..kukus dlm 15- 20 minit...
Sejukan puding roti

 Sebelum di kukus

Selepas di kukus

Untuk Sos Vanilla
Bahan:
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu besar tpg kastard dibancuh dengan 1/2 cup air
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Dlm periuk masukan susu dan gula kacau sampai gula larut
Masukkan esen dan bancuhan kastard, kacau hingga sebati ( hendaklah sentiasa di kacau) bila dah agak2 hampir nak pekat tutup api, jagan sampai pekat nnt beketul2 pulak.....
Sejukan dan boleh le di makan sama Puding Roti




Selasa, Ogos 07, 2012

Ayam Prun


Assalamualaikum......sory le dua tiga hari x sempat nak jegah..F/MIL dtg...acutally dah seminggu kat KL..bemlm ke rmh ank2 dpt lah setiap rmh dua mlm...kat KL ni ada lima ank so puas lah bejln nya..last sekali rmh sy menantu sulung hemm apa lg meriahlah manu hidangan..semua adik beradik bekumpul bebuka puasa besama...riuhhhhh di buatnya...tp sy x sempat le nak snap2 apa pun sbb dah kalut sangat....
ok x nak bebel dahhhh...:-) jom layan resepi ayam Prun yg dah sy masuk list ni manu bebuka puasa semalam....hemmm dah cuba dan dah rasa dan juga dah habis licin heeee mmg sdp tauuuu masaknya pun senang.....ada rasa pedas, manis, masam ...nak kata rasa cam rendang x jugak...nak tahu ken lah try yeee...sesuai tau mkn same roti....TQ Dayngjack...nng sy nak buat yg daging pulak....


Ayam Prun
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil atau ikut suka)
  • 70g buah prun (pitted atau dibuang biji)  +/- Sheila guna Sunsweet Prun
  • 1 sudu besar rempah kerutuk (DJ menggunakan rempah kerutuk Adabi)
  • 4 sudu besar cili giling (boleh tambah atau kurang)
  • air secukupnya
  • 2-3 sudu besar madu atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos plum
  • 2 sudu besar sos tomato
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
bahan-bahan kisar :
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Perapkan ayam bersama rempah kerutuk, cili giling dan bahan kisar selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak secukupnya. Tumis rempah rempah 4 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan ayam bersama bahan perap tadi. Kacau perlahan sehingga mendidih. Kemudian barulah dimasukkan air secukupnya.
  4. Apabila ayam hampir masak, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan tomato ceri jika suka. Gaulkan.
  5. Apabila sudah masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan. (jika suka boleh hiaskan dengan gajus panggang dan bawang goreng)

Jumaat, Ogos 03, 2012

Popia Serunding


Taraaaaaa siap dah satu kuih raya heeeee tp kan mcm x cukup jeeee...grmmmm sbb semuanya pengemar, yg dpt simpan pun sebalang, lg separuh dah kena ngapppppp....kita harus buat lg...serunding daging ni Mr.N beli kat kawan opisnya ...serunding pun sdp maklum le dari kelantan....projek menyimpul ni mlm td buat sambil2 negok tv...ramai yg menolong cepat siap...dah cepat kena goreng heeeee...seronok buat ramai2 ni, x le bosan...menyimpul pun x lah susah mane, sorang guting kulit, sorang letak inti, sorang tukang simpul siap lahhhh....kalau beli yg dah siap tu mau berapa harga? cecita heee tau kan mahal popia serunding sekilo...setengah kilo pun dah bebelas ringgit...x pelah pada yg rajin tu boleh le buat mcm saya...pada yg x sempat tu beli aje lg senang....jom layan...

 Serunding daging dan kulit popia, kulit popia sekeping besar tu sy potong jadikan 8 kepingan kecil

sebelum di goreng simpul banyak2 dulu

SERUNDING POPIA

Bahan-bahannya
Kulit popia
Serunding  - ikut suka serunding daging/ serunding ayam/serunding ikan/serunding kelapa

Cara-cara 
kulit popia (saiz besar) digunting kepada 8 bahagian.
Serunding diletak ke atas kulit popia
Kemudian, kulit popia yang berisi serunding digulungkan
Setelah digulung, kulit popia tersebut disimpulkan macam ikat tali, pandai2 ye ikat, takut putus kulit popia
Panaskan minyak dlm kuali dan boleh lah di goreng hingga keperangan, tos dan sejukan...simpan dlm bekas kedap udara


Sira Pisang Gula Hangus


Assalamualaikum... Pagi Jumaat yg indah buat semua rekan2 ku :-)...n3 pencuci mulut lepas bebuka semlm...sira pisang hemmm manu dari pantai timur mmg kena ada dlm rmh ni...sdp lahhhh pestime buat...nak mkn suam atau sejuk pun  boleh....jangan takut yg sy buat ni x lah manis mana pun agak2 jeee yeee kalau nak manis kena le lebihkan gula dan kuahnya pun kena ada sedikit likat2....rempah2 tu jgn letak lebih sangat nnt rasa kuat x best pulak nak mkn....tang pisang tu ikut je nak buat pisang apa, rasanya yg sesuai pun pisang lemak manis, pisang nangka....sy main bantai jeeee x kira pisang apa pun dah jadi sdp aje mknnya...heeeee...resepi ambik dari dapur Naz-oven kecil.... negok sira pisang yg Naz buat mmg terliuq betul... kuah gula hangus mmg byk sdp lahhhh.....try le sesekali bebuka dgn dessert ni.....Tq Mek Naz


PISANG SIRA GULA HANGUS
BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
5 biji pisang nangka
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan

Cara menyediakannya :
  1. Masukkan 3-4 sudu besar gula (ambil daripada jumlah gula yang perlu digunakan di atas) ke dalam periuk. Di atas api perlahan, cairkan gula ini menjadi gula hangus. Apabila gula telah perang, masukkan air dan biar gula larut sepenuhnya. 
  2. Seterusnya masukkan baki gula dan daun pandan. Besarkan api dapur dan biar hingga menggelegak dan gula larut sepenuhnya.
  3. Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
  4. Kecilkan api dapur. Masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang.  
  5. Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk (sekejap je tau! Lebih kurang 1-2 minit je). Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Sebenarnya resepi pisang sira ni, tak ada yang standart. Ianya bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau suka makan pisang sira dengan air gulanya yang banyak, tambahkan lagi air dan juga gulanya. Kalau suka air gulanya sedikit likat, perlulah lebihkan gula..(*jangan jadikan kebiasaan tau! Nanti kena diabetes pula).
Kalau part bahan rempah tu, iaitu bunga cengkih dan bunga lawang, boleh adjust ikut selera masing-masing juga. Mungkin ada orang yang suka bau rempah-rempah ni. Ada juga yang lebih suka menikmati pisang sira yang plain jer tanpa bau dari bunga cengkih dan juga bunga lawang tu. Jadi adjustlah sama ada nak letak banyak atau sikit bunga-bunga tu atau tak nak letak langsung pun buleh. Apa-apa pun, tepuk dada, tanya selera. Ok bye!


Khamis, Ogos 02, 2012

Ikan Percik


Besua kembali di pagi khamis...redup pg ni yeee sesetegah tempat npknya hujan...syukur....n3 manu bebuka petang semalam buat lauk ikan kembung percik....masuk je bulan posa ni mcm2 lauk di cuba yeeee...kalau x pun sampai lupa pada masakan ni....ialah kalau ikutkan beli di luar seekor pun dah berapa....baik buat sendiri lg rasa puasa...rasa kesedapan pun kita boleh tahu...kali kedua buat percik awal puasa kemarin buat ayam percik...resepi kali ni try pula dari dapur Kak Wana Potret Kasih....cuma kali ni kuahnya buat lebih  sikit boleh mkn same nasi....mmg sdp tauuu...tq Kak Wana

Ikan Percik
Resepi : Kak Wana Potret Kasih


3 ekor ikan kembung ( atau termenung) yang besar
1 mangkuk penuh santan
5-10 biji cili kering ( atau cili padi 10 biji)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai
Sedikit belacan (jika suka) - sheila x letak
1 camca besar gula
1 keping asam gelugur
Sedikit kunyit (ditumbuk)
Garam secukup rasa

Bahannya
1. Kisar cili kering, bawang merah, halia, serai, bawang putih, belacan dan kunyit bersama santan.
2. Masak atas api dan masukkan asam gelugur… kacau hingga pekat.
3. sementara kuah pekat ikan di lumur dengan garam kemudian dibakar hingga separuh masak.
4. Bila kuah agak pekat sesuaikan rasanya dan angkat.
5. lumurkan atau percikkan kuah atas ikan dan bakar. Ulang pada sebelah lagi.
6. buatlah bebrapa kali hingga kuah melekat pada ikan.
7. Bila masak bolehlah dihidangkan.




Rabu, Ogos 01, 2012

Kuih Tepung Bungkus


Salam besiaran di pg rabu....n3 juadah kuih pulak ni...buat utk bebuka semalam...kuih nostagia...arwah atuk mmg suka kuih tepung bungkus...x kira lah bukan bulan puasa pun suruh nenek buat....dan abah sy sendiri pun suka kuih ni....satu lg kebetulan lama x makan jadi resepi ni pun terus masuk list....kes dek Izah tayang kuih lama2.. x silap seminggu lebih yg lepas...time tu mmg dah npk terliuq, tp daun pisang sy malas nak g ambik kat belakang tu :-)...kuih ni mmg kena dgn rasa...kenyal2 lembut...terrr bungkus besar pulak, bila dah di kukus mak hai naik kembang tepung yg di luar .... negok pada resepi cam remeh je nak buat ..bila ikut betul2 senang rupanya....bahan pun simpal, cuma buat 3 stap jeee...kena lah rajin sikit kan heee....apa pun kuih ni mmg sdp sebungkus jadi nak 2,3 bungkus makan...kenyang tauuuu.....tq izin kongsi di sini :-)


TEPUNG BUNGKUS
RESEPI: BDARIA

Sumber: Izah Muffin Lover
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)

1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A
Potong gula merah menjadi ketulan kecil
Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Tutup api dan sejukkan inti anda
Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.

Langkah 2
Bahan B


200gm tepung pulut
150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B
Masukkan tepung pulut dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
Buat sampai habis dan ketepikan.

Langkah 3
Bahan C

2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.

Langkah 4
Bahan D


200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air

Cara-cara memasak bahan D
Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.

CARA-CARA MEMBUNGKUS
Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.


Selasa, Julai 31, 2012

Talapia Bakar & Air Asam


Assalamualaikum....manu bebuka puasa semalam, salah satunya lauk ikan...talapia bakar cicah air asam....dulu2 mmg x makan ikan talapia ni....tup tup satu hari adik ipar buat makan2 di kampung ipar buat talapia bakar...cuba juga le merasa pehhhhh sdp juga....rugis kan awal2 dulu x makan :-)...cari resepi yg sdp utk ikan bakar...taraaaa dah bekenan kat resepi dari Yana....bahan2 pun senang.....mana yg nak buat manu ikan bakar petang ni rasanya masih sempat lg nak buat....makan panas2 mmg pehhhhhh

TALAPIA BAKAR
Resepi :Yanashaiful


BAHAN-BAHAN:-
Ikan talapia ( kitaorang bakar 8 ekor ) sheila bakar 2 ekor aje
Bawang merah
Bawang Putih
Cili kering*
Biji Ketumbar*
Serai
Halba
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis

CARA NAK BUAT:-
Goreng cili kering dan biji ketumbar. Lepas tu bland bersama bawang merah, bawang putih, serai, halba, serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis.
Kemudian masak bahan yang di bland tadi hingga mendidih.
And then, lumur pada ikan talapia yang sudah siap dicuci tadi. Ibu mertuaku cuci dengan buah belimbing masam. Dah siap lumur semua kita balut ikan tadi dengan daun pisang..Kemudian bolehlah dibakar hingga masak..Slamat mencuba :-)


Isnin, Julai 23, 2012

Iftar 3 - Karipap Telur KOBOI


Assalamualakum salam besiaran he,,, lepas bebuka ni mcm2 terbit ye dari rumah kawan2 :-) best pulak tu negok semua juadah yg menyelerakan.......siang tadi ada kesempatan nak uli meguli...kes tetarik negok karipap Kak Shiela....inti pun menarik...mudah je nak buat....semua bahan yg senang di capai....siap...hampir nak masuk waktu bebuka terus goreng.... byk syokkk wayyy mkn panas2.....betambah lg koleksi inti karipap...satu lg inti ni x berapa pedas....sesuai le budak2 nak mkn...tp sy lebihkan sikit lada hitam baru  ada rasa...tq Kak Shiela...sy dah cuba....nak resepi sila ke dapur Kak Shiela yee

Karipap Telur KOBOI
Resepi: Kak Shiela 
Silalah kesana ye negok2 cara-caranya.....





Khamis, Julai 19, 2012

Ayam Percik


Salam besiaran di hari khamis...masak ape tgh hari ni....hari ni kita ambik mood bulan posa heheheh :-) x lahhh sesajeee  buat lg pun lama x pekena ayam percik...hemmm kena pulak dgn nasi panas2 lg leee syokkkk... ayam percik ni kita buat lebih...bukan ape sebenarnya nak mkn gitu2, kira meratah ayammm :-)...kita suka kat kuah ayam percik ni mmg sesuai dgn tekak...kira secukup rasa...:-)...kuah nya pun sdp gaul gan nasi...resepi x asing lg dari Kak Hanieliza...mmg kena buat lg ni di bulan ramadhan...

Baru bakar kuah pun kering,  belum lg curah kuah banyak....

Ayam Percik
Resepi : Kak Hanieliza

Bahan:

2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/b halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai - yg 1 batang sheila titik

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Hidang besama salat

Rabu, Julai 18, 2012

Nasi Goreng Butter/Mentega


Assalamualaikum salam besiaran harap semua kawan2 sihat2 belaka yee...InsyaAllah lagi 2 hari kita semua akan menyambut bulan yg mulia...moga amalan2 kita akan di sempurnakan dgn baik...amin
Tengah hari ni masak nasi goreng butter..asalnya nasi goreng mentega tp ada butter pakai jelah :-) sebelum ni pernah juga buat lama dah tu..buat pun letak ikan bilis......hemm ni ada stok udang dan sosej kita kasi masuk dlm nasi...lg betambah sdp.......resepi nasi goreng ni ramai juga kekawan yg lain dah cuba...pada yg belum try tu buat leeee... sesua juga buat manu utk besahur tauuuuu..tq Dayang....dua kali dah try ni...:-0


Nasi Goreng Mentega

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 4 cawan nasi
  • 2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
  • 1 biji telur- sheila tambah lg satu biji
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • sedikit garam
  • 50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional - Sheila letak udang & sosej
Cara-cara
  1. Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
  2. Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
  3. Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.
makan panas2 mmg best..sesuai buat utk besahur...

Jumaat, Julai 13, 2012

Pau Inti Kasted


Assalamualaikum salam besiaran di pg jumaat yg penuh keberkatan, syukur..... jom sarapan dengan pau inti kasted pg ni....hem 2 ketul kenyang....kes nak pehabiskan sos kasted yg buat semlm masa makan sama kuih serabai.....seperti biasalah pau ni buat mlm tadi siap kukuskan sekali.....pg ni cuma tingal panaskan saja....senangkan....sdp tau letak inti kasted...:-) resepi pau sama mcm yg pernah saya buat sebelum ni...roti pau yg lembut dan gebus...jom mkn....:-)

Resepi : Kak Ton MyR

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam 
 belum siap kukus lg

 Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba... 
Untuk Sos Kasted
1 tin susu cair
2 sdb gula- ikut manisan sendiri
2 sdb tepung kasted
  1. Satukan semua bahan2 dalam periuk kacau seketika
  2. Kemudian baru di letakan atas api yg sederhana
  3. Kacau jangan behenti, bila agak2 dah nampak pekat padamkan api terus..(jangan sampai kasted hangit) dan sejukan

Khamis, Julai 12, 2012

Kuih Serabai


Assalamualaikum salam tegahari pada semua...n3 mkn lunch hari ni....buat serabai...tp diri sendiri x serabai tau wahahhahah:-)...x silap masa kecik2 dulu penah makan buat sarapan pg....cicah gan kuah lemak manis....rasapun ingat2 lupa dah..tetiba je semalam mengamit memori silam....mcm nak je mkn kuih masa kecik2 dulu...so cari punya cari jumpa resepi dari Mamafami....oooo nampaknya kekawan yg lain pun dah ada yg try yeee...bancuhan pun senang aje.....kuih nya byk pada rasa cam apam...dan seakan cam rasa tosei pun ada...2 keping mmg kenyang...Sarabai ni saya mkn same kari ayam..dan buat juga kuah manis ..sos kasted... ank dara suka mkn dgn sos kasted sdp katanya...buat pun nak bg kenal pada dia org adanya kuih2 tradisi cam ni... ....tp kan kalau nak lg syok buat kuah durian pehhhhhh.....tq pada yg menyumbang resepi....:-)

Serabai dengan kari ayam

Serabai dengan sos kasted

SERABAI
Resepi: MamaFami

BAHAN SERABAI :
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA : Sheila x buat ,tp lg sdp makan same kuah gula
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris
2 helai daun panda, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK SERABAI :-
Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang aduana tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan keriang, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...

UNTUK KUAH GULA :-)
Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!

sdp lembut...besarang2 lg

Selasa, Julai 10, 2012

Kacang Tanah Salut Tepung


Petang tadi ada masa...so x nak bazirkan time heheheh apa lg buat kudap2 leeee lama juga x mkn kekecang ni....kemarin ada npk Sorg Akak di FB letak pic kacang salut tepung ni terus teringin nak buat...tp saya x ingat beliau letak resepi dari sape...so sebelum membuatnya tadi saya cuba cari2 kot2 ada resepi yg bekenan.....taraaaaaaaaaaaa :-) alhamdullilah jumpa juga resepi yg saya kira amat mudah dan ringkas dari Anna DapurModen...dgn 500gm kacang tanah pun boleh dapat bayak tauuuu....cuma kat sini saya tambah kan 4 -5 sudu serbuk kari perasa daging dalam adunan tepung...bg ada rasa pedas2... lg bagus kalau ada daun kari... sure harum baunya masa mengoreng ...pada yg nak cuba tu boleh leee...test market untuk raya hehehehe..tq pada tuan punya resepi...

Kacang Salut Tepung

Bahan Binaan :-

1 bungkus kacang tanah @ 500 g sebungkus 
1 sudu besar jintan - di kisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
1 biji telur
secubit garam
2 sudu besar gula (Boleh lebihkan kalau nak manis)
1/4 cawan tepung gandum (Lebihkan kalau adunan masih cair)
Sheila tambah 4-5 sdb serbuk kari daging

Siap adunan tepung dan kacang yg telah di goreng dlm bekas kedap udara....

Cara Binaan :-

1. Campur semua bahan (kecuali kacang) dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Masukkan kacang dan gaul hingga semua bahan salutan tadi menyalut kulit kacang.
3. Goreng dalam minyak yang panas hingga garing.
4. Angkat dan simpan dalam bekas kedap udara.


GYOZA 3


Assalamualaikum salam besiaran di malam hari ...maap lah yee tuan rumah dtg sekali sekala jegok...bukan apa..sejak dua menjak ni mood mkn ada kurang sikit heeee..bukan x masak langsung..hari2 masak cuma sesetengah mkanan tu ambik sikit2 aje....harap paham lah yeee :-)..ok n3 mlm ni buat gyoza kali ke 3...x jemu pun...seisi rmh mmg suka makan ni....kalau g market  je pasti ambik skin gyoza buat stock...sama sebelum2 ni ...guna resepi yg sama juga....cuma kalini dlm inti tu letak cili padi mayang dlm 3 biji...bagi rasa pedas2 pehhh mmg byk syokkk leeee....jom layannnn :-)

bahagian bawah yg garing

RESEPI GYOZA
Resepi: kak hana
Sumber: kak ros , tun telani

Bahan-bahan ~Sheila beli yg dah siap ada 30 keping
Untuk Skin

250g tepung gandum
1/2 - 3/4 cawan air sejuk - ader setengah resepi gune air panas, dan ada setengah campuran sejuk+panas
1/4 sk garam
Extra tepung gandum utk canai
1/2 sudu kecil baking powde (P.Ros tambah)

Untuk Inti
250g daging kisar/ ayam/ udang (P.Ros guna 200 grm daging hancur)
1/2 genggam daun kucai - potong kecil (P.Ros ganti dgn daun bawang)
50g kubis - cincang dadu halus- tun guna kobis ungu
1 sudu makan halia parut
2 sudu makan bawang putih parut
1sk minyak bijan (Puan Ros guna lbih kurang 1 1/2 sudu)
1sk gula
1/4 cawan bawang besar - potong dadu
Daun negi - jika suka (tak masuk) ~sheila x letak
garam dan pepper
Puan Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung kedalam adunan filling- tun pun
1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza (Puan ros stim guna air tampa tepung jagung)
 
dlm inti sheila letak cili padi yg di racik dlm 3 biji bg rasa pedas2

Cara-cara
Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik (P,Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain. - tun guna ready-made dumpling skin
Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI. atau boleh gunakan acuan gyoza.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza.
Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian.


Rabu, Julai 04, 2012

Nasi Hue@Nasi Udang Kering


Assalamualaikum salam besiaran di petang rabu...harap kawan2 semua sihat yeee..hemmm lama betul x besiaran di dapur yg satu ni maklum le semagat suam2 air kosong hehehehe suam2 pun rindu juga pada semua.....n3 hidangan tegahari td...mencuba resepi  Nasi pulak...lama juga x buat nasi yg ada rasa..sesekali pekena mmg sdp....pagi td npk Tun pun tayang..sebelum ni Kak Madihaa pun dah buat..sapa lg yeeee ramai juga yg dah cuba... resepi asal ada di dapur Kak Rahel yg beliau ambik dari Buku Resepi Kompilasi Hidangan Nasi...bebalik pada nasi Hue ni....rasa mmg sdp time tegah dlm rice cooker baunya mak hai harum, ank2 kata nasi udang kering...kira nasi ni x payah le nak mkn dgn bebagai lauk pekena satu dua lauk pun dah cukup....sbb nasi pun dah ada cukup dgn rasa....saya lawankan sama ayam masak kurma dan ulamkan sama timun sesuai juga buat juadah utk bebuka puasa...tu yg saya cuba awal2  heeee... apa lg cuba lah....:-)


Nasi Hue
Sumber: Rahel (Buku Resepi Kompilasi Hidangan Nasi)
Dicuba oleh: Kak Madihaa, Kak Yana, tun telani
Bahan-bahan:
  • 250g beras wangi - Rahel guna beras basmati , tun guna beras wangi
  • 400ml air - Rahel guna air panas
  • 1 sudu makan udang kering-rendam dalam air panas - tun guna udang geragau kering
  • 1 sudu makan bijan-digoreng dahulu
  • 1 tangkai serai
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan minyak sayur- Rahel guna olive oil
  • 2 sudu makan pati ayam - yang ni Rahel letak 1 sk aje,
  • 2 sudu makan sos ikan - yang ni Rahel letak 1 sdm + 1/4 sk garam
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - yang ni Rahel letak 1 sk aje
  • sedikit daun saderi
Cara membuat:
1.Kisar udang kering,serai,bawang merah,bwg putih,cili merah dan gula pasir.
2.Panaskan minyak sayur dalam kuali.Tumis bahan yang dikisar hingga berbau.
   Masukkan beras dan dikacau rata.
3.Kemudian masukkan air,pati ayam,sos ikan dan lada hitam.
   Gaul rata dan masak hingga nasi kering.Taburkan bijan dan hidang.

lauk ayam kurma

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More