Salam besiaran di hari khamis...masak ape tgh hari ni....hari ni kita ambik mood bulan posa heheheh :-) x lahhh sesajeee buat lg pun lama x pekena ayam percik...hemmm kena pulak dgn nasi panas2 lg leee syokkkk... ayam percik ni kita buat lebih...bukan ape sebenarnya nak mkn gitu2, kira meratah ayammm :-)...kita suka kat kuah ayam percik ni mmg sesuai dgn tekak...kira secukup rasa...:-)...kuah nya pun sdp gaul gan nasi...resepi x asing lg dari Kak Hanieliza...mmg kena buat lg ni di bulan ramadhan...
Baru bakar kuah pun kering, belum lg curah kuah banyak....
Ayam Percik
Resepi : Kak Hanieliza
Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/b halba
garam secukup rasa
bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai - yg 1 batang sheila titik
Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Hidang besama salat
3 ulasan:
alahai, melihat ayam percik di tengahari, perutku menjerit minta diisi ;-)))
terbaik! dh lama betul tun xmakan ayam percik nih.
adduiii nasib baik la tayang sebelum bulan posa..kalau dak terpercik air liuq nengoknya..hehehe
dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak shiela sekeluarga...:)
Catat Ulasan