Isnin, Februari 27, 2012

Kerabu betik Nostalgik


Salam besiaran di hari isnin ...mulakan tugas harian seperti biasa.....utk manu mkn tegahari ni sy buat salah satu resepi kerabu yg ringkas tp rasa makkkkk haiiiii tersangat lah sdpnya....kalau bg sepinggan makan pun x cukup...kerabu betik pehhh power mmg kena dgn rasanya...isi ikan dan lemak2 santan sikit...kerabu ni lebih kurang sama dgn kerabu timun kelantan...kalau balik sana mesti mok buatkan...betik muda mmg ragup di mkn....rasapun manis...kerabu ni kalau letak sikit cili api x best..mesti nak letak lbh, pedas2 baru ada kawwww...dgn sebiji betik muda leh dpt banyak juga setelah di sagat....tp kalau meratah mmg sah cepat habis x dan nak tunggu mlm...resepi kerabu betik Nostagik kira nostagialah kan...saya ambik dari dapur Tun-Rabiatun...tq  Tun betambah lg resepi saya.....


Kerabu Betik Kelantan Style
by: Rabiatun

Bahanya:
1/2 biji buah betik yang masih keras ~ disagat
4 ulas bawang merah
1 ekor ikan kembung size kecil - dibersihkan dan dibakar tanpa garam
3 tbsp keresek ~ ditumbuk sedikit
2 batang serai - dihiris halus
2 biji cili api - dihiris
sedikit jus limau nipis
sedikit garam
1/4 cawan santan sederhana pekat - optional jika nak ada kuah
- Sheila tambah racikan daun limau purut dlm 3 helai

 Cara:
1). Buah betik yang telah disagat diramas2kan dengan sedikit garam hingga agak lembut. Bilas dan perah airnya. Ketepikan.
2). Tumbuk bawang merah dan serai hingga lumat. Masukkan isi ikan bakar ke dalam lesung dan tumbuk sekali dengan bawang dan serai tadi tu. Tambah garam. Jika suka, boleh tambah sedikit dalam 4-5 biji lada hitam..Tun tak letak.
3). Masukkan betik yang disagat ke dalam mangkuk dan tambah bahan tumbuk, cili api dan sedikit jus limau nipis. Gaul sebati. Rasakan garamnya.
4). Jika suka agak basah, tambahkan sedikit santan, dan gaul sebati. Pindahkan kerabu ke dalam pinggan hidang...dan sedia dinikmati.

5 ulasan:

Rabiatun Adawyah berkata...

assalamualaikum..wahhhh..ada kerabu betik..sedapnyer..nak sepiring wat dinner malam nnt :)

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam tun tq resepi mmg sdp lah..sy meratah aje...nak ke mari lah sini ada lg tu kita simpan dlm peti asi..ptg karang kasi keluar balik...

mala berkata...

kerabu betik kalau makan kat gerai tomyam mmg gatal ja nak order walaupun dah banyak lauk lain ...

tun_telani berkata...

sedapnyer!!! tun suka makan kerabu. xpernah mkn kerabu betik gini. biasa betik muda wat rojak je..

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak..sedapnya kerabu betik.Tapi kat kawasan saya amat susah nak dapat betik yang belum masak dipasaran..yang dijual semuanya dah ranum2....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More