Jumaat, Ogos 19, 2011

Iftar 19 - Popia Besira Pedas


Assalamualaikum, Besua kita kembali di ramadhan ke 19....utk juadah bebuka hari ni buat popia pedas...kalau kuih2 cam gini mmg laku.... rasanya mmg ragup yg penting ada pedas ...buat cam ni snng x payah nak makan cicah-cicah lg dgn sos....tp sambal tu biar kena betul2 pekat bila pegang rasa lekit2 gula... dan ada rasa manis2 pedas baru sdp..kalau basah nnt kulit jadi x ragup bila disaluti sambal...resepi ambik dari dapur Dek Hana ..kes rindu kat Hana ni...moga Hana sihat di samping family dan happy dgn tugas2 yg di sandang sekarang.....ok jom layan juadah ni....


RESEPI POPIA BERSIRA PEDAS
source : hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

kulit popia secukupnya

BAHAN INTI
1 batang carrot - dihiris halus
satu mangkuk kubis yg dihiris halus
segenggam atau lebih taugeh
1 biji bawang besar - mayang
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan dan blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula sedikit

BAHAN SAMBAL
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah dan putih kisar
2 sudu besar sos cili @ sos cili thai
secubit belacan - jika suka
1sk air asam jawa
1sm gula melaka racik halus@gula putih
garam
bijan - sy x letak just tabur dgn daun bawang racik & bwg grg..bau wangi aje


Cara-cara
Cara penyediaan inti popia - Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. kacau rata. Masukkan pula lobak merah. Biarkan sebentar kemudian masukkan kubis dan taugeh. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.
Cara penyediaan sambal - Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, kemudian masukkan cili kisar dan belacan. Masukkan sedikit air asam jawa dan juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering. Masukkan popia yg sudah digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan.Gaul.
Hidangkan.

NOTA : untuk menghasilkan popia yang sentiasa rangup selepas disira, pastikan sambal ditumis agak kering dan tidak terlampau basah, baru masukkan popia. begitu juga inti... toskan air sayur jika ada yg boleh membuatkan popia jd lembik selepas disira.


Biskut Kurma Arab


Assalamualaikum...sepi seketika merehat kan minda....n3 sekut yg petama....negok sana sini kekawan dah dok ramai yg membako sekut...kita ni x lah semahir kekawan semua....buat sekut pun kena betul2 negok resepi kalau tidak alamat x menjadilah...mmg ade cadangan nak kasi pehabiskan kurma 3 kotak dlm peti yg x berusik tu...kurma2 tu bukan di beli pun..syarikat kerje Mr.N yg bagi utk staf2 mereka setiap tahun...memandangkan kurma2 tu x berusik so kita pun tepikir nak buat sekut kurma...jumpalah resepi yg npk menarik di dapur Along Roz....kita bg cincang kurma tu banyak2..negok le rupa sekut tu penuh gan kurma...sdp jugak ada rasa sapi dan npk derai...tp bukan hancur ye...tq Along Roz...


BISKUT KURMA ARAB
RESEPI: ALONG ROZ


(>120 biji)
BAHAN2:
150g Kurma - cincang*
50g Kcg Tanah - panggang & tumbuk* (*gaul)sy gaul sekali dlm adunan
120g Minyak Sapi
75g Mentega
100g Gula Aising
175g Tepung Gandum
250g Tepung Jagung
2 Kuning Telur


CARA2:
1. Pukul minyak sapi, mentega & gula sehinga kembang.
Masukkan kuning telur & tepung.
Gaul sebati.
(Along tak ikut cara ni. Along cairkan minyak sapi & butter & lepas tu baru gaulkan dgn bahan2 lain. Adunan nya agak kering, jadi Along tambah minyak matahari sehingga mendapat doh yg lembut).

2. Bulat2kan, leperkan & isi dgn kurma & kcg & bulatkan semula.
Susun dlm talam pembakar.
Bakar 160C 15-20 min.
Golekkan atas gula mesin.
Sejukkan sebelum di simpan dlm bekas kedap udara.

* Cara No.1 sy ikut mcm yg Along buat....


Selasa, Ogos 16, 2011

Iftar 16 - Puding Keju


Assalamualaikum besua kembali di ramadhan ke 16...seperti biasa kalau x ada dessert2 ni mmg x sah....resepi yg dah lama negok kat rmh kekawan..cuma kita je yg x terbuat2 lg...memandangkan semua dah cuba dan kata sedap kita pun cuba lah buat puding keju utk bebuka puasa td........hemm hemm hemmm sambil menikmatinya sampai tetutup2 mata...lazat mak datin hehhhhhhh sasul pulak Sdp mak datok hhehhhehehe...tq pada yg mencipta resepi ni....


PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~
50g Mentega


CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), bahagi dua adunan dan satu bahagian dimasukkan 1 1/2 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Kemudian bolehlah melapis adunan tu secara selang seli.

yg plastik ni guna mould biskut

Sabtu, Ogos 13, 2011

Iftar 13 - Puding Tauhu


Assalamualaikum...Semalam tuan rumah cuti dari masuk dapur..tp hari ni kena betugas seperti biasa hehehe, ok inilah dessert juadah kami sekeluarga utk bebuka puasa hari ni ....mmg sdp dan lembut...tp bukan lembik yeee...ehhh betul ke ayat kita ni lembut tp x lembik hehhe...kira boleh lah dibayangkan tu ye....bulan posa ni kita pun ada npk kekawan yg dah buat dessert ni, alkisahnya Mr.N kita pulak jarang mkn puding2 cam ni, tp tadi bila pekena segelas nak segelas lagi wah wah wah kira sdp lah tukan....tq Kak Nor, saya ingat raya nnt sesuai lah buat Puding Tauhu ni bg jamu kekawan yg datang beraya, apa pun kita mmg suka puding2 yg bekuah gini, izinkan copy resepi ye, tq sekali lagi.....


PUDING TAUHU
resipi original: K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
utk puding:

1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

utk kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula


Cara:
utk buat puding
:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.


* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.




Khamis, Ogos 11, 2011

Iftar 11 - Mee Goreng Basah


Assalamualaikum, Alhamdullilah sempurna sudah puasa hari ke 11, bebuka td buat mee goreng basah sedap, heeee lebihan ada lagi sepeket mee dan bhnnya...syg pulak mee dibiarkan lama dlm peti takut x elok nnt.....kita grg basah2 aje x lah bekuah sagat...kira lembab2 gitu... kenyang mkn mee nasi pun x beusik....resepi mee grg basah ambik dari rumah CikMin tq.......


Resepi Mee Goreng Basah
Resepi : CikMin

Bahan-bahan:

2 paket mee kuning
6 ulas bawang putih-diketuk
Cili kering kisar-ikut suka hati
Cili Sos*
Sos Tiram*
Sos Ikan*
Kicap Pekat*
Kicap Manis*
Udang
Telur - x letak
Minyak masak
Taugeh
Sawi
Daun bawang
Limau kasturi
Cili padi


Cara-cara:
1.Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kering biar hingga garing.
2.Masukkan sedikit air,masukkan udang dan sawi.
3.Masukkan bahan bertanda * biar seketika dan masukkan mee kuning.(bahan bertanda tu main agak-agak je)
4.Jika mee sudah hampir masak,pecahkan telur,kacau biar mesra.
5.Jangan tunggu hingga kering,terus angkat masa masih basah.
6.Potong cili padi,tuang kicap manis dan perah limau kasturi.


Rabu, Ogos 10, 2011

Iftar 10 - Manu 2 Murtabak Inti Ayam


Seperti yg di beri tahu tadi ni manu kedua kami...murtabak, pecubaan petama tu..kira boleh leeee....boleh jual dan open table.... Ohoooooo idak le mak cik...yg empat keping ni pun tekial - kila menebar atas btut dulung, asyik dok tarik - tarik koyak belubang tampal balik heheh...cam tu nak beniaga hemmmmm... sebenarnya kita dok teruja negok murtabak Mek Siam Ika tu pagi tadi....dok pikir lama gak x makan murtabak... kalau beli sah sekepin dah RM 3.00 tu pun belum tentu isinya tebal... alang2 dah npk hati pun bekenan terus kan niat tu....sdg elok buat mee kari, kuahnya leh cicah gan murtabak...isi dlm murtabak ni saya lebih kan bawang dan kentang...setiap satu keping sebiji telur di bancuh sekali gan inti..hem menjadi walau pun di bahagian bawah lipatan tu tetebal sikit...apa pun mmg sdp..mkn pulak gan bawang merah pehhhh sdppppppp....Tq Ika....


MURTABAK INTI DAGING

Untuk Kulit
Resepi Asal : NICEGHOST FNR >>yg ini tak de link kalau ada tolong bg tahu ya :-)
Sumber: KAK HANA
Sumber: Ika


Bahan-bahan
3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola

Cara-cara
Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
Campur minyak masak
Campur marjerin
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D (sy buat dlm pukul 1 ptg)
Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.

PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais


Untuk Inti Daging - sy gantikan dgn ayam
Resepi Asal: MURTABAK SEGERA MINAMI MyR

Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar - bawang besar saya letak 2 1/2 biji(saja suka mkn bawang)
1 ulas bawang putih
daun sup - x letak
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur

Cara-cara
mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati
ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. >>yg ni guna kulit roti canai, canai mcm biasa
cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.>>bungkus mcm biasa juga nak buat murtabak tuuu :D

Utk Bawang
Racik bawang besar ikut suka berapa byk
Basuh dan toskan
Rendam bawang besame air masak yg di letak pewarna rose
campur sedikit cuka, grm, gula gaul sebati...



Iftar 10 - Manu 1 Mee Kari


Ada dua pilihan nak mkn dgn mee kuning atau kuey teow pilih jelah yeee

Allhamdulillah sampai juga kita ke 10 ramadhan...utk juadah bebuaka tadi saya buat mee kari...so bebuka ni x ada nasi2 lah yeeee ubah selera sikit memandangkan dah 9 hari asyik megadap lauk pauk aje....syukur ape yg di sajikan x membazir..kira bawa ke sahur ngam2 habis.....Mee kari seperti biasalah resepinya semua same aje...tp kali ni kita x letak kerang leeee...kalau ada lg sdp...kuah kari ni kita tambah kentang tau hehhe sbb ape kita nak cicih gan manu kedua yg kita buat....sabar ye layan dulu mee kari ni.....



Selasa, Ogos 09, 2011

Iftar 9 - Puding Sagu Dengan Pati Santan Begula Merah


Assalamualaikum buat semua rakan2....ramadhan hari ke 9....syukur di pemudahkan segala amalan, InsyaAllah, hidangan pencuci mulut utk bebuka petang ni buat sagu besantan gula merah.....sejak posa ni dah dua tiga kali lah npk ada kekawan yg buat dessert sagu...negok pun dah tahu sdp dan menarik...x susah membuatnya, dari pada bau ada seakan mcm bau air cendol, gabungan santan dan gula merah tu yg naik aroma.... resepi dari sifu masakan, siapa lg kalau bukan Kak Nor kita tu.... kat sini saya tambahkan dgn air gula merah....apa pun dah siap masuk peti dulu bg sejuk nnt dah sampai waktu bebuka baru keluarkan....x sabar nak rasa.....


Puding Sagu dengan Pati Santan
Resepi : Kak Nor @ Secubit Garam

* Sy tambah dgn air gula merah bila nak mkn boleh curah atas puding

Bahan:
1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung ~ k.nor guna tepung jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau esen vanila ~ k.nor ganti dgn 1 sudu teh pandan paste
1 1/2 cawan gula pasir ~ k.nor guna 9 sudu besar gula (2/3 cawan)

Cara:
Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan
Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk
Kacau atas api sederhana sehingga masak
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan


Bahan utk Pati Santan
2 cawan santan ~ k.nor guna 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara:
Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan
Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk
Kacau atas api sederhana sehingga masak
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan



Isnin, Ogos 08, 2011

Iftar 8 - Terung Goreng Sambal


Assalamualaikum besua kembali di ramadhan ke 8....yehhh yehhhh kita dah boleh lepak2...dah siap masak ...x kiri lah kan ...x bulan ramadhan pun time cam ni mmg dah siap turun ke opis dapur...hari ni n3 lauk sambal grg terung...wajib ada sambal2...kalau x ada pedas mmg x selerooooo mkn hehehe...rencah dgn ikan bilis...sambal grg same mcm buat sambal tumis ikan bilis, bila dah garing masukan terung yg telah di grg telebih dulu...senang koje kan...belum leh mkn lagi tau... waktu x sampai, just jeling2 jelah....

rencahkan dgn udang basah pun sdp


Ahad, Ogos 07, 2011

Onde Onde Buah Melaka


Assalamualaikum ...besiaran di petang minggu...ramadhan ke 7 kita lalui dgn penuh kesyukuran...selang beberapa hari lepas kita buat onde onde pulut hitam...utk juadah bebuka ptg ni pula buat onde-onde pandan buah melaka.... teringin pulak nak mkn kuih2 lama cam ni...kemarin pun dah npk kat dapur Anna Qawina...so hari ni kita pun mencubanya, ok sambil2 tu kat sini nak ambik kesempatan dlm bulan yg mulia, buat ucapan pada Cik Anna kita, moga dpt menyambut kelahirkan org baru di saat-saat masa tedekat ini dgn selamatnya...

Ok jom layan onde onde buah melaka ni dulu...nnt dah bebuka baru tahu kesedapannya...hehhe dah tahu mmg sdp pun.....


ONDE-ONDE@BUAH MELAKA
Sumber : ratuku@myresipi
Onde-onde by AnnaQawina


Bahan-bahan ( 40 biji )
2 cwn tpg pulut
1 1/2 cwn pati air pandan *guna air biasa je letak sikit2
gula melaka @ gula merah
sedikit pewarna hijau
kelapa parut putih di gaul dgn secubit garam *Ana kukus jap

Cara-cara
bancuh tepung pulut bersama pati air pandan & sedikit pewarna.jgn terlalu lembik.
cubit adunan td sebesar guli & lenyekkan di ats tapak tgn.masukkan sedikit gula melaka @ gula merah & tutup kembali menjadi bulat.
panaskan air sehingga mendidih & masukkan adunan td sehingga timbul.
angkat & sejatkan sebentar.golekkan adunan td di dlm kelapa yg telah digaul dgn sedikit garam.
sedia untuk dihidangkan.........

Puding Cendol


Assalamualaikum ....salam sejahtera di di pagi minggu....n3 juadah bebuka puasa ke6... smlm mmg x sempat nak jegok dapur kedua ni..... mula cadangnya beli cendol ingat nak buat air cendol aje...tup tup npk kat dapur kak Nor asa puding cendol, terus niat di hati ingin menerai...puas, puas dan puas bila dpat mkn dessert, tq Kak Nor izin copy resepi buat rujukan lg....


PUDING CENDOL
resipi :Ogy@Tuntung15
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah

500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah ~ k.nor guna campuran nisan dan gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Caranya :
Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocok kuning telur didalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

## selalunya bila K.Nor buat puding ni, utk bahagian lapisan atas tu K.Nor akan tambah air sebanyak 100ml lagi sbb teksture asal tu agak keras sket bg K.Nor. K.Nor lebih suka teksture puding yg lebih lembut sket. Terpulang pada masing2 ya..

## utk lapisan bawah K.Nor hanya guna 1 cawan gula atau lebih kurang 12 sudu besar. Sbb K.Nor kurang suka manis2 sgt dan utk lapisan atas tu mmg kena rasa sendiri la kalau nk buat sbb jenis2 gula merah ni berbeza. Jadi tak leh nk bg tau sukatan yg tepat.

Jumaat, Ogos 05, 2011

Onde Onde Pulut Hitam



Assalamualaikum salam besiaran buat semua rakan....Alhamdullilah ramadhan ke 5 kita hari ni...kejap jekan terasa kepantasan masa...syukur di pemudahkan segala amalan...
utk juadah bebuka puasa petang ni sy buat kuih onde onde pulut hitam...mmg dah bejangkit kuih dgn mek siam kita tu...lebihan inti kelapa manis bedurian pun ada lg kasi masuk dlm itu Onde Onde....nak ikutkan rasa sure sdp punya...apatah lagi baunya...dah siap di saluti kelapa simpan dalam peti kasi seju...hampir 1/2 jam lg masuk waktu bebuka baru di keluarkan....kalau rajin boleh juga buat dadih nya jadilah kuih badak berendam.....tq resepi yeeeee

yg belum di rebuskan lagi....

ONDE-ONDE PULUT HITAM
Resepi Asal:ALONGROZZ
Sumber : Ika


Bahan2>>kita buat stgh adunan resepi asal kat bwh ni :-)

90 g Tepung Pulut Hitam*
110 g Tepung Pulut*
2 sb Santan Pekat*
Air+Garam secukupnyer*
Kelapa Parut+Garam secukupnyer untuk salutan kuih
Gula Melaka yg di potong kecik2

letak inti manisan kelapa bedurian

Cara2
Satukan semua bhn bertanda * dan masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yg sempurna.
Ambil sedikit doh dan bulat2 kan kecik dan isikan dgn gula melaka yg telah dipotong kecil2 td terlebih dahulu, tutup rapat supaya doh nanti bila direbus tidak terkeluar isi gula melaka td. Buat sehingga doh habis.
Didihkan air di dalam periuk sehingga menutupi keseluruhan buah melaka tadi, pastikan air mendidih dan masukkan doh yg telah di isi dgn gula melaka td sehingga buah melaka timbul ke permukaan air yg di didihkan tadi, angkat buah melaka yg timbul tadi dan golek2kan dgn kelapa parut yg telah di campurkan dgn garam tadi buatb sehingga habis, tunggu sejuk barulah boleh dimakan untuk keselamatn di dalam mulut ehehe...

Selasa, Julai 26, 2011

Terubuk Masin


Salam, besua kita di hari selasa....haaaa juada ni pasti betambah nasi....grg ikan terubuk masin dan buat sayur lemak pucuk......cukup le manu utk tghari ni.....dpt pekena terubuk masin di bulan posa lg leeeee buat x sabar2 nak bebuka kan heeee.....ok jum layan juada tghari sy ni....


grg besama bwg besar, cili api, dan tabur di atas ikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More