Selasa, April 30, 2013

Ayam Percik Kuah Putih - Malaysian Food Fest (Kelantan Month)


Salam besiaran di mlm hari...heee n3 kena cepat... lagi beberapa jam tempoh tamat...juadah ke 4 saya utk MFF...kira dah lama juga x masak aym percik...kali ni buat kuih putih...walau pun putih ada juga rasa pedas hagat2 gitu......letak lada hitam pehh mmg sdp rasa kuah...lemak2 pedas...kuah putih ni kena masak lebih sbb ank2 mmg suku mkn aym dgn kuah nya yg byk..pastu jilat2 pinggan heeee kalau kat kedai jgn di buat malu bebeno heeee..mana yg nak cuba tu silakan..mmg sdp resepi... jom kita cuci mata dgn resepi aym percik kelantan ye...


Ayam Percik Kuah Putih

Bahan2 untuk kuah percik:
5-6 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 keping asam gelugur
2 batang serai di titik
1 mangkuk besar santan pekat
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
Gula & garam secukup rasa

Cara membuat kuah percik:
Dalam periuk campurkan bahan-bahan kisar, lada hitam tumbuk, serai titik dan santan.
Mmasak dengan api sederhana. (Kuah hendaklah sentiasa dikacau).
Masukkan gula, garam & asam keping/gelugur masak hingga kuag mendidih smbil dikacau
Pastikan kuah percik agak pekat sebelum dimatikan api

Bahan2 untuk ayam: 
Seekor ayam (potong 4)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
Sedikit garam
Serbuk kunyit (kalau xnak letak pun xpe) sy letak sikit

Cara membuat ayam percik:
Perap ayam dengan dengan bahan2 kisar, garam & serbuk kunyit
Panggang ayam yang telah diperap dengan api sederhana.
Pastikan ayam sentiasa dibalikkan pada kedua-dua bahagian.
Apabila ayam sudah hampir masak, tuangkan kuah percik ke atas ayam tersebut, kemudian balikkan.
Ulang proses yang sama sehingga ayam betul-betul masak.
Angkat ayam yang telah masak ke dalam pinggan, tuangkan lebihan kuah percik.

* Resepi ini juga sesuai digunakan untuk buat ikan percik.


Terima kasih pada Kak Nor67 yg mewar2kan join MFF dan juga pada Gert Tq....

                                         Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

7 ulasan:

Amie berkata...

Sedapnyalah kalau namanya ayam percik.. ikan percik!

Sheila Shafeareen berkata...

Betul tu kak Amie...nak pulak kuah tu buat lebih curah sampai menjilat pinggan...

Rohah berkata...

Tengok pun dah terliur..

Hafizah Mohamad berkata...

Sedapnya...x pernah lagi try ayam percik versi Kelantan ni...fiza cnp ya...t/kasih...=)

Sheila Shafeareen berkata...

Kak Rohah mmg sdp meratah pon sodap heee

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Hafizah hee cuba lah mmg bebaloi rasa kuah putih dan aym bakar yg enak sekali heeee

kasihilmar.com berkata...

sedap masakan ni.. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More