Isnin, Oktober 08, 2012

Meggi Goreng Pedas 2


Assalamualaikum semua...seperti biasa pg isnin sibuk sikit...hemmm n3 hidangan meggi goreng utk sarapan pg...x kira keci besar katakan... rata2 suka makan meggi :-)..sesekali kena maggi mmg lee syok..kita ikut sama resepi mcm yg pernah buat sebelum ni...hemm mana yg x tahan pedas dan x suka pedas tu boleh le kurangkan cili yeee.... tu semua x ada masalah kan kan kan :-)...ok leee negok le maggi goreng ni..kalau rasa terliuq dan teringin nak mkn..buat ye jgn malas2 :-)...ruang sebelah dapur semua dah siap kemas..kita nak ruang depan sat sapu halaman... byk daun2 beguguran x sapu lg dan nak dirus pokok bunga... jumpa lg byeeee:-)


MAGGI GORENG PEDAS
Resepi : Love2Cook

Bahan-Bahan:-
2 bungkus Maggi (celurkan dlm air yang sudah mendidih, dah lembut..toskan) sheila buat 4 bungkus
4 bawang merah (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar penuh cili kering kisar/ cili boh
2 biji telur
2 ketul tauhu (potong dadu dan digorengkan terlebih dahulu...tabur sedikit garam ketika menggorengnya)-sheila x letak sbb x ada gantikan dgn isi ayam
1/2 - 1 biji tomato ~ potong dadu
sayur (boleh guna sawi/ kubis)
kicap cair
4 tangkai cili padi (optional)
1 peket perencah kari Maggi
daun bawang (potong kecil2)
minyak masak
hirisan timun ~ untuk sampingan

Cara-cara memasaknya:-
Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Pecahkan telur, tuang kicap cair dan kacau hingga telur masak.
Tambahkan tomato, tauhu goreng dan sayur. Kacau rata.
Masukkan mi dan perencah kari maggi. Kacau sebati.
Pastikan maggi goreng anda cukup rasa...kalau tak cukup tambah kicap cair aje.
Dah siap, taburkan daun bawang di atasnya. Letak hirisan timun sebelum dihidang...!

* kalau buat lebih dua bungkus pandai-pandai lah ye gandakan bahan-bahan tu...


3 ulasan:

Cendana Kasih berkata...

salam akak..megi goreng saya versi tak pedas, sbb budak2 tu taj tahan pedas...tp piring saya simbah jer dengan sambal kicap utk rasa pedas...hehehe

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Sedap juga pagi2 ni pekena meggi goreng.. kena pulak yang pedassss.. berasap telinga ni :D

Mas berkata...

mas pun suka buat maggi goreng....
sedappp kannn....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More