Isnin, Oktober 01, 2012

Kuih Lapis Seri Malaysia


Salam sejahtera semua...kat tempat saya petang ni npknya dah mendung..gelap je atas tu...hemmmm x kisah lah...hujan ke panas keee yg penting petang ni dpt makan kuih lapis yg cantik warna bendera negara tecinta..:-) rasa kuih x payah ckp lahhh semua dah tahu kannn sdpnya kuih ni...rasa tepung beras dan lemak2 manis....ikutkan nak buat mkn petang jumaat lepas...maklum leee teruja time Kak Ct tayang2 kuihnya tuuuu heee..kebetulan kita pun lama x mkn dan buat....Kak Ct pun ada juga cadangkan kalau x ada santan boleh juga di gantikan sama susu cair....susu cair lagi sdp.. cuma kena pandai agak2 sebab santan dan susu cair pekatnya lain sikit kata Kak Ct.......hemmm kita pun lg le teruja...pikir, pikir, pikir buat guna santan kee susu cair...karang buat2 x pandai agak takut lembik kuih...last2 sampai kesudah x buat....pg ni dah habis pikir :-), kita ikut resepi asal lah guna santan...lg senang....yg bestnya sukat guna cawan...memudahkan kerja...hemmm lihatlah hasilnya pehhhh cantik..... kuih pun x lembik dan x keras...mmg sedang2 elok je, cantuman warna..x pulak tesiat2 lapisan kuih...tp diantara warna biru  dan kuning ada ter'gabung sikit warnanya npk ada hijau di situ..hemmm x pelahhhh...janji meriahhhhh...yg lapisan merah tu letak sirap rose..jadinya ada rasa sirap, tu yg wangi.....kuih dah sejuk betul baru boleh potong2...Selamat Minum Petang..Tq Kak Ct Delima


Kuih Lapis Seri Malaysia 
 Resepi Olahan Che CT

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis)
3 cawan santan (tambah jika perlu)
1 camca teh garam
Pewarna masakan
1sudu besar minyak masak

Cara-cara:

1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dengan sedikit minyak dan balut dengan plastik bersih agar mudah untuk dikeluarkan kuih nanti. Masuk loyang dalam kukusan dan biarkan 5 minit
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga gula larut.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian.
4. Dua bahagian dibiarkan warna plain saja. Dan yang 3 lagi adunan diwarnakan kuning, merah dan biru.
5. Mulakan lapisan bawah dengan warna putih. Kukus adunan lapisan pertama selama 6 min-7 min atau hingga masak baru tindih dengan lapisan seterusnya atau ikut kreativiti masing-masing.
6. Adunan yang akhir tutup loyang dengan aliminium foil agar air tidak menitis atas kuih nanti. Dan kukus selama 15 minit. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong dengan pisau plastik (untuk potongan yang kemas).
 
 

7 ulasan:

Marsita Yahya berkata...

Salam kenal,
BW & join sini..
http://my-mintroom.blogspot.com/
sedap dan ceria nampak kuih lapis tu

Mas berkata...

kak sheila..
cantiknya kuih lapis tu..
berseri2 jerk tau...

CT Delima berkata...

As'salam sheila

wahhh! k.ct teruja tengok kaler kuih lapis ni lembut aje macam ayu gitu hehehe.

terima kasih sudi mencuba, kalau dekat dah mintak juga 2 potong tu hehehe

adda syuhada berkata...

comel jer tgk lapis-lapis tuh..

Rohah berkata...

teruja tengok kaler kuih ni Sheila..nti boleh cuba..

noorsafone berkata...

salam Sheila...nk tanya...sukatan santan yg sheila guna berapa cawan? Sbb sukatan yg Ct bagi tu 3 cawan (tambah jika perlu)..Sheila ada tambah ke tidak? T/kasih..

kak ina kl berkata...

salam ziarah
amboi meriahnya kueh lapis kamu..cantik warnanya

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More