Khamis, Oktober 04, 2012

Kuih Talam Gula Merah


N3 kuih pula..hemm buat tengahari semlm, bila kuih dah sejuk... di sajikan utk sarapan petang...kuih ni kira pestime buat...ketinggalan kan kan kan heee biasa beli jeee...negok rakan Fb Hafizah Yahaya dok tayang kuih talam ni, tu yg terus teruja...g kedai cari santan  & gula merah...selama ni bukan apa x nak buat..takut x menjadi telembik...negok resepi baca betul2 baru ada yakin..alhamdullilah menjadi jugak..bila di potong2 pun cantik je x melekat..resepi asal dari Kak Hanieliza...tq


KUIH TALAM GULA MERAH
Resepi : Chef Hanieliza

Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.


6 ulasan:

Unknown berkata...

salam Sheila
nampak sedap talam tu lembut je pasti sedap ni akak ni dok berangan je nak buat tapi belum jadi lagi heee

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam kak Noor sama macam saya akk..dah lama sebenarnya nak buat tp takut x jadi...semlm tekat kan hati buat jugak leee...alhamdullilah jadi..x lembik pun ...rasa pun sdp ok..

HALAMANKU berkata...

Salam kak Shiela.. nampak sedap n kemas jek lapisan tu.. cayalah percubaan pertma yang berjaya.. erma tgk terasa lak teringin nak wat.. tgk resepi nampak cam boleh erma wat he he he.. erma minta izin CP resepi yer.. he he he

Mas berkata...

wahhh..cantiknya kuih talam akak tu...
seimbang jerk...
lama mas tak buat kuih talam..huhuhu

Marsita Yahya berkata...

Salam,lama tak buat kuih ni...gerammm tengok lapisan atas tu...dah terasa dah sedapnya kat tekak ni...

Hanim berkata...

Mmm saya suka3 hehehe tp klu buat susah nak jd huhuhu. Masa lam pntang byk hari leh gak mkn ni, mak buat. Mak saya buat kuih2 talam klu ade yg tempah tp anaknya buat slalu fail....huhuhu. Nak try lg la nanti....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More