Jumaat, Oktober 12, 2012

Sambal Ikan Harum Bunga Kantan


Buat semua rakan2 ape khabar harap sihat2 yeeee...kalau x sihat mcm mana nak masak utk kelurgakan... n3 resepi sambal goreng bunga kantan buat utk mkn mlm tadi sorry ye dah habis....kalau nak kena le buat sendiri yeeeee ..sempat lg tu..... pg ni nak cari bahan2 :-) mmg sdp lg harum baunya...sebelum ni pernah juga buat sambal bunga kantan cuma caranya lain sikit jeeee ikan di goreng dgn tepung jagung dan mkn sama sambal bunga kantan....kali ni sambal di salut pada ikan atau curah kat atas ikan yg telah di goreng....asyik2 ikan siakap buat masak masam manis atau masak stim jeeeee..cuba pulak resepi lain hemmm betambah2 nasi heee..bukan sy yeee ank2 sy jeeee...lain kali nak cuba buat dgn ayam pulak..tentu sdp...ada lebih buat tamato buat tambah2 kat dlm sambat.....smlm petang jalan2 merayap kat dapur Yatie jumpa resepi sambal ikan so tetarik lahhh...sy saja tambah letak Harum kat tajuk atas tu....sbb sambalnya harum...jgn mareee hee tq...sy letak resepi yeee


SAMBAL IKAN HARUM BUNGA KANTAN
Sumber :  YatieMemories

Bahan-bahannya :
4 ekor ikan kerisi, siang dan cuci bersih* - sy guna Ikan Siakap yg sedang
Sedikit serbuk kunyit*
Garam secukup rasa*
Serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 20 minit)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan bunga kantan untuk hiasan
4 biji limau kasturi
minyak masak secukupnya 

Bahan Kisar Kalus :
5 biji cili merah
6 biji cili padi - sy x letak
1 kuntum bunga kantan
4 biji bawang merah
1/2 labu bwng besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Secubit belacan
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan  - sy ganti dgn ikan bilis

Cara Membuatnya :
Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api....
Curah sambal tadi atas ikan goreng dan hias dengan hirisan bunga kantan dan hidangkan segera...hmmm.

4 ulasan:

Yatie berkata...

Assalamualaikum Sheila,
waduhhhh menyelerakan sungguh menu Sheila, Yatie mmng suka ikan masak mcm ni...terasa harum je bau bunga kantan tu...mmng sedapkan..

Bicara Kak Noor berkata...

salam Sheila..
bunga kantan tu kaalau masak apa pun sedap je kan sbb wnagi kantan tu,tambahan dlm ikan ni waduh2 sedp ni..

Rohah berkata...

aduhai...bau kantan dah sampai sini..ratah je pon sedap ni.

izahdaut berkata...

memang harum kak..sampai ampang harumnya.. orang katakan kak, kalau sampai sini baunya, wajib bagi merasa pada hidung yg terbau tu..tak kira tak kira..dah habis gi buat lagik. ikikikiki

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More