Rabu, Oktober 24, 2012

Kuih@Apam Puteri Ayu


Salam ceria semua...hemmm x tau mana satu kuih put3 ayu ke atau apam p3 ayu heee ....... sy panggil kuih apam pu3 ayu ,  sama jeeekan dlm ketogeri kuih juga...lama benar x mkn kuih p3 ayu...sekali2 mkn sedap pulak..beketul2 habis, makan suam2 lg sdp...sy kukus kuih ni mlm tadi... buat awal selepas solat magrib terus sy bancuh dan kukus....jadi sambil negok tv boleh lah ngap2...tinggalkan separuh utk buat sarapan pagi ....pukul 6.30 pg td saya kukuskan balik kuih ..hem npknya kuih masih lembut.....kuih apam p3 ayu merah sy ni rasa sirap rose....nak buat rasa panda pewarna hijau dah habis...nak pergi belakang ambik daun pandan malas pulak.... hemmm yg penting kuih  apam p3 ayu sy menjadi... Kak CT pun dah pernah buat..resepi ambik dari dapur Yatie...tq...


Kuih Apam Puteri Ayu
Resepi : YatieMemories

Bahan-bahan ( dpt 36 ketul )

  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, atau perisa kegemaran - sheila letak perasa sirap rose
Inti Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
INTI KELAPA - 
  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.


6 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Wah! memang Ayu betul puteri itu :D
warna pink gitu.. akak suka tapi tak kerajinan membuatnya ehe :)

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Kak Nur heee betul tu...sy pum mcm akk jugak kekadang malas..kena masukan kelapa dulu bg padat...tp teringin nak makan buat jugak lah....rasa sirap rose sdp....

Marsita yahya berkata...

selalu beli aje apam ni...

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Mar heee akk pun selalu beli juga....ni tetina rasa teringin nak mkn dan buat sendiri..:-)

Amie berkata...

Wah! Apam puteri ayu versi merah ye... cantik!

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Amie heeee versi merah rasa sirap rose sdp wangi gitu :-)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More