Assalamualaikum,,salam sejahtera buat semua di pagi Jumaat yg indah..:-)...Raya tahun ni kita x buat kek satu pun..entah kenapa lupa pada kek yg satu ni...biasa time raya ada je kek diatas meja, x ape boleh di usahakan :-)....lepas raya kemarin dah plan nak buat kek asam manis utk mkn2 biasa...tp manu lain pulak yg potong Q ..biasalah kan heeeee kek ni kita kukus mlm tadi...sesaja jeee bg x nak potong..masa kek ni di sejukan kita pun terus masuk tidur :-)...tp ni bukan le buat utk sarapan pg ye...buat utk suka suki nak mkn bila-bila je...hemmm harum bau..lama x melapis gini le jadinya lapisan pun x sama hayaaaaa..kena perbaiki lapisan bg molek2...hemmm lihat lah hasil bila dah potong pehhhh kira boleh leeee...abaikan yee lapisan bawah tu hee hee heee... suka kek yg basah2 sikit mcm ni...rasa mmg x di nafikan walaaaa..sdp lemak biskut dan masam manis terasa di dlm kek...kali ni kita buat mmg kurangkan sukatan gula...sukatan susu pekat masih sama..kek x terlampau manis lg cepat habis... dah tahu, lain kali kena buat dua adunan baru dpt kek yg besar sikit...resepi kek lapis mmg x asing lagi dari dapur Dayang Jack..nak ikutkan mcm2 versi kek lapis asam manis yg ada di pasaran sekarang :-)...di hati bekenan pulak resepi yg ni tq Dayang...:-)
Kek Lapis Asam Manis Kukus
Resepi By : DayangJack
bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)
- 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
- 4 biji telur A (sejuk)
- 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis) - sheila letak 120g
- 4 sb susu pekat manis
- 1 sb ovalette
- 2 sb horlicks - optional
- 125 ml susu segar (sejuk)
- 1 sk esen vanilla
- 80 ml minyak jagung
- kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
- sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
- Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
- Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
- Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
- Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
- Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.
3 ulasan:
waaa..rajinnya dia..kita pun macam teringin nak melapis lagi, tapi asik M je yang menang..hehe
hai kak Rohah hee kebetulan raya kemarin x buat...semlm dah teringin sangat nak makan..terpaksa merajin kan diri heee...nnt nak try versi bakar pulak :-)
Kek ni ada guna tepung tak ?kalau ada brp sukatan tepung ?
Catat Ulasan