Rabu, Januari 11, 2012

Masak Lemak Pucuk Manis & Labu


Salam besiaran...hari ni n3 lauk sayur jeeee ..sayur pucuk manis sdp di masak lemak atau masak tumis air , ada setegah org panggil pucuk asing-asing....kira sama je tu....nak lawankan sama keledek, kentang atau labu pun sdp....hari ni sy campurkan sama labu..hem mmg beselera mkn nak pulak ada sambal belacan ...

Masak Lemak Pucuk Manis & Labu

Bahan
Pucuk manis 1 ikat - asingkan daun dgn tangkainya
labu 1/2 biji -
2 biji cilimerah/hijau
3 ulas bawang merah
1/2 cawan ikan bilis
 2 cawan santan
garam
Caranya
Siang pucuk manis & potong labu - cuci dan toskan...
Hiris cili  dan bawang
Tumbuk ikan bilis kasar
Campurkan santan dalam periuk, cili, bawang dan bahan tumbuk n letakkan atas api, santan ikutlah agak2 lebih sikit dari paras sayur & labu, tambah garam
Kacau selalu janggan sampai pecah minyak,  hingga labu dan sayu masak


6 ulasan:

Mas berkata...

kak sheila.....makan Masak Lemak Pucuk Manis & Labu ni ngan ikan masin dan sambal belacan............
perhhhhhhhh........

quinnie berkata...

sedapnya kak pucuk manis....dulu ada la tanam kat rumah ni masa ada tanah skit dulu..skang semua pokok dah yillek...tak nampak pulak org duk jual sayur ni sekarang ni..lama betul tak makan..saya panggil nama lain sayur ni..lupa dah nama dia...hehehe..lama sgt dah tak makan sampai nama pun dah tak ingat...kekeke

tun_telani berkata...

sedapnyerrr pucuk manIS! mmg betul ckp kak mas, mkn berlaukkan ikan masin goreng garing2 kompom bertambah2 nasi nih.. dh lama x makan.

cik cek berkata...

Suka sayor ni...tapi tak leh makan byk2...siap nanti sebu perut...

Diana @ Melley Mey berkata...

sedapnya menu nie... baru jer bbrapa hari lepas diana masak... mmg boleh bertambah nasi d buatkan.. sedap2!!

Aneka Resipi berkata...

Masak lemak ni kalau gandingkan dengan budu baru best...hehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More