Selasa, Januari 31, 2012

Kuih Getas-Getas


Assalamualaikum ..hari ni besiaran di ptg hari....hehe pg tadi npk kat rmh Yatie ada kuih Getas  terus terigat abah kita suka mkn kuih ni... tu yg kita betambah semangat nak buat...lg pun kita suka juga kuih ni lembut dan liat2..cuma manis tu kita kurangkan sikit...tp kalau x manis x sdp pulakan hehh.....kuih ni biasa jual kat kampung2 dan ada juga time bulan posa org jual....kt area tpt kita dulu pernah akk yg beniaga nasi lemak jual kuih getas ni..tp skrg dah x niaga lg tu yg payah nak cari....bila Yatie tayang aje terus kita gi beli bhn2 dan cari tepung pulut...hemmm siap dah kuih getas kita cuma derhaka sikit lee kita sirakan sama gula hangus..tp tp jangan buat sampai hagit nnt pahit..sdg2 elok aje........lepas solat Asar ... jom kita  minum petang sama2....tq Yatie sbb tayang kuih ni heheheh

KUIH GETAS-GETAS
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan ( 25 keping, Yatie dpt banyak sbb buat kecik2 sikit)
  • 1 peket Tepung Pulut (500 gm)
  • 1 biji Kelapa Parut (guna yg putih & muda)
  • Sedikit garam
  • 2 cawan air- tuang sikit2 ya sampai jadi doh yg di kehendaki
  • Minyak secukupnya utk mengoreng kuih
Bahan-bahan untuk Sira Gula :
  • 1/2 cawan Air
  • 3/4 cawan Gula
Cara-cara
  1. Satukan Tepung pulut dan kelapa parut.
  2. Campurkan air dengan garam
  3. Masukan campuran air garam ke dalam mangkuk tepung dan kelapa tadi
  4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh, jgn lembik sangat/ keras sangat.
  5. Ambil sedikit doh, gentel memanjang dan leperkan.
  6. Goreng dengan api yang sederhana.
 **Cara untuk buat sira gula,
  1. Campurkan Air dan gula di dalam kuali, masak hingga pekat, berbuih dan bertali baru masukkan kuih tadi dan gaul rata.
  2. Matikan api dan biarkan kuih tadi kering sedikit dan siap untuk dihidang. 
 kuih getas kita salut gan gula hangus ada basah2 sikit....tp bila dah sejuk gula tu keras....sdp pulak

    7 ulasan:

    Yatie berkata...

    Slmt petang Sheila,
    singgah sini nak rasa kuih getas2...ada tinggalkan sikit tak utk Yatie..nak rasa gak yg sira gula hangus tu....nmpk sedap...tq sudi mencuba..

    Sheila Shafeareen berkata...

    w'salam yatie heheh boleh lerasa tetap sama cuma bau harum dari gula hangus tu...

    ummiaisyah berkata...

    salam kenal..ni kuih org banjar kan..dh tua ni br berekenalan ngan kuih ni..aritu ms bulan poser buat sbb tringin sgt..tp lambat plak gulanya keras..hehehe
    next taim nk try versi karamel plak

    tun_telani berkata...

    wahh.. pantas!
    tun baru terliur2 pagi td.. sedap pulak nmpk wta sira gula hangus. mesti bau lg wangi..

    Naz / Nadz COSK berkata...

    Ohhhh..kuih ni bukan cam kuih getas2 yg biasa org jual kat sini ye kak. Yg biasa naz jumpa tu dia garing dan bersira, panjang2 sebesar jari telunjuk lebih kurang.. Namanya sama jer.. Tadi dah tanya kat blog kak Yatie.. Ingatkan yg tu..

    kakna berkata...

    terasa nak cuba la pula..

    AbbotCottage berkata...

    sedapnya, peberet ni Kak Sheila. Caner ni....wanginya kuih gegetas ni. hurm..

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More