Sabtu, Januari 21, 2012

Famous Amos Chocolate Chip Cookies


Salam besiaran hemmm mendung aje petang ni....ok tadi tegah hari ada kesempatan megukis...sekut raya heheheh x lahhh saja2 je buat memandangkan cuti perayaan cny sekolah pun seminggu lebih, so ada lah benda utk di kunyah2..lagi pun pemintaan ni dah lama di request ....baru sampai seru membuatnya....sebelum ni pun dah pernah try buat sekut famaus amos ni cum resepi je x di tayangkan ada disini ..resepi asal dari Syari MyR...kawan2 yg lan pun pernah buat Hasue, Ina@Hana, Kak Rosaliza n Kak Shafea (ehhh sy lah tu ahammm)  sdp kan, kali ni buat mcm Hasue punya tambah serbuk koko hemmm betambah rasa coklatnya, bagi saya kalau rajin elok le buat sendiri kalau beli kat kedai tu mmg le sdp dari yg kita buat tp kalau baru 100 gm pun ciput aje dpt nya.... kira yg ni pun sama aje mcm yg ori cuma bentuk tu x lah secantik yg ori hahhah,  yg ni saya  gandakan adunan sbb nak dtp byk keping...ok sambar....


Famous Amos Chocolate Chip Cookies
Source: Syari@myresipi.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

* 1 cawan gula-hasue x letak
* 1 cawan padat gula perang *- hasue tambah 2/3 cawan sebab guna coklat chips biasa
* 1 cawan mentega (~150gm)
* 1 cawan minyak
* 1 telor
* 1 sb susu segar-hasue guna susu sejat
* 4 cawan tepong gandum
* 1 sk garam *
* 1 sk cream of tartar
* 1 sk baking soda
* ½ cawan walnut cincang
* 2 cawan semisweet chocolate chips
* 1 sk vanilla extract
*hasue tambah sedikit serbuk koko - sheila pun tambah juga

Cara-cara

1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

10 ulasan:

mala berkata...

wah! kat sini pun ada cookies. jom tukar dgn tart :-)

http://alamroon.blogspot.com/2012/01/tart-nenas-nyonya.html

Sheila Shafeareen berkata...

hai mala ada waoo tart nak jugak heewee

mama sara nur berkata...

salam kenal Sheila...
jenguk2 ada coklat chips...sedap ni sekejap je habis dikerjakan anak2 akak he he

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam mama sara ye betul dpt dek nak2 mmg sekejap jee..yg besar pun sama hehhe buat ye

dZana berkata...

aslmkum shiela.. tak pernh buat lagi ni.. selalu buat oat.. nnti nk try jugak la..

Cendana Kasih berkata...

bestnyer kak, ada sekut sempena raya cina ni...hehehe....

simpankan saya sikit yer...jap lagi nk datang...hehe

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam dZana heheh sdp cubalah ragup..rasa coklat yg lbh..suru cpt habis..tu yg buat dua adaunan

Sheila Shafeareen berkata...

hai Ck dah nak habis nnt akk buat lg ye ..ank buah dtg terus balun

Unknown berkata...

Betul tu, kat luar 100 gm dah RM8, seciput je dapatnya. Anak akak setiap kali gi airport, mesti kena pow dgn dia beli famous amos ni.

nurul berkata...

Salam ukhwah,
sedapnya biskut ni. Nak try la, tp krim tartar tu gunanya utk apa ek? Kalai tak letak ada efect apa2 tak kat biskut nanti?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More