Rabu, Januari 25, 2012

Butter Bread Pudding


Assalamualaikum , salam besiaran di hari rabu, wahhh cantik npknya cuaca hari ni...x tau le bila masuk petang mendung/hujan ke tidak...x kisahlah kan panas ke hujan ke...tetap akan kita tempuh juga...ok bebalik pada hidangan hari ni kes tetarik menarik  punya pasal lah dari mlm tadi DJ dok tayang, kan dah terrrrrrrrr buat heheheh sbb tu x leh tenung dan tunggu lama2... bekenan terus buat....hemmmm gabungan butter, pisang serta and the geng mmg cukup2 enak...seperti yg DJ bg tahu kalau nak tau rasa keenakannya kena lah rajin buat baru tahu sdp ke tidak,hehehe....tuan rmh buat mmg utk sendiri punya, x ada lebih2 pun cukup2 seisi keluarga...cuba jgn x cuba...

 
si bujang punya kerja, tabur dgn serbuk milo...
 Butter Bread Pudding
bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice secukupnya - sheila ganti gan chocolaet chip
  • kismis secukupnya - sheila ganti gan kacang almond
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)
sebelum di bakar ..parutan kulit limau hemmm harum
    Cara-cara :
    1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
    2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
    3. Potong roti kepada 4 bahagian.
    4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
    5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
    6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
    7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
    8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
    9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 

    8 ulasan:

    DjDayang Jack berkata...

    amboii!..dh sampai ke sini ekk...hmm, dah habis ke tu kak?..dpt sepotong sket jadi lah...adehh..ngences! :D

    tqvm kak sb sudi cube resepinya..terharu kte tau..mmg best kan kalau dpt mkn pudding ni sekali sekala..rasa2 mau nk buat lg esok lusa...hehe

    Ryo Azhar berkata...

    amboii kak .. melampau laju bebenorrr kabel akak ni.... baru je DJ tayang smalam,TING!hari ni dah siap Bread Puding dia.....

    Ryo Azhar berkata...

    huwaaa..jelesss jeless...huhuhuh

    Sheila Shafeareen berkata...

    hai Dj tulah kes hantar n3 mlm2 kan dah terpikat wakkkk harus gutu

    sdp ank2 pun suka garing di luar lembut di dlm mmg sekali sekala pekena puding ni mmg enak

    Sheila Shafeareen berkata...

    Heee Ryo- Tinggggggggg laju zassssssssssssss kebetul bhn yg laina da cuma pg td g beli roti aje...buat tau mkn time panas2 sdp...nak mkn sejuk pun ok gak........

    jgn jalessssssssss (Sambil gigit jari heheh)

    izahdaut berkata...

    wii sedap kak tabur milo. hehe.. jet turbo kak shiela ni

    Sheila Shafeareen berkata...

    hai izah yee nak akk le punya kerja suruh tabur milo...heheh kebetulan bhn yg lain ada tinggal beli roti je smlm

    AbbotCottage berkata...

    adus adus seme dah sepakat nak bikin projek mempuding rotu nih. Bertambah terliur meleleh-leleh ler kita ni nampak gayanya Kak Sheila.

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More