Sabtu, September 10, 2011

Lemang Tanpa Buluh Dan Lemang Pulut Kuning



Assalamualaikum ...taraaa hari ni sampai juga hajat nak buat lemang, dua tiga hari lepas jln2 kat rumah Ena.....tetarik dgn lemak yg Ena sajikan di pagi lebaran...nak pulak lepas2 raya ni dah kurang peniaga jual lemang...kalau ada pun di setegah kawasan/tempat (kg) masih jual lg...so hari tyr cuba test hehhe menjadi juga...tang rasa ada seakan cam pulut tp di sebabkan di balut dgn daun pisang kemudian di kukus balik ada lah rasa lemang.....tuan rmh mkn dua keping sekadar merasa yg selebihnya ank2 dan Mr.N yg balun..nak pulak lemang di saya sajikan besama serunding dagging dan rendang ayam.... pehhh selera negok...Tq Ena, kalau rasa kempunan nak mkn lemang boleh lah buat stail gini...nak tahu cara buat lemang masuk ke dapur Ena ye beliau ada tunjukan stap by stap cara membuat lemang moden ni


RESEPI LEMANG TANPA BULUH
Resepu By : E-Na LOVELY KITCHEN

Bahan-bahan
500 gram beras pulut
70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (untuk lemang pulut kuning sahaja)

Bahan sampingan
Loyang / acuan kek 9 inci
Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap kemudian lap bersih)
Daun pisang frozen tak perlu di layur atau jemur kerana sudah lembut. Lap je dengan kain lembab supaya bersih.

Cara Masak Pulut:
Didihkan air di dalam periuk kukus.
Cuci beras pulut.
Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. Jika inginkan Lemang pulut Kuning masukkan beberapa titik pewarna kuning telur starbrand.
Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus.
Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan.
Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika.
Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.


Cara Buat Lemang:Cara buat boleh negok di sini
Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
Angkat dan sejukkan.
Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


6 ulasan:

Amie berkata...

kita pun terpikat gak dengan lemang tanpa buluh yang Ena buat, di sinipun buat juga ye... siap dengan serunding & rendang sekali... tumpang semulut eh...sedapnya!

Deliah's Deli berkata...

salam aidilfitri..dah sampai lemang ala e-na kat sini ya..sedap nmpaknya dgn serunding,rendang bagai. :)

E-na Zarina berkata...

sedapnya lemang! thanks sis sudi try resepi ni...camna dgn sukatan air dan santan...byk ke yg perlu di ejas utk beras pulut kt sana...mesti lagi wangi bau daun pisang fresh....kami cium bau daun pisang frozen je..;p

Juwita Jamaludin berkata...

lemang suami ita suka sangat.. nanti kena buat lagi.. tapi nak beli daun pisang dulu la.. hihihihihi.. senangkan ada resepi macam ni bebila nak makan buat je

tun_telani berkata...

wahhh.. menarikk! duk kt sini mana laa nk cari batang buluh kan. kt kampung tun pun xde pokok buluh tu.

ady berkata...

as-salam
menarik sekali lemang tanpa buluh ni..mmg susah nak cari buluh kat singapura ni..Ady nak tanya sikit..kalau dah dikukus blh tak dibakar di dalam oven...?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More