Jumaat, Disember 24, 2010

Otak-Otak Sardin & Nasi Goreng Udang

Salam jumaat utk semua..tgh hari ni Mr.laling balik utk solat dan lunch di rumah.... alamak rajinnya balik waktu lunch..nak masak ape yeee..hem npk dua biji tin merah tu ape lagi buat otak-otak sardn jelah dan grg nasi udang habis cerita heheheh...actually otak-otak sardin ni dah pernah buat resepi dari MYR oleh K.Fida kita tu.....sdp tau cuba lah...
Bahannya
  • 1 tin besar sardin ( sy buat dua tin sbb tahu x cukup punya)
  • * 10-15 tangkai cili kering
  • * 10 ulas bawang merah
  • * 6 ulas bawang putih
  • * 1 hiris halia
  • * 3 batang serai
  • * 4 biji buah keras
  • 2 sdb rempah kari ikan
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 5-6 helai daun limau purut - hiris
  • 1 sdb air limau/cili padi racik ikut suka
  • Garam/gula
  • Beberapa helai daun pisang
Caranya
  • Kisar bahan betanda * hingga halus 
  • Sos sardin ketepikan dan lecik halus sardin dgn garfu
  • Panaskan sedikit minya dan tumis bahan kisar serta rempah kari hingga wangi
  • Masukan santan, garam gula, telur, air limau dan daun limau purut
  • Kacau rata dan masukan sardin yg di lecik tadi masak sehingga pekat dan tutup api
  • Layukan daun pisang dan letak dua sudu bhn tadi dan bungkus macam buat pulut panggang kemas kiri dan kanan daun pisang semat dgn lidi
  • Kemudian panggang di atas kuali leper sambil di tebalikan dan grg
  • *K.fida buat dua jenis boleh di kukus dan di pangang
setelah di panggang
yg ni proses mengbungkus belum di panggang lagi



0 ulasan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More