Ahad, April 28, 2013

Pencuci Mulut Puteri Mandi Kelantan - Malaysian Food Fest ( Kelantan Monta)


Salam sejahtera buat semua...n3 ketiga saya utk MFF yg saya join, kali ni buat pencuci mulut/dessert lepas mkn iaitu pilihan pada kuih puteri mandi..heee rata2 di kedai mkn/pasar di kelantan mesti ada kuih ni buat jual..salah satu kuih yg pasti mak mentua sy buat di bulan puasa...sesekali pekena kuih manis2 mmg sdp...tp jgn kerap mkn manis ye bahaya tau..itu pun tepulang pada yg buat, cita rasa sendiri..nak kan manis lebih gula nak kan kurang manis letak sikit je gula pandai2 sendirilah kan tekak masing2...yg pasti kalau buat sendiri tentulah x manis merdu :-)....kira sesedap rasa...senang je rupanya buat puteri mandi ni...ok pada yg x pernah mkn dan negok mari kita cuci2 mata ye...


Puteri Mandi Kelantan

Bahan kuih:
1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Pewarna - ikut suka
Sedikit air 

Cara-cara:
Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai
Sementara itu, didihkan setengah periuk air.
Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya.
Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.

Puteri sebelum di mandikan...:-)

Bahan kuah:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 biji kelapa muda parut yg putih
2 helai daun pandan
Garam

Untuk Kuah
Masakkan air, gula putih, gula merah, garam dan daun pandan sehingga gula larut.
Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat.
Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata.
Bolehlah dihidangkan ketika sejuk.


Terima kasih pada Kak Nor67 yg mewar2kan join MFF dan juga pada Gert Tq....


Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

7 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Kuih ni sangat femes di klate..kalau bulan posa..boleh dikatakan semua gerai menjual kuih ni...kat tempat lain susah gak nk jumpa..melainkan home made hihi..
Cantik kaler maler puteri mandi ni

mala berkata...

teringin nak cuba ni bahan ringkas dan senang nak buat tapi nak cari kelapa parut muda tak da la kat sini...

umi's cup cake berkata...

Umi pernah makan pun sebab ada jiran orang kelantan yang bagi masa bulan puasa..buat sendiri memang sedang2 je manisnya...sedap..

Yana Shaiful berkata...

Kuih ni slalu yana cr bln pose ..time tu mmg berkeinginan sgt2 nk mkn kuih2 manis mcm ni..sedapnya...rindu pulak nk blk p.mas ^__^

Rohah berkata...

sedapnya...minggu lepas nak buat tak jadi...tunda lagi..heheee

Anna Qawina berkata...

Aslmkm kak sheila yg cantik...yaaww...sedapnyoo..lamo x make nih..nak buat x rajon kak..hulur2 sket..hehehe

fazliana berkata...

cm menyelerakan je...sy nk try la pttg nie.tq sharing

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More