Rabu, April 24, 2013

Mee Rebus


Salam ceria..lama pulak x pekena manu mee... ni manu buat mkn mlm semlm....terigin nak mkn mee rebus yg ada kerepek/keropok ragup tu....kalau mkn mee rebus johor ke mamak ke mesti letak bhn2 penuh satu pingan...mkn sorg pun x habis..menimbun sepinggan u :-)...nak pulak letak kuah lebih pehhh sdp tu.....mee rebus ada bebagai pesen separuh resepi ada yg letak biskut merie, udang geragau, nak bg lagi pekat dan bau yg harum...pilih jelah mana yg menepati rasa dan senang di masak...sdp di mkn sama kerepek tepung...nak parah2 kan pun boleh nak letak sekepin2 pun boleh...janji sdp di mkn ..


Mee Rebus

Bahan-bahannya
Mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus
4 biji keledek, direbus - dikisar
1 cawan tauchu, dicuci -dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Bahan Keropok Tepung
1/2 cawan udang kering, dikisar
4 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara untuk Keropok
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati, adunan cair x cair, pekat x pekat..agak2 ye :-)
Panaskan minyak, sudukkan di tepi kuali mcm nak buat rempeyek, goreng hingga garing, angkat dan toskan.

Untuk Hiasan
Tauhu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup
Bawang goreng
Telur rebus
Cili hijau
Taugeh
Limau nipis

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau dan tak lupa juga taburan kerepek tepung


13 ulasan:

Cendana Kasih berkata...

hahahaha....makan puas2 yer kak,takyah kempunan ngan mee rebus mamak cendol tu lagi dah..Ina, Kak Umi, D,Kak B, jom serang !!!!

Sheila Shafeareen berkata...

hahahha CK ni manu mlm td nye...dah x kempunan dah..tp kalau ada cendol cyok jugak layan...jom gader2 nak :-)

JaSSNaNi berkata...

assalam..
mee rebus mesti wajib ada cucur.. and wajib cili warna hijau...

INA berkata...

tu ari nampak kat umah CK..(dah ter liur)..tup2 akak shiela pon buat..huhuhu..sampai ati..

Sheila Shafeareen berkata...

W'salam Jassnani betul tu sdp adanya cucur, keropok tepung , cili hijau..nak pulak kalaua da cili jerok pehhh lazat heee

Sheila Shafeareen berkata...

Hai ini hee jgn jalos ye insyaallah kalau buat mkn2 nnt boleh le bu mee rebus...kes kempunan x dpt mkn di bawah pokok sama Ck sbb dah habis heee

Nooriah Abdullah berkata...

sedapnya mee rebus kalau dibagi pilihan dengan nasi mmg akak pilih mee rebus hahaa lebih santai dan lembut..

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Nooriah betul tu..hari2 pikir nasi..dan lauk...sekali sekala mknmee rebus mlm2 syok juga layannya...

Tina Othman berkata...

Serius terliur tgk mee rebus ni, terus teringat mee rebus mastan ghani

Hafizah Mohamad berkata...

Salam kak...lamanya x pekena mee rebus ni...sedapnya...=)

Rohah berkata...

Terliur la kak...lama tak mkn

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam sheila...sedap tuh!Masa kakakipar biz mee rebus dulu..hari2 mkn mee rebus free.hikhik

Algodão Tão Doce berkata...

Amei conhecer o seu blog,achei maravilhoso. Me visite:http://algodaotaodoce.blogspot.com.br/
Siga-me e pegue o meu selinho!!!

Obrigada.

Beijos Marie.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More