Isnin, April 22, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Salam sejahtera..juadah utk sarapan petang heee.. buat utk minum2 dikala hujan lebat petang tadi...syok pulak melayan kek lapis bercheese ni..ank2 pun suka.....mkn kek ni x boleh sekali hadap 3 ketul pun dah cukup bg saya, kena mkn berulang2 maklum le kek ni kaya ngan cheese dan cpt muai..tp kesedapan mmg x terkata sdpnya hee :-)...kena mkn sambil berulam air kosong...saya punya je air kosong yg lain tu dah bancuhkan air teh o panas.....kawan2 yg dah buat tentu le tahu rasanya kan...pada yg x buat lg cubalah...bebaloi....betul tak Yatie hee


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
sumber : yatiememories
loyang 8x8x3


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandumCara-cara

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian

CARA MEMASAK
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.


8 ulasan:

Azian Nd berkata...

aduh sedapnya...nak buat malas pulak...

Sheila Shafeareen berkata...

hai kak Azian..sheila pun lama dah teringin nak buat kek ni so ptg td ada kesempatan pehh mmg syok lain...akk buat ye ntt

Anna Qawina berkata...

Pagi kak..uikkk..dah lama kita x buat ni..cam nak makan tapi x rajin..hehehe..

Yatie berkata...

wahhhhh ada kek lapis cheese kat sini...sedapnya...teringin plk nak makan bila tngk kek Sheila ni..yummyyyy..

rahel berkata...

Setiap kali nampak kek lapis cheese ni mesti teringin nak makan tp kemalasan menguasai diri...

Sheila Shafeareen berkata...

hee hai Anna..akk mmg x perlah buat lg kek ni tu yg teruja sangat ..mmg sdp rupanya...tp kena mkn sikit dan bverulang2 kalau sekali hadap muai juga kan

Sheila Shafeareen berkata...

tq Yatie ..yatie pun dah banyak kali buat kan....tu pun yg bawahnya telebih letak...atas jadi nipis lak nesk buat kena sama balance

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Rahel..tulah sheila dulu pun mcm tu juga...negok dapur kawan dah buat...kita bila lg...ada cheese terus buat :-)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More