Sabtu, Mei 04, 2013

Risoles


Assalamualaikum..apa khabar sihat ke rakan2 saya di sini, hrp semua baik2 belaka :-)..wah npknya ramai juga rakan2 masakan yg sudah balik ke kg masing2, utk menjalankan kewajipan penting pada esok hari...saya menjalankan tugas penting tu di KL saja...:-) cadangnya lepas pangkah memangkah ingat nak g jln2 maklum le dua hari cuti...baru cadang je ni heeeee...
baik le pernah mkn tak kuih Risoles, x silap kuih dari negara jiran sebelah tu Indonesia..katanya lah saya pun x pasti asal usul kuih ni.... yg pasti sy pernah beli kuih ni di pasar PJ lama dulu.... kuih ni mmg sdp..lama sy dok cari2 resepinya..akhirnya ketemu juga...nak ikutkan ada pesamaan dgn kuih Negeri Terenganu iaitu kuih Lipat@Kuih Ropa...cuma Risoles ni di salutkan dgn breadcrumb ...kulit luar pula mcm buat kuih ketayap..dan inti dlm letak kentang mcm nak buat karipap...nak lg sdp letak aym atau daging...proses nak buat kena lah sabar ye..buat kulit, sambil tu masak inti, kemudian di gulung, baru le di celelup dgn telur dan salut sama breadcrumb ... akhir sekali barulah di goreng..kena sabar tau...satu lg kulit tu jgn tebal sangat..kalau tebal masa mengulung nnt takut tekoyak atau pecah....senang cerita nipis mcm kuih ketayap lah ye...kuih ni sy buat mlm tadi masa hujan tengah lebat..lepas buat saya frozenkan..jd pagi ni sy goreng utk sarapan pg sekeluarga...sdp juga di cicah sama sos cili dan mayonis....resepi kuih Risoles ambik dari dapur Chik Mimi ...tq...

Risoles
Sumber: Chik Mimi
Sumber : Mamasya

Untuk Kulit /Dadar
2 cwn tepung gandum
3cwn ~ air boleh gantikan dgn santan @ susu cair- sheila guna air
secubit garam
sebiji telur
minyak utk mengoreng

Untuk salutan
1 biji telur
breadcrumb secukupnya

Inti
Ubi kentang ~di dadu dan direbus
Daging cincang
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk kari~ jadikan pes
Daun sup & bawang
garam secukup rasa


Cara buat kulit
Masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat.
Panaskan nonstik pan masukkan 1 senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan.

Cara buat inti
Tumiskan bwg merah, bwg putih serta halia sehingga naik bau, masukkan pes serbuk kari ,tumis sehingga garing masukkan daging cincang masak sehingga dagingnya bertukar warna,masukkan ubi kentang masak sehingga sebati,masukkan daun sup & bawang perasakan dengan garam tutup api.
Ambil sehelai kulit @ dadarnya,masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.
Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb.
Panaskan minyak goreng sehingga keemasan.


5 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Nampak sedap tu sheila!...Slmt mengundi ya... :D

Hafizah Mohamad berkata...

Sedapnya...isk...laparnya bila BW ni...Selamat Mengundi...=)

Sheila Shafeareen berkata...

hai azatie hee sdp kenyang mkn 3 ketul pun dah cukup..tp mkn berulang2 baru puas..selamat megundi ye

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Hafizah heee lapar ye..selamat megundi juga buat akk

Lesung Batu berkata...

salam kenal sheila..mmg tak penah mkn risoles..harus cuba ni! :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More