Jumaat, September 21, 2012

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut 2


Salam sejahtera...betemu lg ...seminggu x megadap rasa lain pulak ..npk suram jekan heee...hari ni nak bg ceria ,,x banyak sikit punjadilah heee..bukan apa lepas raya ni mood ada turun sikit...sehari dua ni pun si kecik x berapa sihat demam nak tumbuh gigi lg... tu yg meragam... kejap ok ..kejap x ok....moga hari ni dan esok2 di permudahkan InsyAllah..ok bebalik hidangan tegahari ni..kita masak lauk ikan pulak...resepi yg dah dua kali kita cuba... ada di sini...mudah dan cepat ...sos yg sdp,  rasa pedas, masam, manis..haruman dari daun limau purut membangkit rasa masakan...masih gunakan ikan bawal lg... next kalau buat nak try ikan siakap or ikan talapia .......pada yg x cuba lg tu try lah ye mmg sdp rasanya....Tq Kak Nor kita letak sekali lg resepinya....


IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
Resepi : Kak Nor67
2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

4 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Nampak sedap ni... ada idea untuk masak ikan petang ni... terima kasih share resipi ye

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

menyelerakan! kita suka je apa2 masakan letak daun limau purut.. tp en. abang yang seteru dgn daun limau purut.. hee.. tu yg sampaikan tomyum pun jarang masak kat rumah bila en. abang ada... padahal tomyum tu feberet!

Unknown berkata...

salam Sheila..
sedapnya akak tengok ikan tu likat melekat je nanti boleh lah akak tiru jugak ni hee

ijayuji berkata...

Salam pagi isnin kak! :D akak guna ikan bawal ke kak? kita semalam beli ler sekor ikan bwl mak aiiii! mmg mahal yer ikan bawal rupanya ehehe.. sbb kita tak pernah beli ikan bwk sbnrnya sbb tu tak tahu rega :D dah lah leper ehehe... ni tak tahu nak masak apa sbb tgk specis obesiti jugak bwl yg kita beli tuu :D

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More