Khamis, September 27, 2012

Sambal Hitam Pahang 3

Assalamualaikum...pepagi tayang sambal hitam pahang heeeee resepi sambal yang dah beberapa kali buat... kira lauk yg dah habis tau hee jgn marah :-)....buah belimbing ada lah sikit begayut kat pokok.. tu pun x banyak keluar...masih banyak kuar bunga2 merah jeeee...kalini buat pun utk sekali makan...masih lagi guna resepi yg sama...mana yg x pernah cuba tu try yeee sdp....

Belimbing Buluh Tegah Rebus

SAMBAL HITAM PAHANG
Resepi : Izah Daut

Bahan-bahan

Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
5-6 ulas cili padi bergantung citarasa pedas
4-5 biji belimbing buluh rebus
Sesenduk minyak untuk menggoreng

Tumbuk cili padi sampai lumat dan masukkan ikan bilis dan tumbuk sedikit hancur bersama belimbing buluh tadi. Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumbuk dan bawang. Goreng sehingga garing dan rasakan dengan gula dan garam. Tambah sikit kicap untuk warna yang menawan. Minyak kena banyak sikit untuk garingkan sambal ni. Lepas tu dah garing boleh toskan sikit minyak tu. Sedia dihidang.


3 ulasan:

izahdaut berkata...

wahhh sedap tuh.. memang nak makan sambal itam gak kkejap lagi nih.. menjejesss hehe

ijayuji berkata...

Salam kak, kita jakun :D tak pernah lah kot masak sambal hitam pahang ni makan pun pernah atau tak kita lupa :D boleh cuba niii nmpk sedappppp kalau gandingkan dgn nasik jagung mesti sedap!

Anna Qawina berkata...

sedap....saya bli je dgn izah tu kak...x cukup dia bg free sikit sgt haritu..haha...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More