Assalamualaikum salam besiaran di pagi minggu..cuaca pun npk nya di luar tu dah naik panas...tp x tau lah bila masuk kepetang.....ok pg ni besarapan sama roti gulung pedas...sebenarnya ikutkan resepi letak inti sardin...memandangkan inti kentang daging pedas saya ada lg jd saya letak le pada roti dan gulungkan...inti kentang daging pedas ni lebihan tempahan buat biskut lapis daging yg di tempah oleh kawan sklah saya semlm...ada lebihan simpan dlm peti jd pagi ni jadi lah roti gulung pedas..... ok kan x membazir hehehe ...sdp juga...kalau buat roti gulung intinya oleh dipelbagaikan....nak letak sardin, sosej, ketam pun boleh saja... ikut pada selera masing2...resepi mudah ni ambik dari dapur kawan masakan.. Yatie....
ROTI GULUNG
Sumber: Reen Khan
Resepi : Yatie
Bahan-bahan
- 10-15 keping roti sandwich atau secukupnya potong tepi supaya nampak kemas .
- Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
- 1 labu bawang besar (hiris halus )
- 2 tangkai cili merah (hiris halus)Cili padi (jika suka pedas)
- 2 biji telor dipukul
- 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
- 2 sudu kecil jus limau kasturi
sy letak inti kentang daging pedas....ikut cita rasa masin2g ye nak letak inti apa pun boleh
Cara Menyediakannya.
- Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
- Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb.
- Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.
- Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).
- Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis .
6 ulasan:
salam kenal sheila...liza suka jugak ngan roti yg disalut breadcrumb ni...mmg rangup...
wahh sedap nampak tuuuu
w'salam liza betul..kalau buat byk2 dlm berinti sardin atau sosej boleh simpan buat frozen nak mkn terus grg aje sdp kan hehe
Hai Hanim ye mmg sdp budak2 pun suka...
Mmg resepi ni best! Pernah buat guna inti sardin. Boleh simpan frozen ek? camne tu...?
Hai manje..kalau nak buat frozen buat le byk2 dan gulung kemudian lepas di salut ... susun masuk dlm plastik kemas2 dan letak dlm peti ais di tempat yg beku...bila nak mkn baru di keluarkan dan grg
Catat Ulasan