Isnin, November 28, 2011

Tom Yam Campur


Assalamualaikum salam besiaran di hari isnin...harap semua rakan2 sihat ye...manu simple tp sdp...lama rasanya x masak tomyam...ni pun ank2 yg request....so x payah byk nak masak lauk sampai dua tiga jenis hari ni...kena dgn tomyam, telur dadar, sambal belacan, ulam timun dah cukup.....apa lg jemput le mkn tghari sama....


TOMYAM CAMPUR

Bahan-bahan:
10 ekor udang sederhana besar - bersihkan
Isi ayam - dihiris nipis
4 ekor sotong - potong bulat
2 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - ketuk
2 helai daun limau purut - dikoyak
1 biji tomato segar - dipotong kecil
(Sayur-sayuran ikut masing2 nak letak apa)
5- 8 tangkai cili api - belah x putus
3-4 sudu pes tom yam - ada jual dlm botol
Sedikit perahan jus limau 
Air secukupnya 
Sedikit gula garam
Sdikit daun ketumbar - hiris, untuk memberi bau - x letak sbb x ada
 
Caranya:
Dalam periuk masuk air masak hingga didih,
Masukkan serai, lengkuas, pes tomyam  kacau
Kemudian baru masukan ayam, udang, dan bhn2 sayur yg lain
Masukan daun limau purut, gula, garam, jus limau
Masak hingga semuanya secukup rasa
 
 

4 ulasan:

Amie berkata...

walaupun simpel tapi sedap ooooo... terbau sampai rumah kami tu... kecur liur tengok ni sebab dah lama tak buat tom yam..

Sheila Shafeareen berkata...

hai kak Amie ehheh mg sdp nak meratah saja pun boleh..saya pun lama dah x buat ni....nak mkn sam mee or mee hoon pun boleh

tun_telani berkata...

perghhh.......... tomyam, telur dadar, sambal belacan... menitik air liur tun atas keyboard niihh..

Sheila Shafeareen berkata...

Hai tu hehh mmg kena dah tu..manu ni..byk2 lauk nnt x ter mkn pulak....jom meratah tomyam nak heheheh

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More