Jumaat, November 11, 2011

Daging Goreng Kunyit


Salam besiaran di hari jumaat yg indah...ramai dok sana sini tayang nombor hari, bulan dan thn yg cantik 11.11.11...dan ramai juga yg ambik berkat hari jumaat dgn tarikh yg cantik ni  membina masjit... dgn erti kata buat majlis penikahan.......maklum le sani sini dah byk jemputan kenduri kawin...thn dpn jumpa satu tarikh yg cantik lg..

ok utk hidangan tegahari ni masak lauk dgg ..kasi perhabis baki dgg yg buat sup tempohari...kalau simpan lama pun x sdp dah dgg tu... masak  grg kunyit sdp pulak ye ....yg ni sy grg basah2 sikit saja bg lembab2.... resepi yg simple ni ambik dari dapur Kak Jee...tq Kak Jee..


Daging Goreng Kunyit
Resepi By: Dunia Dapur Kak Jee


BAHAN2NYA:
300 gms daging batang pinang (kalau daging lain rebus sampai lembut)
2 labu bawang besar (mayang bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu kunyit serbuk
2 biji cili merah (dihiris)
kacang panjang (potong kira-kira 1 inci)  sy x ada kcg pjg so ganti sama lain
garam secukup rasa

CARA:
Daging dihiris dan diperap bersama kunyit dan garam selama kira-kira setengah jam. Goreng daging seketika pastu tambahlah sedikit air dan masak hingga daging lembut. Kalalu daging dah direbus dan lembut, goreng hingga daging garing2 manja gitu. Pastu masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan kacang hijau. Setelah kacang panjang setengah masak, padam api.


3 ulasan:

cik cek berkata...

Betambah2 lapo kak cek tgk lauk ni...hu hu..

Yana Shaiful berkata...

sedapnya klu dpt mkn dgn nasi panas2 ni..heheee

Tanpa Nama berkata...

"goreng hingga daging garing2 manja gitu. Pastu masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan kacang hijau" nak tanya la, lps daging tu d goreng terus ke masukan bwg merah pe sume tu td? time kita goreng daging tu msti minyak agak byk kan? bahan2 lain tu pn nak d goreng ngan minyak goreng daging td ke? hehe.. ~hamba yg ingin tahu~

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More