Salam besua kita di hari khamis...kejap jekan masa belalu...ok utk hidangan tegaharini sy buat kerabu jantung pisang yg sungguh sdp dan tangkap leleh....resepi usah di petikaikan lg lah dari siapa kalau bukan dari dek Hana kuantan tu....ambik dari Majalan Jelita keluaran Tebaru Bulan Jun....pehhh sdp...mmg menjilat di buatnya...cuma kat sini saya tambahkan daun kesum dan daun limau yg diracik....Tq Hana...izin kongsi resepi ye...
KERABU JANTUNG PISANG
Sources :- From Shamsinah Mohd Said aka Hana@ Majalah Jelita Jun 2011
Bahan2nya:-
1 biji jantung pisang
air untuk merebus
sedikit garam
1 biji limau kasturi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cli padi
1 biji cili merah
sedikit belacan
1/2 biji bawang besar dihiris
1 biji tomato dibuang empulur dan hiris
sedikit garam
sedikit gula
ikan bilis goreng secukupnya
Cara2nya:-
Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga sampai pada kulit yang putih. Belah dua dan rebus bersama sedikit garam sehingga lembut lebih kurang 15 minit. Tus dan titiskan separuh air limau sebelum hiris.
Tumbuk bawang merah bersama bawang putih, cili padi, cili merah dan belacan sehingga lumat.
Campur jantung pisang yang dihiris bersama bawang besar dan tomato.
Bubuh sedikit garam bersama gula pasir dan bahan tumbuk.
Masukkan ikan bilis goreng.
Perahkan limau kesturi.
Gaul mesra.
5 ulasan:
1st time nmpk kerabu jantung pisang. selalu nmpk org jual yg rebus saja. tapi mala tak pernah makan jantung pisang. apa rasa jantung pisang?
Hai Mala ..mmg sdp di rebus empuk..try buat kalau nak tahu rasanya...dulu2 pun x pandai sgat mkn..bila g kenduri di sajikan masakan kampung ada jantung pisang yg di celur dan cicah sambal belacan sdp pulak mkn...try yee nnt tahule kesedapannya hehhehee
sedapnya kerabu.. kena beli jangtung pisang la jawabnya..
Hai juwita- yee mmg sdp tau akk n ank2 siap meratah lg...
wah..hidang dlm lopak jantung tu jugak.. comel je.. uish ni nak kena bookmark la resepi ni; dan dan ni nak membeli jantung pisang. tingat lak kalau kat kampung. nak makan jantung pisang senang je kan. gi ambik tepi rumah...huhu
Catat Ulasan