Rabu, Disember 05, 2012

Apam Berkuah


Salam Sejahtera buat semua....Salah satu resepi tradisi dari negeri pantai timur...Ganu kite...sapa2 perasa sy suka mencuba resepi dari bebagai negeri...kalau yg x berapa nak perasan tu x pelah ye heee..:-) maklum le nak menjelajah satu negara M'sia merasa makanan setiap negeri ni bukannya lepas pun kan......setidak2nya kita tahu juga ujutnya kuih2 tradisi...kalau rajin boleh buat...mcm sy nak sagat merasai mcm ne kuih apam cicah sama kuah lemak...alhamdullilah jumpa juga resepi dari dapur Kak MaDiHa...sebelum tu ada juga sembang2 tingkap ngan Kak Nor ganu...Kak Nor kata kalau dpt Apam Bakar lg sdp..wahhh teruja pulak sy dgr...insyaAllah Apam Bakar akan sy cuba pula di masa lain....ok apam ni buat dah hampir masuk senja tp sempatlah buat mkn mlm td... mmg terbaik rasa apam berkuah ni..jgan lupa mencubanya, kenyang tau x mkn nasi pun x apa...jom intai2 rupa apam berkuah...


APAM BERKUAHResepi Dari Dapur: Kak MaDiHa
RESEPI APAM GANDUM - Sheila buat 1/2 adunan
1 kg tepung gandum -Sy buat setengah aduna aje utk pecubaan
3 - 5 keping gula kerek nisang (gula merah)
1 peket mauripan
Air secukupnya (lebih kurang 5 - 6 cawan)

Cara2 Mengadun Apam
1) Masak gula kerek/nisang dengan 2 cawan air sehingga cair.. kemudian tapis & biarkan sejuk
bila air gula dah sejuk bubuh mauripan dan kacau2 sikit biar hingga mauripan mengembang & nampak berbuih.
2) Ayak tepung gandum & tuangkan air gula tadi dan gaul rata.. Seeloknya gunakan tangan (yg bersih) saja yer.. kalau org Trengganu panggil kaedah ni 'kameer' atau maknanya gaul... adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik dengan menambah air lagi kalau tak cukup yer...
3) Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam... kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali. Untuk kaup balik kali ke3 terus tuangkan ke dalam loyang. Untuk 1 kg tepung boleh dapat 2 loyang besar.
4) Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dlm 40 minit).
RESEPI KUAH APAM
Bahan2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia-Besor ibu jari
lengkuas-Besor ibu jari
kunyit-Besor ibu jari
Ikan selayang - 5 ekor (Kukus/rebus bersama garam & asam keping dan ambil isi)
santan - sebiji nyor (MaDiHa guna santan kotak)
Nyor gula (kerisik)-rm 1.00
Nisan (gula merah)-3@4 kerek
garam secukup rasa
ketumbar-2 sudu (rendam semalaman) (MaDiHa sangai & tumbuk halus)
Adam manis-2 sudu (rendam semalaman) (MaDiHa sangai & tumbuk halus)
lada hitam-sesudu teh
Nyor/kelapa parut -Segengam (tak bubuh.. takde stok kelapa parut kat rumah)
Air nyor (Optional) MaDiHa tak bubuh.. takde ler..
* Sheila tambah 1 sudu cili kisar.- kuah telebih kunyit pulak  

Cara Masak Kuah
1. Tumbuk/blend b. meroh, b. putih, halia, lengkuas, kunyit sampai lumat.
2. Tumbuk lada hitam & nyor sampai lumat (kalu blend takut x betul2 lumat)
3. Tumbuk ketumbar & adam manis (Hok ni pun kena tumbuk lama, biar betul2 lumat-kalau giling lagi kaw rasanya)
4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan2 yg telah ditumbuk/blend tadi. masukkan nyor gula, nisan, isi ikan, garam dan air nyor/air kelapa.
5. Masak dalam 1/2 @ 1 jam hingga kuah betul-betul pekat dan naik minyak. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkerak.
6. Sesuaikan rasanya ikut citarasa anda..

Nota: resepi kuah ni perlu dibuat double resepi jika buat 1 kg tepung (apam) sebab MaDiHa tak cukup kuah daaaaaaa.... oh ya.. lagi satu.. kuah sepatutnya warna kuning sket.. tp ku buat tu jd gelap sikit mungkin sebab rempah2 yg ku sangai tu... nak cepat punya pasal... malas nak rendam semalaman..


Selasa, Disember 04, 2012

Seri Muka Berlauk


Assalamualaikum...dah lama nak cuba buat kuih seri muka berlauk...kalau ada pulut tentu sdp mkn sama lauk aym atau dgg kan?....dah biasa mkn cara berlauk tentu tau rasanya...so godek2 alhamdullilah menjadi juga,,,peh sdp bagai di kata gabugan pulut besama lauk ...beketul2 habis masuk mulut....resepi nya sama mcm buat seri muka biasa tu cuma atasnya di taburkan lauk je....tp nak rasa kena lah rajin yeee tumis lauknya telebih dulu...jom negok resepi....


SERI MUKA BERLAUK


BAHAN UNTUK INTI

200 gm daging kisar - Sheila guna isi ayam cincang
2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong
Garam dan sedikit gula

Untuk lapisan atas(Kuning):
2 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
100gm gula (secukup rasa)
1 cawan air
Secubit garam

Untuk lapisan bawah (pulut):
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan beras pulut
Secubit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur
Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dgn sedikit air, tumis hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
Setelah siap...angkat dan ketepikan

LAPISAN UTNTUK PULUT: Cuci beras dan rendam lebih kurang setengah jam. Toskan dan masukkan beras, santan cair dan garam ke dalam loyang dan kukus hingga beras kembang dan masak.
Loyang atau bekas plastik yang nak dipakai untuk mengukus tu boleh disapu dengan marjerin skit supaya kurang melekat. Balut tudung kukus dengan kain bersih supaya wap air tu takkan jatuh atas kuih yang dikukus.
Bila pulut kukus dah masak mampatkan dalam loyang atau bekas plastik/acuan menggunakan senduk yang dibalut dengan plastik. Tekan supaya bebetul mampat tau.

LAPISAN UNTUK KUNING: Dalam bekas satukan bahan tepung jagung, tepung gandum, tepung kastad, santan pekat, air dan secubit garam. Kacau sebati dan tpis, tuangkan ke atas pulut yang dimampatkan tadi dan kukus dlm 20 minit dan tabur lauk inti rata2 kemudian sambung kukus lg semula selama 25 minit.
Lepas kukus tunggu sejuk baru boleh potong.






Green Valvet Cake


Assalamualaikum tayang kek yg dah ketinggalan nak buat...org lain dah berkali2 buat kita baru nak mula... ni pun kemarin buat, sorry ye dah habis pun...cuma warna je ubah letak hijau...rasa tetap sama dgn red velvet cake...dan satu lagi nak bg tahu kek ni saya x bakar tau...saya try kukus...alhamdullilah npknya menjadi dgn cantik dan gebus....

Green Velvet Cake

Bahan :
5 biji telur gred B @ 4 biji telur gred A
250 gram mentega beku tanpa garam

*3 cawan tepung naik sendiri @ Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder
*3 sudu makan serbuk koko
2 cawan gula kastor
2 sudu makan pewarna oil base - sy letak pewarna hijau
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda @ baking powder
1 sudu makan cuka makan

BUTTERMILK:
1 cawan susu segar
1 sudu makan cuka makan atau jus lemon
Cara :
Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Cara:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam.
7. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
8. Larutkan bicarbonate of soda @ baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek.
8. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati guna senduk.
9. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Resepi Krim Cheese :
Bahan :
500 grm whipping cream -
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda



Jumaat, November 23, 2012

Mango Crepe2 @ Dadar Mangga


Assalamualaikum , salam sejahtera di pg jumaat ohhh pg ini cuaca npknya cantik redup jeee...jom ada tingal 3 ketul je mango crepe pg ni...buat sarapan utk sorg satu heee...kisahnya semlm punya projek...pecubaan kedua buat crepe , kali ni guna resepi dari Kak1 pulak..megancam smlm kita jln2 dapurnya npk Kak1 tayang Durian Crepe/Dadar Durian...pilihan dan bekenan di hati sy Dadar Durian...pegunaan tepung gandum x ada masalah bg sy semua ok je rasa pun sdp...crepe kalau nipis sangat pun mcm x ada rasa pulak so buat sedang2 aje x tebal dan x nipis...mencuba buat filling kasterd...hem sdp juga...lemak becream lg cuma sy x letak inti durian pun..yg ada buah manga masak manis satu lg filling ni boleh buat inti cream puff seperti yg Kak1 cadangkan tu.......insyaAllah akan cuba buat yg inti durian pula...bg tekak sy sdp boleh terima...nak ckp lebih2 mcm ne sdpnya pun x reti ,,,nak tahu rasa yg sebenar rajin2 lah buat yeeeee :-)...Tq Kak1...


Untuk resepi saya ikut semua sama mcm yg Kak1 buat, cuma saya letak inti buah magga yg di purikan resepi  untuk Dadar boleh masuk SINI selamat mencuba


Selasa, November 20, 2012

Tart Fruit


Assalamualaikum....sudah beberapa hari meninggalkan rmh masak2 terasa rinduuuu,, mmg rindu teramat....Fruit Tart ni saya buat masa balik kg baru2 ni semperna Majlis Tahlil, Akikah dan Sambuat Hari Lahir yg di adakan pada Sabtu -17hb.11.21.......hemmm mmg laku kalau buat  hidangan mcm ni sampai x cukup2 dibuatnya...resepi x asing lg dari rakan blog yg baik hati...siapa  lg dek Cendana Kasih leeee...Shell tart tu sy x sempat nak buat..oder dari CK lg senang...bahan2 yg lain nak mkn baru sy sediakan dan letak buah2 yg terpilih.......nak resepi boleh masuk dapur CK ada di sini....yg best CK ada sediakan cara dan petua supaya x nak bg shell tart lembik sebelum di letak filling kastard....Tq CK....


Kebetulan ni je buah yg tinggal...


Hidangan yg di sajikan sambutan hari jadi Sabtu- 17hb.11.12 waktu mlm - Pasta goreng sedap, Nasi goreng kampung, Tart fruit dan Kuih muih


Hidangan yg di sajikan waktu siang hari Sabtu -17hb11.12, Majlis Tahlil dan Akikah...Muffin Kelapa Pandan ( asalnya Kek Kelapa Pandan sy ubah buat muffin), Apam Pandan, Apam Coklat, dan Tart fruit

Khamis, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah & Kacau Goreng Betik Muda

Assalamualaikum ..Salam Maal Hijrah Buat semua umat islam moga tahun baru ni memberikan rezeki, kesihatan yg baik, amal ibadah yg sempurna, ,bukakan hati menjadi baik lg terbaik, kehidupan keluarga yg bahagia dan segala bekaitan dgn Alllah di pemudahkan pejalanan...InsyaAllah....Amin, amin, amin


Untuk Pagi ni nak kongsi manu yg saya buat utk mkn malam semalam..heee walaa bukannya pantas pun ..kebetulan bahan2 yg di perlukan mmg ada...cuma rencah udang je sy gantikan dgn isi ayam....siang tu npk Kak Madihaa pos resepi Betik Muda....negok pun dah kecur ank tekak heee :-)...teliti bahannya..hemmm boleh lah buat....nilah hasilnya amat sdp..lebih kurang seakan rasa sambal goreng jawa.....ank2 kata mkn kacau goreng betik muda ni susuh nak behenti hahahhaha paham keee? hee asyik nak tambah jeee nak pulak rasa betik yg manis,,,suhun yg lembut mmg budak2 suka...Tq Kak Madihaa sudi kongsi resepi yg enak ni


Kacau Goreng Betik Muda
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
  
BAHAN2
450 gm betik muda/mengkal yang siap dikupas & disagat kasar dicuci bersih & tos
250 - 300 gm isi udang - Sheila gantikan dgn isi ayam
4 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
2 biji cili merah ~ dihiris - Sheila gantikan dgn cili kering 
6 biji cili padi ~ dihiris
secekak kecil suhun ~ direndam hingga lembut & tos
2 keping tahu ~ digoreng & dipotong dadu
1 keping tempe plastik/2 keping tempe daun ~ dipotong dadu & digoreng
½ kiub ikan bilis
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
garam secukup rasa
secubit gula
minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga layu & wangi. Masukkan isi udang & kacau rata.
2. Masukkan betik sagat, air & kiub ikan bilis. Kacau2 & biar betik agak lembut.
3. Masukkan cili merah, cili padi, tahu goreng, tempe goreng, sos tiram dan secubit gula. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan suhun yang direndam & garam secukup rasa (tak perlu banyak sebab sos tiram & kiub bilis juga ada rasa masin). Kacau sebati & biar suhun bercampur rata dengan bahan2 yang lain. Bila dah cukup rasa & cukup sebati bolehlah dimatikan api & hidang dengan nasi putih & lauk2 yang lain.
Sedap sangat! Selamat mencuba!


Rabu, November 14, 2012

Ayam Tandoori & Roti Naan Goreng



Besua kembali...n3 manu semalam...x ada kena megena dgn sambutan perayaan deepavali semalam yee...saja buat nak getest jadi ke tidak....nasi dan lauk kari tetap juga masak...cuti2 ni penghuni rmh kan ramai heee...alhamdullilah jadi juga sdp aym nya sbb sy perap lama....harum bau bila dibakar...roti nan pun cantik menjadi kembung dan lobang di dlm...roti walau di goreng tp x berminyak...3 keping mmg kenyang....cuma x sempat nak buat sos pudina kalau ada lg syok mkn....resepi roti nan goreng ni kawan blog Yatiememories pun dah pernah buat....resepi asal dari Kak Fida MyR....tq Kak sy dah try....


ROTI NAAN GORENG
Resepi : Kak Fida MyR
Sumber : YatieMemories

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
500 g tepung gandum/tepung roti (5 1/2 cwn rata) - diayak(akak gune tepung gandum)
2 sk baking powder-diayak
2 biji telur
1/2 sk garam
150 ml air- (10 sb)
3 sb susu manis
minyak masak untuk goreng terendam


Cara-cara
Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.

AYAM TANDOORI
Resepi: Sanjay-Vahrehvah
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
6 ketul peha ayam dicuci bersih dan toskan
chat masala secukup rasa (jika suka) - sy x letak
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tsp garam masala
Pes halia dan bawang
1 tsp daun fenu greek - sy tak letak
1 tbsp perahan air lemon
2 tbsp minyak makan
1 tsp serbuk lada putih
1 tbsp serbuk cili - mengikut kepedasan masing-masing
1 tsp pewarna merah - jika suka 
1 tsp garam
1 tsp garam masala
6 tbsp yogurt



Caranya:
Dalam sebuah mangkuk sediakan bahan untuk diperap ayam itu. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk cili, kastoorimethi (daun fenu greek), serbuk kunyit, garam masala, sedikit pewarna merah diratakan pada pes tadi. Masukkan 1/2 sudu teh garam, yogurt dan gaul rata.
Ambil ayam yang diperap sebentar dan gaulkan dengan pes yang didalam mangkuk tadi.Ratakan pes pada keseluruhan ayam dan celah-celah belahan nya.
Panaskan oven ke 425 darjah Fahrenheit. Masak selama 20 hingga 35 minit sehingga ayam lembut. Keluarkan dari oven, hidangkan semasa panas, taburkan dengan bawang hiris dan perahkan dengan air lemon.

nak mkn perahkan limau


Isnin, November 12, 2012

Pais Ikan & Pais Ayam


Salam besiaran di pg isnin...mulakan tugas pagi seperti biasa, walaupun musim cuti sklh bemula x leh juga nak senang lenang bagun lambat...oooo time cuti2 mcm nilah tugas betambah byk..bukan tugas betambah sikit...lg beganda2 byk adalah.....:-) kat atas meja kalau x siapkan1,2 jag air x sah...nak pulak rmh saya ni time cuti mcm ni ank2 buah semua dok melepak di sini...pandaikan mak bapak dia org cuti je letak ank rmh nenek/atok....bukan ape sy juga mmg kena tempiasnya..sbb duduk gan mak, abah, nenek sekali wooooo..x peee sy kan mak sedara yg ikhlas ceh wahhhh :-) ..ok le bebel pepagi x guna gak...kerja menanti tu...ni nak kongsi manu juadah semalam hemmm lama lah sy x makan pais....sdpnya manu org lama2 ni...nenek sy dulu kalau buat pais guna ikan yg kecik2...sy x tahu ape nama ikan tu...ikannya putih jernih besar sikit dari ikan bilis...ikan ni mmg sesuai buat pais ada rasa manis...tp itulah byk tulang dan isinya tak puas mkn...sy mmg betul x ingat ape nama ikut tu sorry heee:-)...sy guna ikan kerisi dan isi ayam..pais sy buat dua versi yg ikan di bakar dan ayam sy kukus...wauu kalau bau jgn ckp leee nak satu rmhhh heee harum....sambal kelapa mmg sy buat lebih sbb nak mkn gaul gan nasi..pehhh walaalaa...rasanya kalau kawan2 nak buat utk hari ni masih sempat lg.....:-) di sini sy kongsikan resepi yg simple...sudi2kan lah yeee

PAIS IKAN / PAIS AYAM

Bahan:
4 ekor ikan / 4 ketul ayam - Kembung,Tenggiri, Patin - Sheila guna ikan kerisi
4 sudu besar cili kisar - nak kurang/lebih ikut citarasa sendiri
1 inci halia - di tumbuk
4 batang serai - ditumbuk
1 labu bawang merah - ditumbuk
2 helai daun kunyit - di mayang
1/2 biji kelapa parut
Sedikit serbuk kunyit
Garam, gula
Beberapa helai daun pisang/alumunium  foil


Pais Ayam yg belum di kukus dan Pais Ikan yg belum di bakar
Caranya:
Basuh ikan/ayam dan toskan kelar sedikit badan ikan dan ayam
Dalam bekas lain masukan kelapa parut, semua bahan2 yg ditumbuk, daun kunyit mayang, cili kisar, garam, gula, serbuk kunyit gaul semua sampai sebati...kalau tawar tambah lg garam, gula
Sediakan daun pisang yg sudah di lap bersih, letak 1 1/2 sudu sambal kelapa ratakan sikit dan letak ayam/ikan kemudian tutup semula dgn sambal kelapa, balut dgn daun pisang kemas2, sepitkan hujun dgn lidi..buat hingga habis
Bolehlah di bakar, panggang atau kukus....
Sedap juga di perahkan sama asam limau....

Isi dlm Pais Ikan dan isi Pais Ayam

Jumaat, November 09, 2012

Talam Roti lapis Coklat


Assalamualaikum  semua, singah di petang jumaat....pukul 10pg td sempat kukus kuih utk minum ptg...tak cuba x tahukan...hemm mula tu bayangkan dulu macam ne lah rasa kuih talam letak roti...ada rasa roti ke, masam sikit ke,...maklum le kekadang kalau resepi yg letak roti ni ada rasa lain sikit...pastu baca ulang2 oooo ada letak koko...hemmm boleh lah cuba.....taraaaa  siap tunggu betul2 sejuk..x lah sejuk mana pun kira ada suam2 jugak leee :-) baru potong2 hemmmmm negok dari hasil kejadian cantik, lembut....time utk merasa..hemmmm mmg sdp juga kuih ni.....angapan sebelum ni salah lah heeee.. kuih ni ada rasa lemak, manis, dan rasa coklat yg enak...ank kata lain kali mama kena banyakkan lapisan coklat lagi betambah2 sdp...amboiii yg 3 lapis ni pun dah kira sdppp tau :-)...cantik x ada ketul2 roti sbb di kisar halus...mula tu takut juga kot kuih ni keras...tp mmg elok sukatanya......negok rakan yg lain pun ramai dah menerai...sy ambik resepi dari dapur Kak Yatie...tq



Talam Roti Lapis Coklat
Resepi : Kak Wan
Sumber : YatieMemoriest

Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji) - Sheila pakai loyang
- Yatie guna acuan lain dan buat 2 adunan sekali....sedap betullah.
- Sheila sama macam Yatie buat dua adunan 


Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Mmg sdp kuih ni adunan roti kisar halus...enak dgn rasa coklat.


Rabu, November 07, 2012

Manggo Crepe Cake & Sofea Birthday



Assalamualikum....Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat ank kanda tecinta Nik Amira Zarith Sofea esok genap masuk 12thn hee besau ank mama, dah jd ank dara suti... nnt pergi buat IC same2 yee :-)...Syukur padanya...mudah mudahhan  Adik (panggilan untuknya di rmh)..menjadi ank yg solehah, taat pada agama , bangsa dan negara...dan yg penting solat, megaji serta pelajaran kena di utamakan...

Semperna hari jadi Adik...sy dah plan nak buat kek istimewa ( sofea request nak cake awal utk buat mkn mlm dan utk hari sebenarnya esok suruh ayahnya belanja mkn  kat luar pula, pandai betulll budak2 skrg ni :-) ......Manggo Crepe Birthday Cake ...buat awal tghari td..bg sejukan dlm peti ais beberapa jam, cantik elok je basah2 lg mangga tu...crepe ni sy guna resepi yg sama buat crepe mango kemarin,  fillingnya pun resepi yg sama juga......suka dgn rasa vanilla harum....dgn 12 lapisan crepe, lebih kurang 2 inci tebalnya....mmg sesuai buat kek hari jadi...deco atas tu tepulang pada citarasa masing2 .... nak salutkan keseluruhan dgn coklat topping, whipping crem pun boleh...masa sejukan kedalam peti ais pastikan crepe cake di tutup dgn plastik supaya pemukaan atas tidak kering yeee...mana yg nak buat tu bolehlah masuk sini utk negok  resepi


Mari menikmati Manggo Crepe Cake yg sdp....Selamat Hari Lahir Adik@Sofea


Birthday Girl tegah potong Cake




ROTI KUKUS@PAU


Assalamualaikum besiaran di pagi rabu....harap rakan2 yg lain sihat2 belaka yeee...apa macam ank2 dah ada yg mula becuti...bz keee,  ada nak suruh buat sesuatu yg befaedah ke heee...maklum lah cuti kali ni awal dan panjang....budak2 kalau dah lama cuti sure bosan...balik2 gadap game...tv...hemmm tauuuu yg pasti kena ada benda utk kunyah2 kannnnn ok x nak celoteh pjg2 pg ni pun ada kerja rmh yg x habis2 lg sudahn nya...jum kita sarapan dgn roti kukus ala2 kuih pau yg amat gebus mulussssssss tebaik...nak buatnya pun amat mudah...ank dara yg nak belajar masak pun boleh buat :-) ye ke tu....ikut cita rasa sendiri lah yee nak mkn sapu kaya ke nak cicah gan sambal sardin/sambal bilis pun sdp...kalau ada kuah kari ayam lg byk syokkkkk...pg ni sy x sempat nak buat kari...jadinya mkn roti kukus sapu dgn kaya jelahhh...ikutkan nak mkn begitu saja pun boleh dah cukup... satu lg kalau nak tambahkan sikit sukatan gula pun lg sdp :-) baru jadi roti kukus manis...Arah@Ika pun dah try katanya mmg sdp, Kak CikManggis pun dah cuba masing2 punya pun gebus menarik....jemput sarapan


ROTI KUKUS
Resepi Asal : AYIN
Copy n Paste : KAK CM


Bahan-bahannya:
3 cawan tepung pau.
5 tbsp gula kaster.
1 1/2 tsp yis segera.
2 tsp baking powder.
Secubit garam.
1 1/3 cawan susu segar.
1 tbsp minyak jagung.>>yg ni kita gantikan dgn shortening - Sheila pun letak shortening

Tunggu roti megembang baru masuk kukus

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali susu segar.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli perlahan-lahan (Cm guna KA)>>uli tgn :(.
Uli hingga sebati dan elastik dohnya. - sama Sheila pun uli tgn
Perap selama 1 jam.
Kemudian uli buang angin dan .bentukkan bulat bulat.atur dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.Biarkan doh kembang hingga dua kali ganda saiz asal.
Panaskan air untuk kukusan.Kukus sehingga masak.
Sedap dimakan dengan kari ayam atau sardin atau pun disapu dengan kaya.



cicah sama kari, sambal bilis, sambal sardin lg sdp...mkn begitu saja pun syokkkkk


Isnin, November 05, 2012

Kuih Kukus Bawang Goreng


Petang isnin yg hujan.. sejuknya nak mandi pun jadi malas heeeee takut air sejuk kikiki :-).....n3 kuih yg beberapa kali buat ada di sini...pehabiskan bawang goreng tempo hari lebihan buat Tauhu Anura...nak simpang lama takut tegit pula...kekadang lebihan2 yg kita simpan lama pun bukannya elok...lainlah kalau ada pegawit....kali ni sy buat x letak pandan  biarkan kosong tp rasa tetap same....lembut jee masuk ke mulut nak pulak tabur bawang goreng lebih pehhhhh syok mkn....kuih ni ada lemak2 manis....sesuai buat minum petang, makan kenduri atau buah taggan kerumah rakan.....



KUIH KUKUS BAWANG GORENG
by: izah

3/4 cawan + 2 sb tepung gandum 
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan. 
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.


 *kuih ni dapat kecik comel je.  Kena gunakan loyang palingg kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More