Khamis, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah & Kacau Goreng Betik Muda

Assalamualaikum ..Salam Maal Hijrah Buat semua umat islam moga tahun baru ni memberikan rezeki, kesihatan yg baik, amal ibadah yg sempurna, ,bukakan hati menjadi baik lg terbaik, kehidupan keluarga yg bahagia dan segala bekaitan dgn Alllah di pemudahkan pejalanan...InsyaAllah....Amin, amin, amin


Untuk Pagi ni nak kongsi manu yg saya buat utk mkn malam semalam..heee walaa bukannya pantas pun ..kebetulan bahan2 yg di perlukan mmg ada...cuma rencah udang je sy gantikan dgn isi ayam....siang tu npk Kak Madihaa pos resepi Betik Muda....negok pun dah kecur ank tekak heee :-)...teliti bahannya..hemmm boleh lah buat....nilah hasilnya amat sdp..lebih kurang seakan rasa sambal goreng jawa.....ank2 kata mkn kacau goreng betik muda ni susuh nak behenti hahahhaha paham keee? hee asyik nak tambah jeee nak pulak rasa betik yg manis,,,suhun yg lembut mmg budak2 suka...Tq Kak Madihaa sudi kongsi resepi yg enak ni


Kacau Goreng Betik Muda
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
  
BAHAN2
450 gm betik muda/mengkal yang siap dikupas & disagat kasar dicuci bersih & tos
250 - 300 gm isi udang - Sheila gantikan dgn isi ayam
4 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
2 biji cili merah ~ dihiris - Sheila gantikan dgn cili kering 
6 biji cili padi ~ dihiris
secekak kecil suhun ~ direndam hingga lembut & tos
2 keping tahu ~ digoreng & dipotong dadu
1 keping tempe plastik/2 keping tempe daun ~ dipotong dadu & digoreng
½ kiub ikan bilis
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
garam secukup rasa
secubit gula
minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga layu & wangi. Masukkan isi udang & kacau rata.
2. Masukkan betik sagat, air & kiub ikan bilis. Kacau2 & biar betik agak lembut.
3. Masukkan cili merah, cili padi, tahu goreng, tempe goreng, sos tiram dan secubit gula. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan suhun yang direndam & garam secukup rasa (tak perlu banyak sebab sos tiram & kiub bilis juga ada rasa masin). Kacau sebati & biar suhun bercampur rata dengan bahan2 yang lain. Bila dah cukup rasa & cukup sebati bolehlah dimatikan api & hidang dengan nasi putih & lauk2 yang lain.
Sedap sangat! Selamat mencuba!


7 ulasan:

Rohah berkata...

salak kak sheila.
sedap betik muda dibuat tumisan...yg sedikit kelainan yg biasa maksy masak...ratah2 je berbaloi jugak ni.
kak, apam tu satu adunan sy dapat 41 biji guna cup sebesar itu..

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam Rohah yep sdp lauk ni akk byk meratah aje...betik tumis manis ...dpt byk jugak tu...ingat nak cuba juga ni tq yee...menarik negok apam dot2 rohah :-)

Unknown berkata...

salam Sheila
wah laju nya resepi ni bertukar tangan baru semalam kot tengok kat dapur Madihaa hari ni dah kat dapur Sheila pulak mmg sedap ni kan akak pun nak try jugak lah hee

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam Kak Noor heee manu mlm d mmg sdp masakan ni ank2 suami semua suka...bebaloi masak dgn sebijik betik

ilahjy berkata...

salam thn baru shiela.. kakilah cuba masuk komen guna mozila nie..harap boleh duk guna croome tka boleh huhuu

Mas berkata...

first time tengok ni kak...
nmpk sedappp la....

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

assalamualaikum sue...

amboi... dah cuba ye? sedap? alhamdulillah... anak2 suka.. syukur... resepi campak2 yang memang sedap kan? kita pun tak puas mkn hari tu.. memang sedap ratah gitu pun best juga.. terima kasih sudi cuba... memang pantas.. hehe..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More