Assalamualaikum semua, singah di petang jumaat....pukul 10pg td sempat kukus kuih utk minum ptg...tak cuba x tahukan...hemm mula tu bayangkan dulu macam ne lah rasa kuih talam letak roti...ada rasa roti ke, masam sikit ke,...maklum le kekadang kalau resepi yg letak roti ni ada rasa lain sikit...pastu baca ulang2 oooo ada letak koko...hemmm boleh lah cuba.....taraaaa siap tunggu betul2 sejuk..x lah sejuk mana pun kira ada suam2 jugak leee :-) baru potong2 hemmmmm negok dari hasil kejadian cantik, lembut....time utk merasa..hemmmm mmg sdp juga kuih ni.....angapan sebelum ni salah lah heeee.. kuih ni ada rasa lemak, manis, dan rasa coklat yg enak...ank kata lain kali mama kena banyakkan lapisan coklat lagi betambah2 sdp...amboiii yg 3 lapis ni pun dah kira sdppp tau :-)...cantik x ada ketul2 roti sbb di kisar halus...mula tu takut juga kot kuih ni keras...tp mmg elok sukatanya......negok rakan yg lain pun ramai dah menerai...sy ambik resepi dari dapur Kak Yatie...tq
Talam Roti Lapis Coklat
Resepi : Kak Wan
Sumber : YatieMemoriest
Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji) - Sheila pakai loyang
- Yatie guna acuan lain dan buat 2 adunan sekali....sedap betullah.
- Sheila sama macam Yatie buat dua adunan
- Sheila sama macam Yatie buat dua adunan
Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Mmg sdp kuih ni adunan roti kisar halus...enak dgn rasa coklat.
6 ulasan:
wahhhh
cayalahhh.
ayu pernah buat. boh dlm acuan kecil2. rasanya sgt tip topppp.
resepi kak yati mmg vest
Nak try la nanti, amik recp ye. TQ...KLU SANTAN Tukar ngan susu leh tak ke kureng lemak kot hehehe.
ish..takleh jadi ni...kena buat la esok lusa walaupun x larat...hehehe...cer bagi sepotong kat saya yang demam ni kak :(
Hai Ayu heee hemmm kak ytaie mmg pandai buat kuih talam2 ni..resepi asal dari kak wan...akk cuba dah mmg sdp rasa coklatnya
Hai Hanim heee santan boleh tukar dgb susu cair jugaga,,,,
Hai CK makan ubat cepat sikit baiknya...nnt boleh cepat menalam yeee
Catat Ulasan