Selasa, September 20, 2011

Apam Snow White


Besiaran di pagi selasa...kuih apam utk sarapan pagi ni...projek megukus sebelum masuk tidur mlm td, kelapa putih pun dah siap beli bagun pagi cuma tinggal panaskan balik kuih dan kukuskan sekejap kelapa bg x basi...kira lama juga lah x kukus megukus ni sejak posa kemarin...sebelum ni mmg dah pernah buat apam snow white , mengunakan mould yg comel2 tu...tp ni nak cuba guna mould besar...alhamdullilah menjadi cantik naik kembangnya...sy tetarik sbb nampak kat dapur Maria...lagi pun senang x byk kerja sekali masuk aje....nak ikut kan  x nak letak warna biar npk putih mcm snow..tp ank dara sorg tu suruh letak warna bg npk seri sikit katanya...ok lah tu...cantik gak bila dah naik kembang gebus lagi hehheh...saya mkn sama kelapa putih parut...ok Maria kasi copy sekali lg resepi ye, tq bg ider cepat siap hehehehe

dah siap mlm tadi..pg ni baru boleh resmikan...

APAM SNOW WHITE
Resepi:qnq0910
Sumber: Maria@Putri Pilihan

Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*
2 cawan gula pasir*
1 paket mauripan*
2 cawan nasi
3 cawan air

siap adunan , tunggu nak masuk dlm kukusan

Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan bertanda ke dalam mangkuk,gaul rata.
2.Kisar nasi dan air sehingga benar-benar hancur.
3.Satukan bahan no.1 dengan bahan kisar,gaul sebati.
4.Biarkan adunan mesra selama 1 jam.
5.Selepas 1 jam,isikan ke dalam acuan apam yang telah dioles
   dengan sedikit minyak.
6.Kukus selama 10-15 minit.

dah namanya apam sdp le mkn sama kelapa.....




Isnin, September 19, 2011

Bening Betik


Salam besiaran di hari isnin...pehhhh sejuk...pagi2 dah hujan...ni pun masih ada lg gerimis yg mengundang....sejuk2 ni best melepak....ok nak bg panas badan sy masak manu tegahari dgn masak bening betik...kira muda x muda...lah betik tu...tp boleh lah di buat sayur....sdp tau lauk bening betik ni ...mak sy dulu2 pun rajin masak mcm ni....kekadang sy meratah je sampai hirup2 kuahnya...nak pulak lauk ni sy lawankan same sambal belacan dan ikan masin pehhhh...resepi ambik dari dapur CMG tq yeeee sdp.... nnt buat kenduri atau makan2 leh lah masak lauk kg mcm ni lagi....simple kan...




BENING BETIK
Resepi By : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
3/4 camca teh lada hitam biji, tumbuk kasar
2 helai daun kunyit, disiat2
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci bah betik bersih2, kupas kulit, buang biji, belah beberapa bahagian dan hiris sederhana tebal bagi setiap belahan. Ketepikan.
  2. Tuang air dalam periuk secukupnya, masukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan kiub ikan bilis. Masak hingga mendidih dan masukkan betik. Tambah lada hitam, sedikit gula dan garam secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan masak hingga betik lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin....Hmmmm, leh pingsannn uuuu!!!!!

titikan serai bagi wangi















Ahad, September 18, 2011

Ikan Celup Tepung


Salam besiarang di hari minggu... hari ni pasti ada jemputan lg ke rumah tebuka kan?.. jemputan saya di sebelah petang dan malan so siang2 ni ada lah kat rmh melepak gan keluarga sambik kemas2 apa yg patut...pagi ni masak awal sikit saje jeee merangkap sarapan dan mkn tegahari.....dok godek kerja kat dapur tu yg terus mask sekali....teringat ikan celup tepung , mkn di terengganu masa beraya di sana,  sdp x cukup2 di buatnya...so hari ni cuba lah buat mmg menjadi ragup adunan salutan tepung...makan dgn colek pehhh....resepi dari Djdayang di MyR......sy buat meratah aje.....



IKAN CELUP TEPUNG
Resepi by: Djdayang Jack

Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 3 ekor ikan kembung/selayang/ape2 je jenis ikan yg digemari (cuci bersih dan tuskan)
  • 3 camb tepung beras
  • 1 camt serbuk kunyit
  • sedikit kapur
  • sedikit garam
  • air secukupnya utk bancuhan
  • 1 biji telur
  • minyak yg banyak utk menggoreng 
    Cara-cara
    1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.
    2. Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.
    3. Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.
    4. Kemudian goreng sampai btl2 garing.
    5. Siap utk dihidangkan. Selamat Mencuba! 


      Sabtu, September 17, 2011

      Puding Mangga

       pic yg sempat di ambik masak menjamu tetamu

      Salam besiaran di hari sabtu...wah wah masih rami lg kawan2 yg mkn free ye tiga hari beturut-turut cuti ...sani sini buat open house....x ketinggalan juga tuan rmh semalan lepas solat jumaat sempat le buat mkn2 utk menjamu kawan2 dan sedara mara...buat pun ala kadar je mana yg temampu...nak cerita pasal puding mangga ni, ramai yg bekenan....masing2 datang dok tanya resepi  ....almaklumlah  rasa manga dan susu kan sdp...  resepi ni mmg selalu buat dlm list pun dah ada resepinya ,ok utk x menghapakan kat sini saya tayang resepinya sekali lg...



      PUDING MANGGA
       
      Bahannya:
      I kotak susu kotak Full Cream/low fat (1 liter)
      I peket serbuk aggar-agar
      Sedikit perasa manggo
      Sedikit pewarna kining
      1 cawan gula - ikut kemanisan masing2
      1/2 biji buah mangga ambik isinya dan potong dadu


      Caranya:
      Dalam periuk masukan susu , gula dan panaskan hingga gula larut
      Masukan serbuk agar-gagar dan kacau sebati
      Masukan perasa manggo dan pewarna kacau, bila agar2 dah mendidih matikan api
      Sediakan acuan/bekas comel2  masukaan adunan ke dlm acuan , tabur isi mangga yg di potong dadu tadi
      Sejukan dlm peti

      Sy buat dua kotak susu dan dpt dua adunan puding

      Khamis, September 15, 2011

      Kuih Puteri Ayu


      Besuak kembali di hari khamis...hajat tependam lama nak buat kuih pu3 ayu ni ...baru hari ni ada kesempatan maklum le nak merasmikan acuan yg baru disambar 2 bln lepas heheh mak hai....pestime guna ni...kuih ni sdp mkn panas2 tau, bila dah sejuk pun masih lembut lg...boleh juga nak buat warna2...tp kenalah sesuaikan dengan rasanya..kuih ni cantik naik gebus... resepi ni saya ambik dari pengusaha kuih-kuih melayu iaitu Pn.Nur Latifah tq Cikgu akhirnya menjadi jugak kuih saya ni walaupun rupanya x secantik pu3 heheh

      negok tu sampai adunan hijau pun meleleh kat kelapa, hemmm x berapa nak cun lah.... next time buat kena tekan padat2 kelapa tu

      KUIH PUTERI AYU
      RESEPI BY : Pn. Nur

      Bahan -bahan 
      1 cawan gula
      2 biji telur
      1 sudu kecil ovelatte
      1 sudu kecil yis
      1 cawan santan  
      1/4 cawan susu pekat manis
      2 cawan tepung gandum
      sedikit garam dan pewarna hijau
      sedikit kelapa parut 



      Cara- cara
      1. gula , telur , ovelatte di pukul sehingga gebu.
      2. kemudian masukkan yis dan santan.adun hingga sebati.
      3. yis elok dibancuh dengan sedikit air untuk mengelakkan dari berketul.
      4. masukkan susu ,tepung ,dan pewarna ,adum sebati,
          biasanye kepekatan adunan seperti pekat kita membuat adunan kek  batter.
      5. biarkan adunan selama 1 jam atau hingga kembang. 
      6. kacau dulu kemudian masukkan dalam acuan 
      7. kukus antara 7 hingga 10 minit.

      Selamat mencuba...

      Rabu, September 14, 2011

      Donat Mini


      Salam di petang rabu...kat tempat kekawan hujan ke skrg...kat area saya ni masih lagi hujan...sdg elok tu perut pun lapar, time hujan2 ni pekena donat panas2....pg td Izah Daut tayang donot ...sy pun terus le tetarik dgn resepi donat mininya...bhn pun mmg sedia ada apa tunggu lg masuk pukul 12 terus le megodek...pastu nak kena tungu naik kembang lg...ok stail saya buat ni stail org malas...bila doh dah naik kembang/cantik buangkan angin kasi tumbuk itu doh heheh, pastu saya bulat2 kecil mcm dlm gambar dan leperkan sikit...tunggu naik sekali lagi barulah di lobangkan tegahnya dgn acuan batang besi...acuan ni megikut saiz dan ada jual di kedai2 kek...yg saya guna ni beli dari kawan... senangkan x payah nak gelek2..tapi kenalah bulatkan megikut bentuk yg sama...kalau tidak nnt npk ada besar kecil pulak...sama bentuk baru npk comel


      DONUT MINI
      resepi: kak Nis@mak Daro

      sumber : Kak Ummi
      sumber: Izah Muffin Love

      Bahan:- (15 biji donut mini)
      200 gm tepung roti
      20 gm gula
      1/2 tsp garam
      1 tsp yis kering
      140 ml susu segar
      20 gm butter
      minyak masak untuk menggoreng
      powder sugar/gula aising - untuk tabur



      Cara Membuat:-
      Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
      Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
      Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
      Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
      Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
      Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
      Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). *Ummi guna bahagian mulut gelas yang kecil jek..hehe
      Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
      Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
      Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising.

      Aising Donut:-
      4 sudu besar gula aising - ayak
      1/2 sudu besar air
      Gaul gula bersama air hingga sebati. Sapukan pada permukaan donut dan taburkan kekacang atau hundred thousands.



      Mee Nipis Goreng Basah


      Assalamualaikum selamat pg dah sarapan ke belum tu....pagi ni ada lah sikit rajin nak buat sarapan...selalu masak mee kan guna mee kuning yg biasa jual tu... yg ni saya try guna mee kuning yg nipis...ok juga rasanya x byk pebezaan....saya grg mee mmg suka buat yg basah2 cam ni, nak yg kering mcm mamak pun sdp jugak, tp kalau buat cam tu saya suka letak byk kuih tepung dan tauhu....ok resepi mee basah ni dah beberapa kali buat.. x silap dlm bulan puasa lalu pun saya ade buat juga utk juadah bebuka...ok layan


      Resepi Mee Goreng Basah
      Resepi : CikMin


      Bahan-bahan:
      2 paket mee kuning
      6 ulas bawang putih-diketuk
      Cili kering kisar-ikut suka hati
      Cili Sos*
      Sos Tiram*
      Sos Ikan*
      Kicap Pekat*
      Kicap Manis*
      Udang
      Telur - x letak
      Minyak masak
      Taugeh
      Sawi
      Daun bawang
      Limau kasturi
      Cili padi


      Cara-cara:
      1.Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kering biar hingga garing.
      2.Masukkan sedikit air,masukkan udang dan sawi.
      3.Masukkan bahan bertanda * biar seketika dan masukkan mee kuning.(bahan bertanda tu main agak-agak je)
      4.Jika mee sudah hampir masak,pecahkan telur,kacau biar mesra.
      5.Jangan tunggu hingga kering,terus angkat masa masih basah.
      6.Potong cili padi,tuang kicap manis dan perah limau kasturi.

      Selasa, September 13, 2011

      Tauhu Kukus


      Kembali besiaran dah ptg hari, baru nak n3 lauk tegahari td...sy masak lebih kurang je hari ni...si bby Areen x berapa sihat meragam, kejap2 nagis, letak nagis, dukung nagis masuk buai nagis...badan pun ada terasa bahang2 panas...rasanya beralih bulan kut...apepun kalau x baik... ptg nnt tunggu ayahnya balik nak g klinik...

      ok sempat leh buat Tahuhu kukus...tp x mkn dgn nasi tau...kita meratah begitu je...mkn 2 keping dah kenyang...sdp sos tauhu ni, ank2 pun suka...kasi letak lebih bawang grg lg sdp...resepi ambik dari dapur Kak Ummi


      TAUHU KUKUS
      Resepi Asal : Chef Harun Majalah Saji
      Resepi : Kak Ummi


      Bahan-bahan
      2 keping tauhu lembut
      1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang
      2 ulas bawang putih - dicincang halus
      1 sudu besar sos tiram (*akak letak 2 sudu besar)
      1 sudu teh minyak bijan
      1 sudu teh kicap cair - akak tambah lebih sikit
      5 sudu besar minyak masak
      Bawang goreng secukupnya
      cili merah dicincang halus
      sedikit daun bawang yang dicincang halus


      Cara Menyediakan:-
      Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
      Keluarkan tauhu dan buang airnya. (*akak just erengkan bekas dan tuang air perlahan-lahan). Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
      Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
      Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
      Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.

      Isnin, September 12, 2011

      Lempeng kelapa & Kari Daging


      Besua kembali di hari isnin masih mood raya lg ke...kalau sekut raya masih ada mood raya pun masih ada lg...ape pun same2 lah kita kunjung megunjung megeratkan lagi ikatan sesama kita....ok utk hari ni sy buat lempeng kelapa cicah besama kari daging...manu ni merangkap sekali sarapan pg dan mkn tegahari, hehehe bukan ape mkn lempeng ni kenyang le sesangat....jimat2 masuk dapur kan, kan, kan heheh...kemarin kita npk lempeng ni kat dapur rmh CMG... sy pun meneray le buat...mmg kena dgn tekak ..jom cuba...


      LEMPENG KELAPA
      RESEPI BY: CMG


      BAHAN-BAHANNYA :-)
      2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
      1 1/2 cawan tepung gandum
      1 camca teh baking powder (optional, tapi kalau letak lagi bess)
      2 cawan air
      Garam secukup rasa

      CARA MEMBUATNYA :-)
      Bancuh semua bahan diatas kecuali garam, kacau rata. Tambah garam secukup rasa, kacau lagi. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci (kalau nak comel2 macam mat buat, guna non-stick pan saiz 4 inci). Tuang sedikit minyak dan letak 3/5 senduk adunan, ratakan dan biar hingga perang, masak dengan api sederhana.
      Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga kuning keemasan. Angkat dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama pada baki adunan hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari, gulai atau sambal tumis..


      sdp juga cicah same sambal tumis, sambal sardin

      Sabtu, September 10, 2011

      Lemang Tanpa Buluh Dan Lemang Pulut Kuning



      Assalamualaikum ...taraaa hari ni sampai juga hajat nak buat lemang, dua tiga hari lepas jln2 kat rumah Ena.....tetarik dgn lemak yg Ena sajikan di pagi lebaran...nak pulak lepas2 raya ni dah kurang peniaga jual lemang...kalau ada pun di setegah kawasan/tempat (kg) masih jual lg...so hari tyr cuba test hehhe menjadi juga...tang rasa ada seakan cam pulut tp di sebabkan di balut dgn daun pisang kemudian di kukus balik ada lah rasa lemang.....tuan rmh mkn dua keping sekadar merasa yg selebihnya ank2 dan Mr.N yg balun..nak pulak lemang di saya sajikan besama serunding dagging dan rendang ayam.... pehhh selera negok...Tq Ena, kalau rasa kempunan nak mkn lemang boleh lah buat stail gini...nak tahu cara buat lemang masuk ke dapur Ena ye beliau ada tunjukan stap by stap cara membuat lemang moden ni


      RESEPI LEMANG TANPA BULUH
      Resepu By : E-Na LOVELY KITCHEN

      Bahan-bahan
      500 gram beras pulut
      70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
      380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
      1 sudu besar minyak masak
      1/2 sudu kecil garam
      beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (untuk lemang pulut kuning sahaja)

      Bahan sampingan
      Loyang / acuan kek 9 inci
      Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap kemudian lap bersih)
      Daun pisang frozen tak perlu di layur atau jemur kerana sudah lembut. Lap je dengan kain lembab supaya bersih.

      Cara Masak Pulut:
      Didihkan air di dalam periuk kukus.
      Cuci beras pulut.
      Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. Jika inginkan Lemang pulut Kuning masukkan beberapa titik pewarna kuning telur starbrand.
      Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus.
      Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
      Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan.
      Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika.
      Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.


      Cara Buat Lemang:Cara buat boleh negok di sini
      Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
      Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
      Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
      Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
      Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
      Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
      Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
      Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
      Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
      Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
      Angkat dan sejukkan.
      Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


      Jumaat, September 09, 2011

      Bubur Nangka


      Assalamualaikum besua kembali dgn n3 masakan selepas beharia raya...utk juadah minum petang ni kita buat bubur nangka ....npk kat kedai sebelah ada nangka baru sampai siap di pek2 dlm plasti...seplastik RM3.00 ok tu isinya pun besar dan byk...ingatkan nak buat mkn2 gitu je tp pikirkan nnt beragin pulak satu badan terus terpikir buat bubur nangka....buat versi utk org yg nak jaga badan wakakakaka ayat baik punya tu hehehhe...pakai susu rendah lemak dan tampa gula..sedp ke? kuang kuang kuang sdp juga..nangka pun dah manis...cuma nak rasa lg wangi letakan daun pandan baru terasa betul cam bubur nangka...tp tepulang lah mena yg nak guna santan tu lagi ori...kita cuma nak jaga pemakan aje...memandangkan skrg tegah proses megecik...malunya hehehe
      resepi bubur ni sy ambik di MyR, resepi dari Lelayong...

      nangka mentah nak mkn gini pun boleh tp jgn byk tau nnt beragin perut hehehhe


      BUBUR NANGKA
      Resepi BY: Lelayong

      Bahan-bahan ( 2 orang )
      3 sudu besar sago
      5 sudu besar gula - sy x letak sbb nangka dah manis
      1 1/2 cawan santan - sy gantikan dgn susu rendah lemak same sukatan
      1 helai daun pandan
      3 ulas nangka (hiris nipis)

      Cara-cara
      Rebuskan sago sehingga kembang, angkat dan tuskan.
      Masukkan santan, gula, daun pandan dan nangka.
      Masak hingga mendidih seketika (jangan sampai pecah minyak)
      Masukkan sago semula sebelum dihidangkan.

      Tapai Pulut Daun Getah


      Assalamualaikum
      Nak n3 juadah yg di sajikan pada hari raya petama di rumah saudara, seronok setiap thn mesti beraya kat rmh ni...rmh kampung yg sangat cantik bedepan pulak dgn sungai pahang...di Kg Ceruk Puting, Temerloh...


      Tapai pulut ni mmg sdp rasa sekali nak bekali2..dpt pulak yg manis pehhh x hingat dunia..tp kena ingat juga mkn jgn lebih2 nnt tahu le akibatnya...apa pun saya mkn sebungkus aje...sbb telampau sdp hehehe... sebenarnya nak minta tapau tp segan kat tuan rmh heehehhe ,yg menariknya pinggan yg di gunakan pun antik...pinggan kuih lama2....


      Tapai pulut ni di bungkus dgn daun getah..npk cute pulak...

      Khamis, September 08, 2011

      Selamat Hari Raya 2011

      Assalamualaikum masih x terlewat lg nak ucapkan pada semua Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


      Alhamdullilah Raya 2011 bejln dgn lancar dan yg penting semua npak happy...thn ni ada rasa lain sikit le sbb selama 11 thn ni beraya berempat thn ni beraya belima...kelahiran bby Sazreen menyerikan lg suasana raya kami sekeluarga....wahhhh mane x seronoknya Areen dpt byk anpau heeee heeeeee dan petama kali balik kelantan jumpa Onyang....



      Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More