Khamis, Mac 07, 2013

Sotong Masak Dakwat@Sotong Masak Hitam


Assalamualaikum...Apa khabar semua pagi ni...moga ceria yeee...n3 manu semalam tau..mmg dah habis pun..pada pengemar sotong boleh le try resepi ni... di sebelah pantai timur punya hidangan, setahu sayalah..x tahu pulak kot negeri lain pun ada yg buat manu ni...sdp tau manis2 pedas...tp tak leh selalu le masak gaya gini, tang dakwat hitam tu bukan elok sangatkan...:-)..sekali sekala nak mkn x kisah...hidangan ni kira dah cukup bg sy, simpoi2 aje..yg penting ada sambal belacan gan jeruk limau nipis pehhh mkn betambah  heee opsssss...jom negok resepi


Sotong Masak Hitam

Bahan-Bahan
1kg sotong sederhana besar (ambil dakwatnya dan pastikan tidak pecah)

Bahan Kisar
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
4 tangkai cili kering
Sedikit serbuk kunyit


Bahan Tumis
3 biji cili hijau (dihiris kasar)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun salam (jika suka) - sy x letak
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sayur (untuk menumis)

Cara 
1. Perapkan bahan kisar dengan hirisan sotong dan kepalanya dengan dakwat sekali.
2. Gaulkan rata dan taburkan dengan sedikit garam. Biarkan perap selama 30 minit.
3. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang hingga berbau wangi.
4. Kemudian masukkan daun salam (jika suka) bersama sotong dan bahan perapannya. Gaul rata.
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih. Apabila mendidih, masukkan hirisan cili hijau dan biarkan masak hingga kering sedikit.
6. Perasakan dengan garam secukupnya dan hidangkan bersama nasi putih.



6 ulasan:

hajar berkata...

boleh jadi menu utk harini... hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam su...
nampak sedap sangat tu su... akak selalu ketandusan idea kalau beli sotong... balik2 msk sambal tumis atau goreng kunyit.. hehehe..

salin dulu resepi ni... nnt boleh try.. t.kasih ye...

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Hajar yep sdp ni cuba tau...kalau lg pekat lg sdp

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam kak Ratna hee mmg sdp resepi ni rasa kuah yg pedas2 manis...kalau buat pekat2 pun sdp..akk cuba ye

tun_telani berkata...

kak sheila.. menu kelate nih.. 1st time tgk masa blk umah mak sedara kat kelate, dia wat singgang sotong dgn dakwat gini..semua org xberani nk makan sbb kuah kaler hitam. haha...

Sheila Shafeareen berkata...

betul tun tun masa akk mula khawin gan bos dilu pun mok dia sajikan sotong masak hitam ..time tu rasa x leh terima je..pastu dah pekena sekali nak bekali2 hee...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More