Isnin, November 05, 2012

Kuih Kukus Bawang Goreng


Petang isnin yg hujan.. sejuknya nak mandi pun jadi malas heeeee takut air sejuk kikiki :-).....n3 kuih yg beberapa kali buat ada di sini...pehabiskan bawang goreng tempo hari lebihan buat Tauhu Anura...nak simpang lama takut tegit pula...kekadang lebihan2 yg kita simpan lama pun bukannya elok...lainlah kalau ada pegawit....kali ni sy buat x letak pandan  biarkan kosong tp rasa tetap same....lembut jee masuk ke mulut nak pulak tabur bawang goreng lebih pehhhhh syok mkn....kuih ni ada lemak2 manis....sesuai buat minum petang, makan kenduri atau buah taggan kerumah rakan.....



KUIH KUKUS BAWANG GORENG
by: izah

3/4 cawan + 2 sb tepung gandum 
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan. 
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.


 *kuih ni dapat kecik comel je.  Kena gunakan loyang palingg kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.


4 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Sheila..apa kabar?Poberet anak bujang K.atie nih!

adda syuhada berkata...

sedapnya kuih ni..ada plk bawang goreng..adda kan suker sgt makan bwang..xtau la naper..

Rohah berkata...

emmmm,,sedap nampaknya, mesti harum bau bawang goreng tu...sbb klu dok meratah bawang goreng sesaje tu pun dah enak..

Qasey Honey berkata...

QH penah mkn kuih ni dlu..mmg sedap...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More