Jumaat, November 02, 2012

Mee Goreng Mamak


Assalamualaikum....besiaran di hari jumaat yg mulia... syukur...skrg ni di tempat saya dah mula turun hujan ....x tahu leee masuk ptg2 atau mlm pasti lebat mcm nak banjir je...x silap separuh tempat di lembah klang dah naik air...so kena le bejaga2 yeee......sejak2  hujan ni mmg terasa sejuk...x tahan sy, siap pakai stokin dlm rmh...:-)....n3 hidangan utk tghari.....kira tghari ni x mkn nasi leeee....buat mee goreng mamak....suka mee goreng mamak yg banyak isi di dalamnya..ada tauhu, tomato dan kuih cucur...goreng garing2 dan mkn sama cili jeruk serta perahkan limau pehhhhhhh superrrrrr :-)...tp kerja lebih le ...kena goreng cucur tepung awal dah sejuk baru belah empat, pastu baru goreng rencah mee....
cucur tepung ni boleh juga makan sama kuah rojak,..dan kalau ada lebih tambahkan sayur, udang dah jadi cucur udang...:-) resepi cucur ni same je mcm buat cucur udang yeeeee..
jemput mkn same.....


Mee Goreng Mamak
Resepi :  Kak Hanieliza
Sumber: Hana

Bahan-bahan
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging ) hiris nipis - sheila letak isi ayam
  • 100 gm fish cake )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur @ 3 biji telur
  • 3 biji cili hijau@merah[hiris nipis]
  • hana tambah tomato
  • sheila tambah dgn cucur tepung
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
  • Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  • Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  • Masukkan taugeh dan sawi.
  • Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  • Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata. - sheila masukan kuih cucur yg di potong empat gaul rata bg besalut same telur *kalau masuk awal nnt takut kuih lembik dan hancur
  • Masakkan mee agak kering.
  • Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.


2 ulasan:

Unknown berkata...

Kakpb baru makan mee goreng mamak tapi mamak kedai tolong gorengkan....hehe...nak sheila pulak goreng lps ni. mesti lebih sedap dari mamak.

Sheila Shafeareen berkata...

hao kak zana heee tegelak saya...boleh saja kak...bila2 nak dtg makan bg je tahu yeeee

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More