Rabu, Disember 28, 2011

Tauhu Poket 2


Assalamualaikum..hemmm baru ada kesempatan nak ber n3...minggu lepas sambung cuti2 di kg ...hari ni luangkan masa kat rmh kedua yg di rindui...utk hari ni sajian yg dah beberapa kali buat, kalau nak negok tauhu yg telah siap di lobang kan ada kat Sini...2 ketul tauhu pun dah cukup kenyang ..resepi sekali lg sy letakan di sini


TAUHU POKET
Sumber by: Che'Iza MyR
Resepi : Kak Nor SG


5 kpg tauhu
50 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah diracik halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus - sheila letak daun sup
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam  
sheila tambah 1/2 sudu serbuk lada sulah


dah gaul inti sumbatkan dalam tauhu yg di korek tadi padat-padatkan
 
Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos...

5 ulasan:

mala berkata...

sedapnya ... makan panaih-panaih

Sheila Shafeareen berkata...

Hai mala ye mmg sdp ni pekena pulak gan sos dan mayo

Anna Qawina berkata...

wah..nak seketul kak sheila..mesti ada lg kan/

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Anna hhehe ada tinggal seketul buat rasa

tun_telani berkata...

sedapnyer kak sheila.. tun xpernah try lagi tauhu poket nih. dh tengok kt byk umah sebelum ni, tp x smp seru lg nk buat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More