Sabtu, November 03, 2012

Tauhu Anura


Salam besiaran di hujung minggu...pg td siap semua urusan mendobi, kemas ruang depan rmh....kita terus masuk opis dapur...waktu cuti2 mcm ni kena buat kerja awal..maklum le mana tahu kot2 ada yg ajak2 nak kuar pusing2 keee hee mcm tahu2 jekan....smlm kita dah kirim kat Mr.N otw balik kerja tolong belikan tauhu kembang...alhamdullilah nasib dia tahu mcm nee rupanya heee amboi beli sampai 3 peket...hemmm resepi yg ank bujang tetarik suruh kita cuba buat....sama2 dgn ank turun dapur maklum le resepi ni kira 2,3 kali juga stapnya....nak rebus kentang pastu nak sumbat inti dlm tauhu lg, kena buat sos, kalau telebih rajin dan nak sedap kenalah goreng bawang sendiri heeee..ada pembantu cepat sikit kerja siap......hemmm mmg sdpppp...kalau Mr.N beli lebih tauhu kembang lg pun x ape :-)...x cukup 3, 4 ketul...byak syokkkk layan manu ni.....tq pada Kak Azian....sy kongsi resepi di sini ye...



TAUHU ANURA 
Resepi : Azian Collections 
Sumber : MaDiHaA aka Ratna 

BAHAN A
Tauhu kering secukupnya 
(tauhu utk tahu bakar)
4-5 biji kentang
1Keping dada ayam didadu kecil - Sheila letak
1/2 cawan Frozen mix vegetable - Sheila x letak, gantikan dgn cili hijau
2-3 ulas bawang putih
2ulas bawang merah dihiris
1 cawan air
Lada itam Ajishio n serbuk pati ayam
2-3 biji telur
lada sulah
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng 
Bawang goreng secukupnya - Sheila goreng sendiri
Bijan yg disangai




CARA MENYEDIAKAN:-
 
 1. Kupas kulit kentang dan potong dadu. 
2. Tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila dah kekuningan masukkan air dan ubi kentang.
3. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang empuk. Tambahkan air jika perlu.
4. Apabila hampir kering airnya, masukkan mix vegetable dan gaul rata. Taburkan sedikit lada sulah.  Masak sehingga air agak kering.
5. Angkat dan sejukkan sebelum di sumbat ke dalam tahu kering. [cara nak sumbat tu.. MaDiHaA gunting sedikit permukaan tahu (spt dlm gambar) kemudian buka2 sikit tahu tadi biar ada ruang untuk inti..  (tahu kering tu memang agak kosong kat dalamnya) masukkan inti kentang menggunakan sudu sehingga penuh.]- cara nak sumbat ikut mcm Kak Madihah buat
6. Untuk menggoreng tahu, pecahkan telur. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sedikit telur. 
7. Celupkan tahu dalam bancuhan telur tadi dan goreng di dalam minyak penuh yang cukup panasnya sehingga garing.
8. Angkat dan toskan minyak nya. Potong kiub besar-besar dan curahkan sosnya semasa menghidang. Taburkan bawang goreng dan sedikit bijan. (tanpa bawang goreng aroma tahu anura tidak akan naik.)
  
BAHAN B ( bahan sos)
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan cili kisar
1 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
1sdb Sos plum - Sheila letak
2-3 keping gula melaka 
1 cawan air asam jawa
(2 tbsp asam jawa)
1/2 cawan air
bijan untuk tabur.
minyak masak 

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Tumiskan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak.
3. Masukkan cili sos, tomato sos dan gaul rata. Tuangkan air asam dan 1/2 cawan air serta gula melaka. Masak sehingga gula larut.
4. Masukkan garam secukup rasa.  Jika kuah tidak pekat, masukkan 1-2 sudu tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
5. Apabila kuah pekat taburkan bijan.
Nota Azian: Kuah Tahu Anura hampir serupa kuah Yong Tau Foo tetapi ianya lebih ke rasa masam dan manis.



6 ulasan:

Amie berkata...

Baca resepinya macam sedap je walaupun belum pernah rasa!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

memang nampak sedap ni...teringin kak Ros

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Amie hee mcm tu jugak sayakkk masa mula2 negok resepi di dapur kak ratnah pastu tuan yg bg resepi kak Azian...ckp gan ank mcm sdp je tauhu kembang mkn gan sos ni...apa lg terus le requwst suruh buat...mmg enak buat ratah2 kak...rugi x beli banyak tauhu tu....

Sheila Shafeareen berkata...

salam Kak Ros sdp kak cuba tau sesuai juga ni buat mkn kalau sedara mara dtg...buat lauk tambahan...tp sy suka mkn ratah2 je baru puas

atie @ ejay berkata...

salam kak sheila
bestnya..teringat pulak tauhu bakar kat jln tar hihi

Rohah berkata...

menarik nampaknya..terbayang sedap..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More