Rabu, November 14, 2012

Ayam Tandoori & Roti Naan Goreng



Besua kembali...n3 manu semalam...x ada kena megena dgn sambutan perayaan deepavali semalam yee...saja buat nak getest jadi ke tidak....nasi dan lauk kari tetap juga masak...cuti2 ni penghuni rmh kan ramai heee...alhamdullilah jadi juga sdp aym nya sbb sy perap lama....harum bau bila dibakar...roti nan pun cantik menjadi kembung dan lobang di dlm...roti walau di goreng tp x berminyak...3 keping mmg kenyang....cuma x sempat nak buat sos pudina kalau ada lg syok mkn....resepi roti nan goreng ni kawan blog Yatiememories pun dah pernah buat....resepi asal dari Kak Fida MyR....tq Kak sy dah try....


ROTI NAAN GORENG
Resepi : Kak Fida MyR
Sumber : YatieMemories

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
500 g tepung gandum/tepung roti (5 1/2 cwn rata) - diayak(akak gune tepung gandum)
2 sk baking powder-diayak
2 biji telur
1/2 sk garam
150 ml air- (10 sb)
3 sb susu manis
minyak masak untuk goreng terendam


Cara-cara
Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.

AYAM TANDOORI
Resepi: Sanjay-Vahrehvah
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
6 ketul peha ayam dicuci bersih dan toskan
chat masala secukup rasa (jika suka) - sy x letak
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tsp garam masala
Pes halia dan bawang
1 tsp daun fenu greek - sy tak letak
1 tbsp perahan air lemon
2 tbsp minyak makan
1 tsp serbuk lada putih
1 tbsp serbuk cili - mengikut kepedasan masing-masing
1 tsp pewarna merah - jika suka 
1 tsp garam
1 tsp garam masala
6 tbsp yogurt



Caranya:
Dalam sebuah mangkuk sediakan bahan untuk diperap ayam itu. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk cili, kastoorimethi (daun fenu greek), serbuk kunyit, garam masala, sedikit pewarna merah diratakan pada pes tadi. Masukkan 1/2 sudu teh garam, yogurt dan gaul rata.
Ambil ayam yang diperap sebentar dan gaulkan dengan pes yang didalam mangkuk tadi.Ratakan pes pada keseluruhan ayam dan celah-celah belahan nya.
Panaskan oven ke 425 darjah Fahrenheit. Masak selama 20 hingga 35 minit sehingga ayam lembut. Keluarkan dari oven, hidangkan semasa panas, taburkan dengan bawang hiris dan perahkan dengan air lemon.

nak mkn perahkan limau


6 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam sheila..lapar la pulak tgk ayam tandoori ngan roti naan tu,masak sempena raya Deepavali semlm ke (^_^)

Rohah berkata...

betul2 teringin ni kak...

admin blog berkata...

ini komen test dari admin memandangkan hari2 dok merayu suruh betulkan blog...hehehehee..

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam kak azatie heee kebetulan yee jatuh hari Deepavali....mmg sdp aym tu terasa rempah nya cuba ye

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Rohah hee sdp sangat kenyang 3,4 keping....cuba ye senang juga buatnya

Yatie berkata...

wow nmpk sedap ayam tandoori dan roti naan goreng tu...lapor lerrrr perut kita....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More