Khamis, Mei 17, 2012

Pisang Muda Masak Lemak


Assalamualaikum....hari ni masak lauk kampung  pulak...ada pisang muda sesikat...buat masak lemak  mmg sdp...lawan pulak sama sambal belacan dan ulam2.....lemak pisang sy rencah kan sama ikan bilis....tp kalau  ada udang basah pun sdp kan....lauk2 cam ni kalau ada geng lg best mkn betambah2 di buatnya :-)....


PISANG MUDA MASAK LEMAK

Bahan :
Sesikat pisang muda ~ Celur dulu pisang dan kulitnya..kemudian toskan
1 biji kelapa parut
Segemgam ikan bilis/udang basah
1 inci kunyit hidup
8-10 biji cili padi
(ikut suka)
1/2 sudu lada hitam tumbuk ~ ikut suka
3 batang serai di titik
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Caranya :
1. Siang,celur dan toskan pisang.
2. Tumbuk kunyit hidup dan cili api sehingga lumat.
3.Perah kelapa parut dan ambil santan yang pekat saja. ( 1 mangkuk)
4.Satukan santan, ikan bilis, serai yang telah di titik dan bahan yang ditumbuk. Didihkan di atas api sambil kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
5. Apabila mula mendidih masukkan pisang yang telah di celur sebentar tadi dan juga garam secukup rasa.
Masak hingga kuah agak pekat dan angkat. 

 kuah buat pekat lg sdp

11 ulasan:

Unknown berkata...

salam Sha,akak ada ni pisang muda baru beli belum sempat buat lagi,sedap lah masak lemak cenggini mesti laris nasi ni kan esuk lusa pasti nak buat jugak..

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam kak Noor betul tu sekali sekala pekena lauk kg mmg best....

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Sheila..sedapnya menu lunch akak..kita geng kan..bleh yana tumpang mkn hihii..

Nazrah berkata...

pisang muda tu pisang apa ye yang sesuai

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Huaaaaa dahlah hari ni tak jumpa nasi.. kecur tahap kritikal dah ni... kecurrrrr sedapnyaaaaa... nak! nak!

Sheila Shafeareen berkata...

salam yana... hem ada geng mmg syok mkn heheh jemput sekali

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Kak Nazrah yg ni sheil guna pisang kapas.....pisang muda yg buat sayur...

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Sha hehe sekali sekala pekena manu kg sdp hehehe

Unknown berkata...

Assalam kak, selera kg gini memang sedap maunya bertambah nasi kalau mkn ni kan:)

Unknown berkata...

Alaa....akk tak mkn pisang masak cmni walau emak n arwah rok selalu buat. Kalau mkn pun kuah2 je pdhal akk penggemar pisang.

Mas berkata...

Assalamualaikum kak sheila....
lama dah mas tak buat gulai pisang muda nie...
sedapnya tengokkkk.....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More