Isnin, Jun 24, 2013

Tapai Pulut

Assalamualaikum...Pada yg bepuasa tu selamat ye....


Test-test, cuba- cuba heeee org lain dok test2 buat biskut raya..sy pula cuba buat tapai pulut...1st tu...dlm hati hrp2 menjadi le...bila hasilnya dah npk dua hari pehhh bebunga hati... alhamdullilah menjadi juga tapai ku..berair-air lg...manis sedang2 elok je....utk pecubaan ni try buat dlm 1/2 kilo je, tu pun Mr. Bos kata byknya buat sapa nak mkn hee sy lah yg nak mkn, ank dara pun suka juga :-)...alang2 sukat beras pulut teruskan jelah buat 1/2 kilo tu....lg pun snng nak agak...dpt byk juga bila dah di bungkus....tp kan mmg le tak cukup lepas satu satu habis laku....nak pulak bila masuk dlm peti ais mkn sejuk2 sdp....kiranya pecubaan ni menjadi bolehlah raya nnt sy buat byk...InsyaAllah...kiranya lg seminggu nak raya 3,4 hari dah kena memproses tapai heee...sama naik dgn nak buat biskut raya tu heeee....InsyaAllah kalau sihat tubuh badan...


Tapai Pulut

Bahan2
1/2 kg beras pulut - rendam  4 jam
11/2 - 2 sudu kecil ragi - yg telah dihancurkan
Daun pisang - utk bungkus tapai
Lidi untuk semat / Stapler

Cara2
Basuh dan tos beras pulut, kemudian kukus selama 1/2 jam kemudian kuarkan pulut tu gaulkan dengan air panas kemudian kukus skali lagi. Setengah org yg pandai masak pulut dia akan masak mcm masak nasi sbb kukus pulut lama.so terpulang cara masing2.
Pulut dah masak sejukkan pulut dengan meratakan pulut atas tray/talam untuk senang tabur ragi
Bila pulut dah sejuk taburkan ragi sama rata keatas semua pulut. Kemudian terbalikkan dan ulang langkah tabur ragi keatas pulut.
Tabur ragi dengan mengayak guna penapis teh
Gaul mesra pulut dengan ragi pastu boleh mula membungkus dgn daun pisang atau terus masuk tuppware
Simpan tapai pulut dalam bekas yg bertutup. * Jgn masuk peti ais pulak, selepas dah menjadi dua mlm boleh le simpan sejuk *
Perap selama dua malam dan tapai akan menghasil kan air, InsyaAllah menjadi

tapai ni saya perap dlm bekas dua mlm, bila dah menjadi baru saya bungkus dan sejukan


6 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Bestnya shiela.. akak pun suka tapai pulut.. kejadian sungguh cantik sekali.. Tahniah ;)

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Nur Hayati...sdp kak mkn sejuk2..dgn sekerim pun syok....tq kak pemulaan ni..insyaAllah rajin2 nnt raya nak buat lebih

Ezadlieza berkata...

wahhhh... ada tapai pulut la bestnya... lieza tak pernah buat sndiri lg... takut tak jd...

Nana Gaya berkata...

untuk resepi tapai seterus:

1 kilo beras pulut untuk satu keping ragi. saya suka masak tanak dan bungkus dengan daun getah. jangan nanti masak sangat. kalau daun getah dia cepat masak.. i malam pun dah boleh makan..

Sheila Shafeareen berkata...

hai Ezadieza hee tulah sama juga ngan akk x pernah buat biasa beli aje atau balik kg di kedai mak mentua ada jual...kira ni semagat nak buat dah dtg..alhamdulilah menjadi npknye

Sheila Shafeareen berkata...

Hai nana..ye kalau akk balik temerloh di kedia mak mentua ada jual tapai yg di bungkus daun getah....area kg2 senag le dapat daun getah kan...utk pemulaan cubaan alhamdullilah..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More