Rabu, Ogos 01, 2012

Kuih Tepung Bungkus


Salam besiaran di pg rabu....n3 juadah kuih pulak ni...buat utk bebuka semalam...kuih nostagia...arwah atuk mmg suka kuih tepung bungkus...x kira lah bukan bulan puasa pun suruh nenek buat....dan abah sy sendiri pun suka kuih ni....satu lg kebetulan lama x makan jadi resepi ni pun terus masuk list....kes dek Izah tayang kuih lama2.. x silap seminggu lebih yg lepas...time tu mmg dah npk terliuq, tp daun pisang sy malas nak g ambik kat belakang tu :-)...kuih ni mmg kena dgn rasa...kenyal2 lembut...terrr bungkus besar pulak, bila dah di kukus mak hai naik kembang tepung yg di luar .... negok pada resepi cam remeh je nak buat ..bila ikut betul2 senang rupanya....bahan pun simpal, cuma buat 3 stap jeee...kena lah rajin sikit kan heee....apa pun kuih ni mmg sdp sebungkus jadi nak 2,3 bungkus makan...kenyang tauuuu.....tq izin kongsi di sini :-)


TEPUNG BUNGKUS
RESEPI: BDARIA

Sumber: Izah Muffin Lover
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)

1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A
Potong gula merah menjadi ketulan kecil
Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Tutup api dan sejukkan inti anda
Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.

Langkah 2
Bahan B


200gm tepung pulut
150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B
Masukkan tepung pulut dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
Buat sampai habis dan ketepikan.

Langkah 3
Bahan C

2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.

Langkah 4
Bahan D


200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air

Cara-cara memasak bahan D
Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.

CARA-CARA MEMBUNGKUS
Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.


11 ulasan:

Nazrah berkata...

Lama betul tak merasa kuih begini..biasa time kenduri kat kampung je jumpa

Sheila Shafeareen berkata...

hai K.nazrah betul tuuu ila pun lama x mkn....lupa kita pada kuih2 lama ni.......kuih yg sdp

ijayuji berkata...

Salam kak sheila! sedap sedappppp!!!! kita suke lah kuih2 yg berbungkus daun pisang ni harum jer baunya, yg ni pun masuk list nak buat jugak, eeeee..byk betul menu2 kuih yg kita nak buat utk buka ehehe..

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam Ika...sesekali kena kuih lama2 ni mmg syok...2,3 bungkus megadap....betul tu terbit mcm2 kuih bulan posa ni...tu yg nak di cuba..best kan tradisi kalau dpt betukar2 juadah mcm kat kampung2

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kuih2 macam ni memang menjadi kesukaan kita tau..

Sheila Shafeareen berkata...

hai SYI...sdp kalau dekat dah tentu akk tukar2 juadah...:-)

kasihibu berkata...

dah masuk senarai wish pada MIL kue nih ;p

Sheila Shafeareen berkata...

hai Kasihibu heheh sdp cepat buat mmg bebaloi rasa yg enak:-)

dZana berkata...

aslmkum sheila.. awal2 ramdhan hr tu nmpk kt blog izah.. masa tu brsmgat tul akk nk buat.. lepas tu sejuk.. ni tgok shiela dah buat..huu

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam kak dZana heheh tulah ni kes pasal izah tayang kemarin....lg pun lama x pekena kuih ni...mmg sdp buat ye kak

Unknown berkata...

Assalam kak, sedapnya tgk kuih tepung bungkus ni...lama tak mkn teringin la pula.resepi dah lama simpan tapi tak berkesempatan nak cuba lagi. Nanti nk buat jugalah:)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More